Tular di media sosial perlakuan dua bapa saudara kepada murid yang digantung sekolah menyerang guru konon tidak berpuas hati dengan tindakan gantung sekolah yang dikenakan terhadap anak saudaranya.
Difahamkan, penjaga menyerang serta mengasari Guru Penolong Kanan Pentadbir (PKP) Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gunung, Bachok di mana dalam berita ditularkan, pihak sekolah bertindak tanpa mengeluarkan sebarang amaran. Namun guru berkenaan telah menjelaskan bahawa surat gantung sekolah telah diserahkan melalui pelajar terbabit.
Ternyata kisah guru dan pelajar “tidak pernah habis”. Bila berlaku satu kejadian, media sosial menjadi medan melepaskan semua. Namun sebelum kita bertindak di luar kewarasan baca perkongsian dari peguam terkenal, Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Cinna & Co mengenai pendakwaan yang boleh dikenakan terhadap individu yang menceroboh dan menyerang yang mana kalau di penjara tidak lebih 6 bulan dan denda RM3000 atau kedua-duanya sekali.
Malah kalau ada dua pendakwaan iaitu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2000 atau kedua-duanya sekali.
Jadi berbaloi ke tidak? Fikirlah dengan baik ya!
Nor Zabetha dan rakan kongsi syarikat guamannya, Chinnapalani Devi
Baca perkongsian ditulis oleh peguam terkenal ini.
Ads
Tolonglah hormati guru-guru. Mereka adalah tiang dalam sesuatu masyarakat.
Bayangkan kalau mereka ini mogok beramai-ramai. Tidak mahu datang ke sekolah mengajar dek kerana tidak berpuas hati dengan layanan terhadap mereka. Dimarah, diserang ibu bapa, dimaki anak murid, dipersalahkan, diviralkan. Bayangkan kalau mereka tidak mahu lagi turun mengajar?
Mereka perlu hadap pelbagai rintangan. Dari anak murid, dari ibu bapa dan daripada kerajaan pemerintah yang dari semasa ke semasa menukar pelbagai sistem atau kaedah pengajaran.
Pun begitu. Mereka masih tabah. Terus ke sekolah saban hari menghadap kerenah anak-anak kita, menghadap kata-kata marah dan komen kita, mengejar kaedah dan sistem pengajaran yang bertukar ganti mengikut arahan kerajaan pemerintah.
Ads
Mereka manusia biasa, ada keluarga dan ada kehidupan. Sama macam kehidupan kita. Mereka juga tahu rasa penat dan kecewa. Mereka juga ada anak-anak sendiri untuk dididik dan dilayan seperti anak-anak kita.
Jadi kepada yang kaki serang, kaki maki, kaki viral insan hebat ini. Tolong, tolong fikir dahulu sebelum bertindak. Jangan sesedap hati.
Bagi kesalahan serangan diperkarangan sekolah terhadap guru berdasarkan video yang sedang tular. Pelaku berkemungkinan boleh didakwa atau disiasat dibawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan jenayah.
Pencerobohan jenayah berdasarkan Seksyen ini berlaku apabila seseorang memasuki kawasan yang bukan miliknya dengan niat untuk menakut-nakutkan atau memalukan. Kesalahan ini boleh dihukum dibawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan iaitu penjara maksimum 6 bulan atau denda tidak melebihi RM3000 atau kedua-duanya sekali.
Selain itu penyerang boleh didakwa dan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu serangan dengan sengaja menyebabkan kecederaan. Hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2000 atau kedua-duanya sekali.
Saya berharap pihak polis dan pendakwaan dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya supaya kejadian ini tidak berulang. Langsung tidak hormat tenaga pengajar.
Dikongsikan oleh Nor Zabetha.
Jom belajar undang-undang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Media sosial boleh menjadi medan menterjemah perkara baik dan buruk. Baik apabila sesuatu berita itu disampaikan dengan betul dan berniat kerana Allah taala. Masa yang sama, dunia tanpa sempadan ini juga boleh mencetuskan hura-hara jika berita dinyatakan adalah palsu.
Minggu lalu tular berita mengenai kuaci keluaran Chacheer (Malaysia) Sdn Bhddan kacang cap tangan keluaran syarikat Ngan Yin yang dikatakan tidak halal di media sosial sehingga berita ini menjadi tular.
Dalam memastikan berita ini sahih dan tidak menakutkan pengguna, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan berita rasmi mengenai kedua-dua produk ini.
Halal ke tak halal ya? Ikuti penjelasan dari Bahagian Hab Halal. Apa pun, kalau korang tak pasti tentang sesuatu produk, telefonlah sendiri nombor tertera di bawah sebelum menyebarkannya di media sosial.
Berita ini tular di media sosial dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab
Penjelasan berkenaan isu tular penandaan produk tidak halal
Tular minggu ini berkenaan penandaan tidak halal pada produk kuaci dan kacang yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah menimbulkan keresahan dan salah faham dalam kalangan pengguna.
Untuk makluman, ianya merupakan tular berulang dan pernah dijelaskan oleh pihak JAKIM pada 09 Januari 2016:-
bit.ly/PenjelasanIsuLabelProduk
Perlu diketahui bahawa pihak pasaraya juga telah memberi penjelasan berkenaan insiden tersebut kepada pihak JAKIM melalui suratnya yang bertarikh 08 Januari 2016.
Antara lain isi kandungan surat tersebut ialah berkenaan permohonan maaf dari pihak pasaraya atas kesilapan pelabelan pada produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Berdasarkan semakan pihak kami jua, produk kacang keluaran Syarikat Ngan Yin Food Industries Sdn Bhd dan Pagoda Foods (Malaysia) Sdn Bhd serta produk kuaci keluaran Chacheer (Malaysia) Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga ke hari ini.
Justeru, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dan merujuk terlebih dahulu pihak yang berautoriti JAKIM dan JAIN dalam memperoleh penjelasan berkenaan status dan isu-isu halal yang tular di luar sana.
Untuk mengetahui status halal produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal
Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-
http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular
Harap maklum dan terima kasih.
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
? pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
30 Mac 2018 M
12 Rejab 1439 H
#YAKINIHALALMALAYSIA
#AMALKAN 3 S
#SEMAK_SEBELUM_SEBAR
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Blind date’, apa yang berlegar difikiran korang tentang perkataan tersebut?
Desperate, kaedah yang dah lapuk dan lama, terlalu konservatif, cara lama untuk cari pasangan, dan berbagai-bagai jenis tanggapan yang bermain di minda mengenai blind date ni. Malah kebanyakan tanggapan tersebut menjerumus ke arah negatif! Tapi ia ternyata salah, siapa cakap ‘blind date’ ni kaedah cari pasangan yang dah lama dan tidak sesuai untuk diguna pakai pada masa kini?’
Baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia di Korea Selatan, Syasya, 22, berpeluang untuk ‘blind date’ dengan jejaka korea yang bernama Yoo Dong Kyun.
Sebenarnya, ‘blind date’ tersebut telah dirancang oleh Youtuber terkenal, Blimey. Meskipun detik pertemuan mereka di sebuah kafe seakan-akan janggal, tetapi kedua-duanya semakin serasi apabila meluangkan masa bermain permainan video dan mendengar lagu kesukaan mereka bersama. Malah sepanjang sesi tersebut, kadar denyutan nadi Dong Kyun menandakan bahawa dia cukup selesa serta gembira tatkala bercakap bersama Syasya.
a malaysian girl and a korean guy went on a blind date!!!! the way he immediately asked if she was more comfortable speaking in korean or english and he was genuinely curious about malaysian culture and islam! pic.twitter.com/DoZhcc1FFP
Yang membuatkan warganet teruja adalah sikap Dong Kyun yang berbudi bahasa (gentleman) terhadap Syasya. Dong Kyun sempat bertanyakan kepada Syasya bahasa komunikasi yang dia selesa. Sekali-sekali, mereka akan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Dalam pada itu, Dong Kyun yang berusia 24 tahun juga turut bertanyakan mengenai negara Malaysia dan juga agama Islam memandangkan Syasya yang tampil dengan imej berhijab.
Rata-rata warganet juga selesa dan suka melihat penjelasan Syasya kepada Dong Kyun mengenai Islam dan mengapa wanita perlu memakai hijab. Kedua-dua mereka juga kelihatan menjaga batas masing-masing.
love the fact he just politely asked if shes comfortable to speak in eng or korea with him. A typical insensitive person will ask whats your(or ur parents) race instead.its uncomfortable during first date to ask that.
— พายุจะหยุด
Sementara itu, tinjauan kami di ruang komen Youtuber tersebut mendapati bahawa rata-rata daripada mereka yang menonton memberikan komen yang positif.
Disebabkan ramai orang mengeluh permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mereka ditolak. Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan sehingga 31 Mei ini.
Nampaknya PM betul-betul mendengar keluhan rakyat ni, so kalau korang antara orang yang terkesan dengan benda ni, inilah peluangnya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lanjutan itu dibuat selepas kerajaan menerima dan mendengar pelbagai rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima BPN atas pelbagai sebab.
“Mengenai isu bayaran BPN, saya dengar ada rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima bayaran ini atas pelbagai sebab, antaranya kerana maklumat yang diisi tidak lengkap.
“Ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan, tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.
“Ada juga antara yang memohon adalah yang menerima bantuan BPN bagi kategori pelajar, jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak.
“Mengambil kira semua perkara ini, Menteri Kewangan bersetuju melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.
“Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan, tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, Insya-Allah boleh diluluskan,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung, semalam.
Berhubung bayaran BPN terkini, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan meluluskan 2.3 juta permohonan BPN semalam, termasuk permohonan baharu dan rayuan, membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.7 bilion.
Dengan kelulusan itu, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang yang membabitkan bayaran berjumlah RM11 bilion.
Moga berita ni mampu memberikan sinar kegembiraan kepada korang semua. Dah cepat buat rayuan semula.
Sumber: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!