Selepas berhenti melibatkan diri daripada program realiti terkenal Running Man pada tahun 2021, Lee Kwangsoo semakin dilihat fokus untuk beberapa projek lakonan.
Terbaru, menerusi satu temu bual khas, susulan tayangan drama Korea terbaru No Way Out: The Roulette, pelakon senior Yoo Jae Myung telah berkongsi pengalamannya bekerjasama dengan Kwang Soo menerusi drama tersebut.
Katanya, “Kwang Soo adalah seorang lelaki muda luar biasa. Dia buat segalanya dengan ikhlas. Sejujurnya, saya kurang tahu tentang dia sebelum ini dan saya hampir tidak pernah tonton Running Man sebab saya hanya tonton sekilas saja, jadi tak perasan ada Kwang Soo dalam tu”.
“Selepas bekerja dengannya menerusi drama No Way Out: The Roulette. Saya sedar Kwang Soo adalah seorang pelakon yang luar biasa. Ia lebih bagus kalau dia kurang muncul dalam rancangan hiburan dan fokus kepada lakonan. Saya harap drama ini akan jadi projek yang kukuhkan lagi kedudukannya sebagai pelakon”
Menurut laporan, pelakon tinggi lampai itu akan memainkan watak sebagai Yoon Chang-jae dalam drama No Way Out: The Roulette. Di mana dia menyelami skim pembunuhan sengit di luar negara yang menyasarkan hadiah 20 bilion won ke atas hidup orang lain.
Sekadar info, Lee Kwang Soo memulakan kerjayanya sebagai seorang model pada tahun 2007 sebelum debut sebagai seorang pelakon menerusi sitkom berjudul Here He Comes pada tahun 2008. Kemudian, meraih populariti menerusi rancangan Running Man sehingga mendapat gelaran Prince of Asia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Nickelodeon mengumumkan senarai pencalonan untuk anugerah Nickelodeon Kids’ Choice Award, iaitu acara tahunan yang sentiasa dipenuhi dengan slime!
Di antara pencalonan itu, nama penyanyi yang baru meningkat naik, Iman Troye mencuri perhatian ramai apabila terpilih untuk kategori Artis Asia Kegemaran. Bersaing sihat dengan ENHYPEN, NiziU, SB19, dan Tiara Andini, Iman Troye dapat membuktikan bahawa bakatnya diiktiraf dan dihargai di peringkat antarabangsa.
Selain itu, melalui pencalonan di Nickelodeon, pelantun lagu Teman ini bukan sahaja menunjukkan bahawa dia mempunyai tarikan peminat tempatan tetapi juga di persada global bersama bintang-bintang besar dalam industri muzik pada masa ini.
Pengumuman pencalonan Nickelodeon Kids’ Choice Award memberikan sorotan baru bagi karier Iman Troye, mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu penyanyi muda yang paling menjanjikan dalam industri muzik Asia.
Dalam pada itu, acara tahun ini akan dihoskan sendiri oleh watak animasi terkenal seperti SpongeBob SquarePants dan Patrick Star bagi menambah keseronokan. Peminat boleh menonton secara langsung pasa 17 Julai ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa kata selebriti tempatan bukan daripada kelompok golongan yang berpendidikan?
Semakin zaman merubah, semakin jelas daya keinginan selebriti di Malaysia untuk memiliki segulung ijazah dalam bidang yang mereka minat. Malahan, ada juga dalam kalangan mereka yang sanggup mengenepikan seketika soal kerjaya dunia hiburan demi memastikan jurusan yang diikuti dalam ditamatkan dengan keputusan membanggakan.
Salah satu jurusan paling popular yang pernah diambil oleh selebriti Malaysia tentuanya adalah jurusan undang-undang. Tidak hairanlah mereka ini cukup cergas dan bijak apabila mengutarakan hujah-hujah pendapat sewaktu sesi temubual bersama media!
Jom lihat lima selebriti pilihan REMAJA yang pernah bergelar graduan perundangan.
FATHIA LATIFF
Ya, nama Fathia Latiff cukup hangat diperkatakan pada minggu ini setelah foto beliau bersama fail kes di sebuah firma guaman tersebar luas dan disalah erti oleh sesetengah pihak yang menyangka dirinya kini bergelar peguam.
Fathia menjelaskan bahawa dia tidak berkhidmat sebagai peguam. Sebaliknya, dia kini bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman.
Cuma apa yang pasti, Fathia pernah bergelar penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang lepasan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sehingga tahun 2014.
Yuna
Penyanyi yang telahpun menempah nama di peringkat antarabangsa, Yunalis Dato’ Mat Zara’ai atau lebih terkenal dengan nama pentasnya, Yuna merupakan salah seorang penyanyi tempatan yang sejak awal dikenali sebagai selebriti bijak.
Hadir dengan imej penyanyi berhijab pada tahun 2009 yang pada waktu itu bukanlah suatu kebiasaan dalam industri seni hiburan tempatan, barulah ramai yang menyedari bahawa Yuna merupakan graduan Undang-Undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Begitupun, Yuna pada masa itu sudah menyatakan beliau tidak bercadang mempraktikkan undang-undang sebagai kerjaya.
Fahrin Ahmad
Patutlah petah berkata-kata sebagai seorang pengacara program bual bicara, graduan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang rupanya! Fahrin merupakan produk keluaran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Menariknya, Fahrin pernah belajar di dalam satu kampus yang sama dengan isterinya, Elena Eleas lebih 20 tahun yang lalu! Kongsinya, mereka bergambar untuk pertama kalinya sewaktu majlis makan malam matrikulasi pengajian undang-undang. Namun pada waktu itu, mereka hanya saling mengenali tetapi tidak berkawan sehinggalah masing-masing membawa haluan hidup sendiri selama 7 tahun.
Lisa Surihani
Yes! Datin Lisa Surihani yang merupakan suri hati (see what we did there, hehe) kepada pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Aberystwyth University di Wales, United Kingdom.
Biarpun tidak mengamalkan apa yang dipelajarinya itu ke dalam kerjaya seharian apabila Lisa terlebih dahulu mengukir populariti menerusi bidang lakonan, Lisa merupakan salah seorang selebriti tempatan yang cukup aktif memperjuangkan isu-isu penting dan semasa sehinggakan beliau dilantik sebagai duta Dana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Kanak-Kanak (UNICEF) pada tahun 2017.
AZWAN ALI
Haa, jangan pandang Diva AA sebelah mata tau! Azwan Haji Ali sememangnya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mementingkan penddiikan. Azwan yang memulakan kerjaya sebagai pembaca berita dan pengacara di saluran TV3 sekitar lewat era 1990-an kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1991.
Tidak hairanlah pada tahun 2018, Azwan yakin untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 di Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa sebagai calon bebas dengan menggunakan logo gajah bagi menentang abangnya, Datuk Seri Azmin Ali. Penglibatan Azwan dalam kancah politik pada waktu itu diperbualkan oleh semua platform media namun akhirnya, beliau tewas juga dalam perebutan kerusi apabila sekadar meraih 90 undi.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ramai merasakan nak pandai, nak senang mesti belajar sungguh-sungguh. Itulah yang selalu dipesan oleh mak ayah pada anak-anak dari dulu sampai sekarang. Ya, masuk universiti itu bonus. Apa yang dipelajari di universiti itu adalah satu proses kematangan dan selebihnya kematangan berfikir adalah penentu kejayaan individu.
Kalau dulu, ada ijazah ramai yang salute tapi hari ini, graduan yang berpengalaman lebih diperlukan oleh pihak majikan.
Kalau terus nak makan gaji mungkin sampai bila pun tak akan hidup senang. Inilah yang dibuktikan oleh seorang graduan dari Mindanao State Collage, Filipina dalam bidang perguruan, Gaira atau senang dipanggil Indah yang memilih menjadi tukang jahit sepenuh masa sejak 3 tahun lalu.
“Sebulan, saya boleh untung RM15K, kalau bulan puasa, keuntungan cecah RM20,000 dan lebih,” katanya dalam satu temubual.
Dia yang menetap di Kota Kinabalu Sabah dan berkahwin dengan pasangan orang tempatan berkata, dia tidak minat makan gaji kerana tahu keuntungan diperolehnya sekarang jauh lebih tinggi.
“Saya suka menjahit dan ia bukan pekerjaan susah pun. Masa lebih fleksibel dan jahitan ini sentiasa dicari orang. Saya kerja lapan jam sehari tetapi saya mampu kaut keuntungan lebih RM15,000 sebulan, jauh dari kerja makan gaji,” katanya yang sudah berjaya memiliki kedai.
Lelaki pun Boleh Buat Guys
Lelaki sering dikaitkan dengan soal macho. Ketepikan soal penampilan, apa yang penting adalah nilai wang yang boleh masuk ke poket dengan hanya menjahit. Bagi Awaludin bin Mahmudin, 30, dia memilih menjahit sejak 5 tahun lalu.
“Saya banyak menjahit beg-beg dari seluar jeans terpakai. Sebelum ini saya tak pernah ada asas menjahit pun tapi bila pergi kursus belajar menjahit, saya tengok sangat senang. Hari ini saya mampu jahit beg, porch dan banyak lagi dari seluar jeans.
“Sebelum pilih jadi tukang jahit sepenuh masa, saya pernah kerja sebagai pembantu farmasi, pembantu kedai tetapi rupanya itu satu dari pengalaman saja. Menjahit rupanya sangat senang. Income saya pun lebih dari RM5000 bersih setiap bulan,” katanya yang tinggal di Melaka. Bak kata Awaludin, nie kerja senang sangat dan tak ada apa nak dimalukan dengan pekerjaan sebegitu.
So, kalau selama ini kita rasakan menjahit ini bukan pekerjaan menguntungkan, bolehlah ubah minda dan buka mata mengenai pekerjaan sebagai tukang jahit.
Hanya perlukan kesungguhan kerana industri jahitan ini sudah berbeza dari dulu. Banyak hasil-hasil kraftangan boleh dilakukan dan Malaysia juga seharusnya berbangga kerana di negara kita pun ada satu pusat jahitan iaitu Sewing World Gallery yang beroperasi di pusat beli belah One City, Subang dan menariknya mereka sudah dapat 3 rekod Dunia dari World Guiness Record.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aniq Kasdan menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2026 sambil memecahkan dua rekod baharu walaupun berdepan kekejangan sebelum pertandingan.