Pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanafi, baru-baru ini mencuri perhatian di media sosial apabila selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri dalam sebuah majlis penuh emosi.
Difahamkan, majlis akad nikah kedua mempelai itu telah berlangsung di Johor Bahru pada Isnin dengan kehadiran ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Pasangan sama cantik sama padan itu juga tampil anggun mengenakan busana serba putih yang menyerlahkan lagi seri pengantin baru.
Menerusi beberapa video yang tular di media sosial memperlihatkan suasana penuh bahagia sepanjang majlis berlangsung. Namun, antara momen yang paling menyentuh hati ramai apabila Arif dilihat gagal menahan sebak sejurus selesai melafazkan akad nikah.
Pemain sensasi berusia 24 tahun itu turut dilihat memeluk ibunya dalam keadaan penuh emosi selepas bergelar suami. Momen tersebut nyata mengundang rasa terharu dalam kalangan peminat yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa buat pasangan berkenaan.
Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan itu difahamkan berlangsung pada sebelah malam dengan suasana lebih meriah dan eksklusif. Kehadiran beberapa individu kenamaan turut menjadi perhatian tetamu serta peminat di media sosial.
Pada masa yang sama, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor juga dilihat hadir memeriahkan majlis berkenaan sekaligus menyerikan lagi hari istimewa pasangan tersebut.
Sebelum ini, kad undangan majlis pernikahan Arif sempat mencuri perhatian apabila tular di media sosial sehingga mencetuskan keterujaan dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan. Ramai yang meluahkan rasa gembira melihat pemain tonggak JDT itu akhirnya menamatkan zaman bujang.
Ads
Untuk rekod, Arif Aiman merupakan antara pemain muda paling menyerlah dalam arena bola sepak tempatan dan sering menjadi perhatian peminat sukan tanah air. Kini, selain terus memberi fokus di atas padang bersama JDT, kehidupannya turut memasuki fasa baru sebagai seorang suami.
Sumber foto: Facebook Rasmi Tengku Mahkota Johor
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pasukan Selangor FC melakar kejutan apabila berjaya menumbangkan kelab dari Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Rabu, semalam.
Pada separuh masa pertama menyaksikan skuad Gergasi Merah lebih agresif mengasak kubu Jeonbuk dan berjaya membuka tirai jaringan menerusi kapten, Harith Haiqal Adam Afkar pada minit 30.
Gol tersebut diraih berpunca daripada sepakan percuma Yohandry Orozco yang menemui Umarbek Eshmurodov sebelum dia menghantar kepada Harith untuk disudahkan dengan baik oleh pemain berusia 22 tahun itu.
Selangor terus gigih apabila menambah gol dua minit berselang kali ini menerusi Ali Olwan yang cemerlang menyudahkan hantaran Noaa Laine.
Walau bagaimanapun, Jeonbuk berjaya merapatkan kedudukan pada minit 40 menerusi tandukan Kwon Chang-hoon untuk menewaskan Muhammad Azim Al Amin di gawang gol Selangor.
Bersambung pada separuh masa kedua, Selangor hampir mendapat gol ketiga namun percubaan Nikola Jambor hanya menggegar palang gol Jeonbuk pada minit 49.
Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil itu meraih tiga mata berharga berdepan pasukan terkuat dalam saingan Kumpulan H.
Kemenangan itu meletakkan Selangor di kedudukan teratas kumpulan dengan tujuh mata dibezakan satu mata dengan Jeonbuk di kedudukan kedua.
Sekadar info, Selangor FC sekali lagi akan berdepan Jeonbuk kali ini bermain di laman lawan pada 7 November akan datang.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Melanjutkan pelajaran ke luar negara pastinya menjadi satu impian buat kebanyakan pelajar yang baru saja menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tidak salah untuk memasang angan-angan ‘terbang’ jauh ke negara orang bagi mengejar pengalaman dan cara pembelajaran baharu di sana.
Terbaru, Kerajaan negara Jepun menerusi kedutaannya di Malaysia telah mengumumkan pembukaan permohonan biasiswa Monbukagakusho: MEXT bagi program Ijazah Sarjana Muda atau Undergraduate.
Pembukaan biasiswa bagi kemasukan 2022 ini adalah khas buat pelajar yang kini berusia antara 17 hingga 25 tahun atau secara spesifiknya, mereka yang lahir antara 2 April 1997 hingga 1 April 2005.
Kampus Tokyo University of Agriculture and Technology.Kampus Tokyo University.
Apa yang membuatkan REMAJA tertarik dengan Biasiswa Monbukagakusho: MEXT ini adalah syarat-syarat permohonannya yang tidaklah terlalu ketat.
Calon mestilah telah menamatkan peperiksaan SPM. Calon yang telah memperolehi sijil Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (SPM), sijil A-Level, sijil Unified Examination Certificate (UEC), Matrikulasi atau Diploma juga boleh memohon menggunakan keputusan sijil peperiksaan masing-masing.
Tentunya, pemohon haruslah mahir dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Jepun serta mempunyai keputusan cemerlang bagi subjek lain.
Peluang Yang Tidak Harus Dilepaskan
Semasa tempoh biasiswa Monbukagakusho: MEXT ini, pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di Jepun akan menerima elaun bulanan yang dianggar sebanyak 117,000 Yen (kiran-kira RM4,400). Yuran peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti juga dikecualikan.
Bukan setakat itu saja, tiket kapal terbang pergi-balik untuk pelajar turut disediakan!
Cara Permohonan
Calon boleh mula hantarkan permohonan biasiswa Monbukagakusho: MEXT mulai sekarang hingga 28 Mei 2021 (Jumaat) sebelum jam 4 petang.
Borang permohonan dan garis panduan (guideline) boleh diperolehi daripada Kedutaan Jepun atau lebih mudah, dicetak saja dari laman web Kedutaan Jepun.
Bangunan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.
Sekiranya korang masih mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan biasiswa ini, Kedutaan Jepun juga menyediakan khidmat kaunseling pengajian tinggi di seksyen Japan Information Centre dekat tingkat atas Kedutaan Jepun setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Apa tunggu lagi guys, hantarkan permohonan korang tau. Koun o inorimasu!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar berusia 17 tahun dari Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Sri Inai, Petaling Jaya telah mencatatkan pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi subjek Kimia.
Pengiktirafan itu diperolehi Cheryl Chow Shu Wei daripada Cambridge Assessment International Education setelah berjaya ‘mengenepikan’ hampir sejuta pelajar lain dari seluruh dunia semasa acara Outstanding Cambridge Learner Awards, baru-baru ini.
Cheryl memperolehi markah piawaian tertinggi dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) bagi subjek sains itu.
Cheryl Chow Shu Wei.
Katanya selepas dinobatkan sebagai pelajar terbaik, Cheryl teruja untuk menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini.
“Apabila mengetahui berita ini, ia adalah sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan mustahil sebelum ini.
“Tambahan pula, tahun lalu bukanlah tahun yang mudah bagi sesi pembelajaran dari rumah. Jadi, ia membuatkan saya lebih berbangga dengan pengiktirafan ini. Sudah tentu, segalanya tidak mampu saya capai tanpa bantuan ibu bapa , para guru dan rakan sebaya yang memberi dorongan serta motivasi agar tidak mudah berputus asa,” katanya.
*
Terdahulu, Cheryl pernah dinobatkan sebagai peserta terbaik di acara Mangahigh East Asia Maths Ninja Challenge 2019 di mana dia muncul sebagai yang terbaik di kalangan 14,240 orang pelajar dari Jepun, China, Korea, Singapura dan di negara-negara sekitar Asia termasuklah Malaysia.
Tidak cukup sekadar itu, Cheryl juga pernah berjaya memperolehi pingat emas pada pertandingan Kangaroo Math Competition peringkat kebangsaan dan di pertandingan The Universiy of St Andrews Maths Competition pada tahun 2019.
Fuhh! Bukan calang-calang ya pelajar seorang ini.
Sebagai info, program IGSCE Cambridge diajar di hampir 2000 buah sekolah di lebih 50 buah negara di seluruh dunia. Tidak hairanlah ia mendapat jolokan sebagai pembekal sijil kelayakan antarabangsa terbesar di dunia.
Sebelum ini, REMAJA pernah melaporkan dua lagi pelajar dari Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Sri Inai yang pernah membanggakan sekolah mereka dan negara dengan pencapaian akademik masing-masing.
Program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menyaksikan perjalanan anak kepada guru tari profesional, Linda Jasmine iaitu Ratu terhenti pada minggu keenam...