Trend selebriti wanita popular berkahwin secara ‘mengejut’ nampaknya diteruskan lagi. Kali ini, tiba giliran penyanyi yang bermula sebagai personaliti berbakat YouTube, Elizabeth Tan.
Biarpun empunya badan masih belum mengesahkan perkara tersebut dan dilihat masih berteka-teki dengan peminat menerusi hantaran Instagram Story pada pagi ini, foto perkahwinan Elizabeth yang mesra dengan panggilan Lizzy telahpun bertebaran di media sosial sehingga menjadi bualan warganet pada pagi ini.
Foto-foto tersebut menyaksikan Lizzy dikahwinkan oleh bapanya, David Tan Suan Chew kepada lelaki pilihan berbangsa Cina yang kini dikenali sebagai Siew Jin.
Ads
Cantik dalam persalinan serba putih minimal, Lizzy dilihat girang dan tidak dapat menyembunyikan rasa gembira yang jelas terpancar pada wajahnya.
Ads
Dakwaan Lizzy telah menamatkan zaman bujang ini turut diperkuatkan oleh beberapa kenalan baik Lizzy seperti seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai @_esthygram_.
Ads
Terdahulu, Lizzy pernah menjayakan gimik berpakaian pengantin demi video klip terbaru berjudul Beku nyanyian bersama Hazama. Ramai yang ‘tertipu’ dengan gimik tersebut dan ia berjaya menjadi topik perbualan ramai warganet.
Apapun, kita nantikan sajalah perkembangan terbaru daripada Lizzy sekiranya benar dia telah berkahwin. Jika ya, congratulations sweetheart! *Berkecai lagi hati lelaki seMalaya.*
Penyanyi dan personaliti media sosial, Cik B tampil berkongsi pandangannya mengenai isu dirinya yang berkemungkinan dipergunakan oleh pihak lain dalam sesebuah hubungan persahabatan.
Menerusi satu hantaran di Threads, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida itu menjawab persoalan seorang netizen yang bertanya sama ada dia bimbang jika ada individu mengambil kesempatan terhadap dirinya.
“Ramai tanya CikB takut tak orang pergunakan CikB. Tak. Bila kita berkawan dengan ikhlas, kita akan ikhlaskan semuanya. Kalau dihargai syukur, kalau tidak pun tak mengapa,” tulisnya.
Menurut Cik B, keikhlasan merupakan perkara paling penting dalam sesebuah hubungan dan dia memilih untuk tidak terlalu memikirkan jika ada pihak yang tidak menghargai dirinya.
Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian ramai apabila rata-rata netizen meninggalkan komen positif serta memuji kematangan yang ditunjukkan oleh Cik B dalam menangani situasi seperti itu.
Malah, tidak kurang juga yang menyifatkan penyanyi muda itu sebagai seorang yang berhati baik dan sentiasa ikhlas dalam menghargai orang di sekelilingnya.
Sikap terbuka serta pandangan positif yang dikongsikan Cik B itu turut membuatkan ramai tersentuh, selain menganggap ia sebagai satu peringatan bahawa keikhlasan dalam persahabatan tidak seharusnya mengharapkan balasan daripada sesiapa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang ingat lagi tak dengan drama ‘Sutun‘ beberapa tahun lalu di mana pelakon utamanya dilihat berjaya membawa watak ‘mat lembut’ dengan amat berkesan.
Malah, setelah hampir 18 tahun drama terbitan RTM ini masih diingati dan pernah mencipta fenomena dalam sejarah televisyen Malaysia.
Drama Sutun terbitan RTM yang mengisahkan kehidupan lelaki lembut
Mengisahkan tentang suka dan duka seorang lelaki yang berpewatakan lembut di sebuah kampung itu menarik perhatian penonton, watak ikonik ‘Sutun’ itu dipegang oleh Ku Yusry dan ia masih menjadi bualan sehingga ke hari ini.
Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial TikTok @ciklebah7 yang memaparkan imej terbaru pelakon drama tersebut yang kini memegang jawatan sebagai seorang guru.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak menyangka dapat bertemu semula dengan pelakon yang menyepikan diri ini selepas hampir dua dekad.
Difahamkan beliau kini bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah.
Menerusi video yang dikongsikan, netizen mengucapkan tahniah kerana lelaki ini sudah berjaya menjadi pendidik tak kurang juga yang turut tertumpu kepada meja bekas pelakon ini yang dilihat masih lagi mengekalkan warna merah jambu yang cukup sinonim dengan drama Sutun beserta kain alas berbulu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan ini terdapat 8 lagi drama Korea terbaharu pilihan REMAJA yang bakal ditayangkan March ini. Antara yang menjadi pilihan adalah drama lakonan Song Hye-kyo dalam The Glory yang akan ditayangkan di saluran Netflix.
Selain itu, banyak lagi drama menarik yang bakal mencuri hati penonton dan berikut adalah senarai kdrama terbaharu bulan March 2023.
“The Glory”
Antara Kdrama yang dinanti-nantikan sambungannya ialah “The Glory”. Membawa kisah Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam. Bahagian 2 drama ini akan memfokuskan kepada watak Song Hye-kyo yang akan membalas dendam kepada setiap pembulinya.
Pelakon utama: Song Hye-kyo, Lim Ji-yeon, Lee Do-hyun, Jung Sung-il
Tarikh tayangan: 10 Mac
Platform: Netflix
JOSEON ATTORNEY
“Joseon Attorney” mengisahkan tentang seorang peguam yang ingin membalas dendam terhadap musuh yang membunuh ibu bapanya. Dalam naskhah ini, Woo Do-hwan merupakan seorang peguam yang mempunyai daya tarikan dan kecerdasan yang hebat.
Pelakon utama: Woo Do-hwan, Bona WJSN, Cha Hak-yeon
Tarikh tayangan: 31 Mac
Platform: MBC
DELIVERY MAN
“Delivery Man” akan menceritakan kisah seorang pemandu teksi yang dapat melihat hantu dan mereka bekerjasama untuk menyelesaikan jenayah.
Pelakon utama: Yoon Chan-young, Bang Mi-nah
Tarikh tayangan: 1 Mac
Platform: TVING, Viki, Viu
OASIS
“Oasis” ialah sebuah drama berlatar belakangkan Korea Selatan dari tahun 1980 hingga 1990, mengikuti tiga pemuda yang berjuang bermati-matian untuk melindungi impian dan persahabatan mereka serta satu-satunya cinta pertama mereka.
Pelakon utama: Jang Dong-yoon, Seol In-ah, Choo Young-woo
Tarikh tayangan: 6 Mac
Platform: KBS
PANDORA: BENEATH THE PARADISE
Untuk pengetahuan, “Pandora: Beneath The Paradise” ialah sebuah drama balas dendam tentang seorang wanita, yang menyedari bahawa kehidupannya bukanlah sempurna seperti yang dilihat.
Pelakon utama: Lee Ji-ah, Lee Sang-yoon, Jang Hee-jin, Park Ki-woong
Tarikh tayangan: 11 Mac
Platform: tvN
ROMANTIC GUEST HOUSE
“Romantic Guest House” ialah sebuah drama percintaan misteri yang mengisahkan tentang empat remaja termasuk Yoon Dan-oh (Shin Ye-eun), pemilik rumah tamu Yihwawon yang bebas daripada stereotaip, dan tiga pelajar asrama yang menyimpan rahsia.
Pelakon utama: Shin Ye-eun, Ryeoun, Kang Hoon, Jung Gun-joo
Tarikh tayangan: 20 Mac
Platform: SBS, Viki
DIVORCE ATTORNEY SHIN
Berdasarkan webtoon popular, “Divorce Attorney Shin” akan menceritakan kisah seorang peguam perceraian berbakat yang bernama Shin Sung-han, bekas pemain piano klasik yang tiba-tiba menukar laluan kerjayanya kepada undang-undang perceraian apabila dia menerima berita yang mengejutkan.
Pelakon utama: Cho Seung-woo, Han Hye-jin, Kim Sung-kyun, Jung Moon-sung
Tarikh tayangan: 4 Mac
Platform: JTBC, Netflix
DUTY AFTER SCHOOL
“Duty After School” ialah drama thriller sains fiksyen yang membawa kisah semua pelajar di seluruh Korea terpaksa menyertai tentera dan berlawan makhluk asing bagi menambah markah ekstra sebelum peperiksaan kebangsaan.
Pelakon utama: Shin Hyun-soo, Lee Chun-ho, Im Se-mi, Park Eun-young
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!