Kemunculan penyerang kebangsaan, Faisal Halim dalam sebuah video iklan makanan yang kelihatan makin ceria, sudah cukup mengubat rasa rindu buat para peminatnya setelah sekian lama tidak beraksi.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram itu, Faisal yang lebih mesra disapa Mickey kelihatan tidak kekok berlakon menjayakan watak yang diberikan bagi menjayakan iklan tersebut.
Bagaimanapun, pergerakan pemain berusia 26 tahun itu masih dilihat terbatas ekoran kesan melecur di tangan sebelah kiri yang masih ditutupi dengan sarung tangan.
Selain itu, meskipun kesan melecur di bahagian muka dan tangan tampak jelas kelihatan, namun keceriaan Faisal Halim dalam mengiklankan produk makanan tersebut melegakan hati ramai peminatnya.
Ads
Di penghujung video, Faisal sempat menzahirkan rasa terima kasih kepada para peminat yang mendoakan kesembuhannya selepas kejadian malang itu menimpa atas dirinya.
“Di kesempatan ini, saya nak ucap terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Kepada peminat-peminat Mickey yang selalu mendoa.
Ads
“Saya harap doa yang terbaik untuk saya supaya saya dapat kembali dengan cepat untuk beraksi. Kepada semua rakyat Malaysia, terima kasih kerana menyokong saya, Faisal Halim,” katanya.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengguna menitipkan doa agar diberikan kesembuhan buat Mickey, selain berharap dapat melihat pemain kebangsaan itu beraksi tidak lama lagi.
“Allahuakbar. Luka parut itu. Tak boleh bayang sakitnya macam mana. Semoga dipermudahkan segala urusan dan murah rezeki. Semoga cepat sembuh dan dapat main bola sepak semula,” komen seorang pengguna.
“Mantap lah Faisal Halim, Alhamdulillah nampak sihat dan ceria. Berlakon pun ada bakat,” komen seorang lagi.
Ads
“Kuat semangat bro Faisal Halim. Alhamdulillah dah nampak makin sihat dan ceria. Selamat kembali beraksi bang,” tulis pengguna lain.
Terdahulu, bapa seorang cahaya mata itu telah mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah, pada 5 Mei lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Insiden bumbung bocor di Axiata Arena semalam ketika Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia sedang berlangsung pada hari ini adalah insiden di luar jangkaan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).
Memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Iliyas Jamal di sidang media mengejut malam tadi, bumbung di Axiata Arena rupa-rupanya sedang melalui proses penukaran oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak April 2024 untuk menggantikan bumbung lama yang telah digunakan sejak Sukan Komanwel 1998.
Walaupun sedang mengalami proses penambahbaikan itu, PSM memberi syarat kepada JKR untuk tidak menutup stadium tersebut agar acara-acara dan kejohanan sukan boleh dianjurkan selama ini tanpa isu kebocoran.
Malangnya, keadaan cuaca hujan dan angin kuat yang melanda Lembah Klang pada minggu ini telah mengakibatkan isu bumbung bocor.
Tambahnya, air hujan telah memasuki arena melalui celah-celah bumbung yang sedang ditukar lalu menyebabkan air hujan menitis dan terkena pada gelanggang kejohanan.
Turut menerima tempias (pun intended) adalah tempat duduk penyokong dan mereka terpaksa bergegas ke sudut lain.
Peminat Kecewa, PSM Mohon Maaf
Dalam pada itu, PSM membuat permohonan maaf kepada semua pihak terutamanya pihak penganjur dan peminat badminton negara di atas insiden kebocoran bumbung di Axiata Arena.
Bagaimanapun, tinjauan REMAJA di ruangan komen media sosial mendapati peminat badminton kecewa dengan insiden yang berlaku ketika Malaysia menjadi tuan rumah sebuah kejohanan antarabangsa berprestij seperti Terbuka Malaysia.
“Memalukan. Sudah lah semua wakil negara kalah. Permulaan 2025 sangat mendukacitakan bagi sukan badminton. Semua kalah first round.” – Facebook / Jep
“Kau ingat level sukaneka ke ****?? Malu weii satu dunia tengok!!! Saman jangan tak saman.” – Instagram / @fadhjamal
REMAJA difahamkan PSM telah mengenal pasti kawasan-kawasan bumbung bermasalah dan sedang menyegerakan kerja-kerja bersesuaian dengan kerjasama pihak JKR dan kontraktor yang dilantik.
Setelah memuat naik permohonan maaf di atas kekhilafan menjalin kerjasama dengan satu jenama pro-Israel pada hari Khamis, jenama kopi tempatan Zus Coffee tampil melakukan permohonaan maaf susulan pada hari Jumaat.
Ia setelah jenama tersebut menerima pelbagai bentuk kecaman terutamanya dalam kalangan pelanggan setia mereka yang meluahkan kekecewaan dek kolaborasi tersebut.
Foto Hiasan.
Menerusi hantaran terbaru di platform media sosial, Zus Coffee mengakui kenyataan pertama yang mereka keluarkan semalam gagal menjelaskan pendirian mereka terhadap isu pembunuhan rakyat Palestin beramai-ramai yang sedang berlaku di negara mereka sendiri.
Justeru, Zus Coffee ingin menegaskan bahawa mereka teguh menentang sebarang kezaliman yang berlaku di bumi Palestin dan menyokong perjuangan untuk mendapatkan semula kebebasan Palestin.
“Kami berjanji untuk lebih berwaspada dalam membuat keputusan di masa hadapan, memastikan ia sentiasa mencerminkan nilai-nilai kami sebagai jenama tempatan Malaysia,” catatnya.
Tinjauan REMAJA di ruanga komen mendapati majoriti netizen berterima kasih terhadap usaha Zus Coffee yang menetapkan pendirian dalam isu konflik yang sedang berlaku sekarang.
Mereka turut berharap ia tidak terjadi lagi di masa hadapan memandangkan Zus Coffee begitu digemari oleh pelanggan Malaysia dek kesedapan minuman yang ditawarkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun sudah berusia 59 tahun, namun ia bukan penghalang bagi penjawat awam ini untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama calon yang lain.
Menurut laporan Astro Awani, Hamidan Yahaya yang bertugas sebagai pemandu awam Kementerian Pertahanan di Kem Bukit Keteri (rejimen 504 Askar Wataniah) memaklumkan dia didorong oleh keseronokan belajar dan mahu cabar kemampuan diri.
Lebih membanggakan lagi, Hamidan mendedahkan dia berjaya memperoleh B+ bagi mata pelajaran Sains yang diambil dengan hanya belajar sendiri sahaja.
“Saya tak ada cikgu, tidak pergi tuisyen, tidak berpandukan TikTok atau Google… Dengan hanya guna buku yang dibeli sendiri, buat latihan, kemudian tengok jawapan di belakang buku.
“Saya ingin cuba dan cabar diri. Saya juga seronok masuk dewan peperiksaan,” katanya.
Dalam pada itu, dia turut akui terdapat cabaran ketika menjawab soalan peperiksaan itu dibandingkan dengan SPM yang pernah diduduki pada 42 tahun lepas.
“Dulu keputusan SPM saya dapat pangkat tiga, untuk Sains dan Matematik sekadar lulus,” ujarnya.
Pada masa sama, dia sempat menitipkan nasihat buat golongan muda supaya mengambil berat akan kepentingan SPM kerana itu adalah langkah permulaan untuk masa depan yang cerah.
Terdahulu, Hamidan juga pernah menduduki peperiksaan SPM 2022 bagi pelajaran Matematik dan berjaya peroleh A dengan hanya belajar sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun terpalit dengan kontroversi mengenai tuduhan meniru rekaan samping daripada jenama pakaian lain, pemilik Elrah Exclusive, El Azman tetap tegas mengatakan bahawa isu tersebut...