Selepas melalui enam tahun penuh ujian dan ketidakpastian, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya boleh menarik nafas lega apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan membebaskan beliau sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta berkaitan dana Armada Bersatu.
Keputusan yang diumumkan hari ini sekali gus menamatkan episod panjang perbicaraan yang menjadi perhatian ramai sejak beberapa tahun lalu.
Menerusi laporan media tempatan, bekas Menteri Belia dan Sukan itu meluahkan rasa syukur atas keputusan tersebut sambil menyifatkannya sebagai bukti bahawa institusi kehakiman negara terus berperanan dalam menegakkan keadilan.
“Manusia boleh merancang, Allah SWT yang menentukan. Saya rasa di sebalik setiap ujian, cabaran dan rintangan, ada sebab kenapa ujian itu dibawa ke atas kita,” katanya.
Berpegang Teguh Pada Prinsip ‘Berani Kerana Benar’
Mengimbas kembali perjalanan kes yang bermula sejak enam tahun lalu, Syed Saddiq berkata beliau tidak pernah memilih jalan mudah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.
Sebaliknya, beliau kekal mempertahankan prinsip yang dipegang sejak awal proses siasatan sehingga keputusan muktamad diumumkan hari ini.
Ads
“Saya tidak tunduk, tidak takut, tidak guna jalan pintas dan tidak minta layanan istimewa kerana saya tahu saya berada di pihak yang benar. Saya tidak lakukan kesilapan. Saya pegang kepada prinsip ‘berani kerana benar’,” tegasnya.
Enam Tahun Yang Memberi Kesan Besar
Dalam masa sama, Syed Saddiq mengakui tempoh enam tahun itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui kerana ia memberi kesan besar terhadap kehidupan peribadi serta kerjaya politiknya.
Menurut beliau, keluarga terutama ibu bapanya, selain rakan-rakan terdekat, turut berdepan cabaran sepanjang proses tersebut namun tetap setia memberikan sokongan.
Ads
Kebebasan Badan Kehakiman Perlu Dipertahankan
Syed Saddiq turut menegaskan bahawa keputusan hari ini mengingatkannya tentang betapa pentingnya mempertahankan kebebasan institusi kehakiman sebagai benteng terakhir rakyat dalam mendapatkan keadilan.
“Apa yang berlaku hari ini mengingatkan saya betapa pentingnya untuk kita mempertahankan institusi keadilan negara yang agung iaitu institusi kehakiman.
“Apabila institusi kehakiman itu bebas dan adil, di situlah ia menjadi tempat terakhir bagi rakyat biasa yang tiada kuasa untuk mendapatkan pembelaan.
“Keputusan hari ini membawa kesedaran dan keinsafan kepada saya untuk terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman, institusi yang menjadikan negara kita hebat,” tambahnya.
Mengulas mengenai perancangannya selepas ini, Syed Saddiq berkata keputusan tersebut bukan sekadar kemenangan buat dirinya, sebaliknya membawa makna lebih besar kepada perjuangan demi masa depan negara.
Beliau berharap dapat meneruskan khidmat kepada rakyat serta menyumbang kepada pembangunan negara selepas berakhirnya episod perundangan yang panjang itu.
“Sejujurnya ini bukan tentang saya, kerana ada beratus dan beribu orang lain yang telah berjuang dan berkorban untuk masa depan negara. Harapan saya, selepas keputusan ini, saya dapat terus menabur bakti kepada negara tercinta,” katanya.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan sekali gus mengekalkan keputusan membebaskan Syed Saddiq sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta berkaitan dana Armada Bersatu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi terkenal Noh Salleh berkongsi khabar sedih apabila cahaya matanya bersama isteri tercinta, Fatin Athirah Mustapa meninggal dunia tujuh bulan lalu.
Vokalis kumpulan popular, Hujan itu menerusi Instagram mendedahkan bayi sulung mereka meninggal ketika di dalam kandungan
“Hari ini 22 September 2024 adalah genap tujuh bulan kami kehilangan anak di dalam kandungan”
Kredit: Noh Salleh
“Ramai yang tidak tahu kan? Dalam struggle berjuang untuk Musa, kami juga struggle memastikan anak didalam kandungan sihat, namun Tuhan jemput dia awal,” ujarnya.
Melalui perkongsian yang sama, penyanyi berusia 39 tahun itu juga berkata bahawa beliau yakin segala ujian yang dihadapi oleh dirinya dan isteri adalah untuk mempersiapkan mereka agar menjadi kuat dan lebih baik sebagai pasangan suami isteri.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Rahsia Tuhan’ itu turut meluahkan rasa syukur ke hadrat ilahi apabila segala urusannya dipermudahkan.
Kredit: Noh Salleh
Katanya, “Walaupun perit nak hadapi segala yang aneh-aneh, tetapi kami bersyukur Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih steady dan tenang sebab we fought a great battle dan menang.”
Beliau juga menyatakan bahawa dia dan isteri beruntung kerana dikelilingi oleh keluarga, rakan, dan orang-orang baik yang tidak pernah putus untuk mendoakan, memberi kekuatan, dan menenami ke kubur semasa mereka tidak stabil dari segi mental dan emosi.
Noh juga turut mendedahkan nama anak syurga mereka, Julian dan berharap agar diizinkan Tuhan untuk berjumpa dengannya.
Tambahnya lagi, perkongsian tersebut dimuat naik sempena ulang tahun pertama dia dan isteri.
Sekadar info, Noh dan Fatin Athirah sah menjadi suami isteri pada 23 September 2023.
Sebelumnya, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan usahawan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos 2022. Namun, perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata dan mereka memiliki seorang anak angkat lelaki diberi nama Musa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kini, penyanyi indie-pop ini kembali dengan album penuh pertamanya, ‘Private Blizzard’! Tajuk album ini diambil daripada frasa “each in his own private blizzard” yang diambil dari puisi “The City Planners” oleh Margaret Atwood. Very mindful#MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia” />
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa hanya murid yang melepasi ujian saringan diagnostik khas akan layak memasuki Tahun Satu seawal usia enam tahun bermula sesi persekolahan 2027.
Memetik laporan Berita Harian, pelaksanaan dasar itu bertujuan memastikan kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan lebih awal benar-benar bersedia dari segi perkembangan diri, sekaligus mengelakkan sebarang tekanan terhadap murid pada peringkat awal pendidikan.
Menurut Fadhlina, ibu bapa yang berhasrat memasukkan anak ke Tahun Satu pada usia enam tahun perlu mendaftarkan anak mereka terlebih dahulu untuk menduduki ujian diagnostik khas yang pelaksanaannya akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat.
Pada masa yang sama, mengulas kebimbangan segelintir pihak, beliau menegaskan bahawa dasar berkenaan bukan suatu keperluan wajib, sebaliknya ditawarkan sebagai pilihan kepada ibu bapa, manakala kanak-kanak lain masih boleh memasuki Tahun Satu pada usia tujuh tahun seperti amalan sedia ada.
“Pertama, (ibu bapa) jangan panik, itu paling penting, kena bertenang dan melihat ini sebagai suatu pembaharuan dalam sistem pendidikan. Ia bukan asing di negara lain yang sudah melaksanakannya. Sebab itulah, kita memulakannya dengan tidak wajib dan ia adalah pilihan,” katanya.
“Walaupun pilihan, kita tidak memberikan kebebasan kepada ibu bapa begitu saja, ia datang dengan kebersediaan anak dan paling penting sokongan pada peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) yang kita namakan sebagai ujian diagnostik,” jelasnya lagi.
Tambah beliau, walaupun ia bersifat pilihan, ibu bapa tidak diberikan kebebasan sepenuhnya kerana kemasukan murid enam tahun perlu disokong melalui ujian diagnostik yang menilai kebersediaan kanak-kanak dari aspek psikoemosi, tahap kemahiran serta keupayaan mengikuti pembelajaran di kelas Tahun Satu.
Sementara itu, pelaksanaan dasar itu bertujuan mengenal pasti sama ada kanak-kanak benar-benar bersedia untuk memasuki Tahun Satu pada usia enam tahun. Ibu bapa yang bersetuju perlu memberi komitmen dengan memastikan anak menduduki ujian berkenaan, manakala ibu bapa yang tidak bersetuju boleh memilih laluan biasa dengan kemasukan ke
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjaya menempa nama sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi di Malaysia yang tersenarai dalam tiga (3) kategori ‘Times Higher Education Awards Asia 2024’.
Menurut Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit, beliau menyifatkan kejayaan tersebut sebagai sebuah pengiktirafan kepada warga universiti serta negeri Sarawak dan Malaysia.
“Kesungguhan UNIMAS dalam berdepan dengan komuniti di negeri ini khususnya telah diiktiraf oleh Times Higher Education (THE), University Impact Ranking dalam memperjuangkan 17 agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” katanya dalam ucapan pada Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-28 pada 4 November.
Kredit: FB UNIMAS
“Kejayaan UNIMAS juga terserlah apabila diletakkan di kedudukan ke-301 universiti di dunia Times Higher Education Impact Rankings 2024 berbanding kedudukan 401 sebelum ini”
Dalam pada itu, empat kategori SGD juga telah menempatkan UNIMAS dalam kedudukan 100 teratas dunia iaitu SDG 17 ‘Partnership for The Goal’ dalam kedudukan ke-18 dunia. Selain itu, SDG 2 ‘Zero Hunger’ dalam kedudukan 57 dunia, SDG 14 ‘Life Below Water’ di kedudukan 61 dunia dan SDG 15 ‘Life on Land’ di kedudukan ke-76 dunia.
Kredit: FB UNIMAS
Pencapaian dan pengiktirafan itu membuktikan UNIMAS mampu mencipta kejayaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, hubungan kerjasama dan kolaboratif peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sementara itu, pada Majlis Konvokesyen Ke-28 UNIMAS merekodkan 3,938 graduan yang akan diraikan dan daripada jumlah tersebut seramai 3,321 orang adalah graduan prasiswazah dan 617 orang lagi merupakan graduan pascasiswazah.
Sumber: Facebook Universiti Malaysia Sarawak
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!