Penyanyi rap dari kumpulan terkenal Stray Kids, Changbin baru-baru ini meraikan ulang tahun ke-26 dengan satu tindakan penuh makna apabila beliau menyumbangkan 100 juta Won (lebih kurang RM305,000) kepada Samsung Medical Center di Seoul.
Menurut agensinya JYP Entertainment, sumbangan ini diberikan bersempena ulang tahun kelahiran pemilik nama sebenar Seo Changbin pada 11 Ogos lalu serta dana tersebut akan digunakan bagi membantu kos pembedahan, rawatan, dan penjagaan kesihatan mental kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.
“Saya sangat bersyukur dengan cinta daripada para peminat, dan gembira dapat berkongsi sedikit harapan dengan anak-anak pada hari lahir saya,” kata Changbin melalui satu kenyataan rasmi.
“Saya berharap usaha ini dapat membantu mereka pulih dan membesar dengan sihat,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, menurut wakil Samsung Medical Center berkata, sumbangan tersebut akan semestinya akan menjadi sumber kekuatan besar untuk para pesakit muda dan keluarga mereka. Selain itu, pihaknya akan memastikan dana tersebut digunakan dengan penuh teliti bagi menyokong rawatan dan pemulihan pesakit.
Selain sumbangan terbaru ini, Changbin sememangnya dikenali sebagai figura yang aktif dalam kerja-kerja amal. Pada tahun 2025, beliau bersama ahli Stray Kids lain telah memberi sumbangan kepada Hope Bridge Korea Disaster Relief Association dan World Vision untuk membantu mangsa kebakaran hutan di Gyeongsang Selatan dan Utara.
Ads
Pada tahun lalu, beliau turut menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Turki-Syria dan dilantik sebagai ahli The Promise’s Honors Club.
Ads
Sehubungan itu, tindakan murni Changbin bukan sahaja mengangkat namanya sebagai artis berbakat, tetapi juga sebagai insan yang menggunakan pengaruhnya untuk memberi inspirasi kepada ramai, khususnya golongan muda yang memandang tinggi kepadanya.
Untuk perkembangan terkini, Stray Kids baru sahaja menamatkan jelajah dunia ‘dominATE’ yang melibatkan 54 konsert di 34 lokasi seluruh dunia. Kumpulan ini juga akan melancarkan album penuh keempat berjudul ‘Karma’ dengan lagu utama bertajuk Ceremony, dijadualkan keluar pada 22 Ogos ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi rap dan pelakon terkenal, MK K-Clique berkongsi khabar gembira kepada peminat dan pengikutnya apabila mengumumkan bahawa dia dan isterinya kini sudah bergelar ibu dan ayah.
Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan (28) menerusi Instagram miliknya yang memberitahu bahawa isterinya, Siti Hajar Syeikh Nordin selamat melahirkan bayi perempuan pada 3 Ogos.
Penyanyi itu juga turut meluahkan rasa syukur kerana kini dia sudah pun bergelar sebagai seorang bapa.
“Alhamdulillah Ya Allah! Hari ini 3 Ogos 2024 isteri saya selamat melahirkan seorang puteri, anugerah terbesar daripada Allah”
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis, peminat dan pengikut MK mengucapkan tahniah di atas berita gembira tersebut dan ada yang mendoakan semoga pasangan tersebut mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.
Apa pun, tahniah kami ucapkan kepada MK dan Hajar!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial popular, Kasih Iris Leona meraih perhatian dan pujian warganet selepas memuat naik beberapa video menerusi platform TikTok miliknya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat penampilan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu lebih manis dan dilihat sudah semakin kurus selepas berkongsi momen dirinya bersenam sejak akhir-akhir ini.
“Nampak lain, I mean in a good good way, and I love it!” komen seorang pengikut.
“Oh tuhan Leona, you suits that look so much!” komen juga pengikut lain.
“Cantinya, kejap sahaja dah kurus…” tulis seorang lagi.
Menerusi satu klip video ketika Leona di gimnasium pula, rata-rata pengguna turut terinspirasi dan dengan kesungguhan gadis itu untuk menjaga penampilan. Selain, ada juga yang menitipkan semangat buatnya.
“Jangan putus asa Leona, awak boleh lakukan!” tulis seorang pengguna TikTok.
“Cepatnya nampak beza lengan dia makin kecil, baru berapa hari sahaja,” komen lagi yang lain.
“Go girl, you are being an inspiration for me now,” tambah pengikut yang lain.
Terdahulu, Leona tampil menyelar sikap segelintir individu yang menghina bentuk badan sehingga melabelnya sebagai wanita gemuk, susulan video dimuat naik di p;atform media sosialnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi rap terkenal, G-Dragon baru-baru ini membahas mengenai status terkini anggota BIGBANG yang telah kehilangan dua anggota dalam temubualnya bersama majalah Elle Korea.
G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji Yong menegaskan bahawa kini anggota BIGBANG kini hanya mempunyai tiga orang ahli anggota sahaja. Pelantun lagu Who You? Itu juga turut berkongsi kisah perbualannya bersama Taeyang dan Daesung, “Member kami? Oh sekarang kami tinggal bertiga saja,” ucap G-Dragon ketika disoal oleh Elle Korea.
“Kami jarang bercakap mengenai apa yang berlaku sewaktu keluar bersama. Tentu saja, kami berborak mengenai topik yang datang dalam kepala secara semulajadi atau apa yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Kadang-kadang kami juga berbual sambil tertanya kenapa kami sangat sukar didekati oleh artis junior?”
Kredit: Elle Korea
Dalam pada itu, G-Dragon turut membahas mengenai pengalaman barunya sebagai pensyarah lawatan di Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST) yang telah mendapat reaksi baik dari kalangan ahli akademik dan peminat di seluruh dunia.
“Ini merupakan cabaran baru buat saya. Saya bingung tapi sangat bersemangat ibarat ini adalah hari pertama saya masuk ke sekolah. Bila saya melihat sekeliling universiti, saya rasa seperti dalam taman hiburan sebab terlalu banyak hal yang menarik”
Menurut G-Dragon, KAIST dipenuhi oleh ramai orang yang hebat dalam bidang masing-masing, “Mereka nampak sangat bagus dalam mencipta sesuatu, juga kerap habiskan masa berjam-jam di makmal dan asrama dengan batasan yang tidak jelas antara kehidupan harian dan juga belajar,” katanya.
Kredit: G-Dragon
G-Dragon juga merasakan para mahasiswa di KAIST mirip dengan dirinya di masa lalu kerana kerap berlatih sendiri melalui proses try and error. Penyanyi itu turut mengungkapkan rasa kagum pada komuniti KAIST yang terdiri daripada individu yang penuh semangat.
Sementara itu, G-Dragon berkongsi bahawa dia sedang bersemangat membuat persiapan untuk keluaran album solonya dan meminta jangkaan tinggi dari orang ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.