Baru-baru ini, Bio-essence memperkenal Bio-Water Toning Water dengan kolaborasi bersama kumpulan yang sedang meningkat naik Dolla, yang mampu menyuntik tenaga segar dan dinamik ke dalam jenama ini.
Dolla yang terkenal dengan muzik pop mencerminkan keyakinan dan sentiasa segar persis Bio-Water Toning Water yang menjanjikan kulit kekal cerah, segar dan lembap.
Melalui kerjasama ini juga Dolla dan Bio-essence berharap ia dapat memberi inspirasi kepada peminat dan para pengguna untuk sentiasa yakin dengan kecantikan semulajadi dan mampu memiliki kulit yang sihat.
Ads
Dolla yang juga hadir di acara pelancaran Bio-Water Toning Water di IOI City Mall pada 6 Julai lalu juga sempat meluangkan masa bersama peminat mereka, iDolla dengan bermain beberapa permainan di atas pentas.
Untuk pengetahuan, Dolla juga bakal mengadakan konsert sulungnya pada 3 Ogos ini yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur dan antara tips daripada Dolla untuk sentiasa Watch Me Glow dan nampak fresh and hydrated walaupun sentiasa sibuk dengan aktiviti adalah dengan menggunakan Bio-Water Toning Water tau!
Ads
Sekadar info, Bio-Water Toning Water ini merupakan formula terbaru mengandungi Bio Energy Complex, yang membantu memperbaiki dan menyegarkan kulit dengan meningkatkan penyerapan oksigen, memberikan keaktifan dan tenaga kepada kulit.
Jadi, kalau anda nak sentiasa nampak segar macam Dolla, bolehlah cuba tips yang mudah yang dikongsi mereka tu!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa cakap bila tengah diet tak boleh makan sedap? Sekarang ni dah macam-macam barangan sihat yang korang boleh dapatkan dipasaran.
Tapi, kalau korang masih tak tahu dan ragu-ragu yang mana boleh makan atau tak, apa kata korang ikut panduan senarai yang telah disediakan oleh Anis Shakirah ini. Jenis makanan yang dikongsikan ini confirm rendah kalori dan mudah di dapati di mana-mana supermarket berdekatan dengan korang.
Photo by Markus Spiske from Pexels
Tak sangka sebenarnya banyak je makanan boleh makan, asalkan korang selalu kena check label sebelum membeli
Hari ni Anis nak share barang diet yang boleh beli kat Jaya Grocer atau mana-mana shopping mall. Cari barang sambil baca label kandungan, ingredients dan nutrition facts. Anis ringkaskan.
Anis akui makan organic dan sihat agak mahal. So, anis pilih barang-barang dalam gambar. Moga bermanfaat untuk semua.
1. Gardenia 100% Wholegrain Purple Wheat
Low GI
Value 50
RM3.60
Sommerset cottage
GI Value 52
Roti wholemeal
GI Value 55
2. Syrup Sugar Free
10 calories per 2 tbsp
355 ml
RM14.95
Regular syrup 110 calories per serving
Total fat 0g
Total Carb 4g
Total sugar 0g
Added sugar 0g
3. Sriracha Hot Chili Sauce
0 calories
1 tbsp 5g
Total fat 0g
Total Sugar 0g
Added sugar 0g
Protein 0g
481g
RM12.50
Natural Colour
3. Hersey’s Cocoa
100% Natural Unsweetened
10 calories per 1 tbsp serving
Fat 0g
Sodium 0mg
Total Sugars 0g
Total Carbohydrates 3g
226g RM22.85
4. Classic Keto Mayo With Mct Oil
355 ml RM30.90
1 tbsp 14g
100 calories per serving
Total Fat 11g
Sodium 90mg
Total Carb 0g
Total sugars 0g
Added sugars 0g
Protein 0g
Contain 🥚 Egg
Keto and Paleo Approved
Soy Oil and Canola Oil Free
5. Tabasco Pepper Sauce
60 ml RM9.20
Spicy garlic taste
Splash it on 🍕 pizza, pasta and all things Italian.
1 teaspoon 5 ml – 1 calories
Sodium 35mg
Total Sugars less than 1g
1. Susu jenama sunlac (low fat)
Harga RM16.89 untuk 15 sachets x 20g (300g)
Susu ni dari New Zealand
Susu tepung skim
– tanpa bahan pengawet
– rendah kolestrol
– less than 1% milk fat
– high calcium
2. Apple Cider Vinegar
RM20.90 – 946 ml
– Zero calories
– Total fat 0%
– Organic
– Gluten free
3. Reduce Carb Wraps
RM10.80 (6 wraps – 270g)
– Only 8g net carbs per wrap
– Total sugars 2.5g per 100g
– High source of fibre and protein
4. Hellman’s Mayonnaise
RM15.50
– Lighter than light mayo
– 11 cals per tablespoon
– Fat 0.5g
– Sugars 0.6g
– Salt 0.26 g
5. Kewpie Dressing
Sesame Soy Sauce (Japan recipe)
RM 1.15 – 25 ml
– calories paling rendah
– 45 kcal
6. Rolled oats
RM7.50 – 750 g
– Sugar 0.7 g per 100g
7. Pisang
RM2.10
No 1 susu sampai no 7 pisang total RM74.85. Even mahal, fikir kos perubatan lagi mahal. So, cuba ubah cara makan. Untuk elak potong kaki sebab diabetes etc. Cukup pengalaman diri sendiri.
1. Roti Sommerset Cottage 300g
Multi grain & Seed
GI Value 52
Lebih baik dari roti wholegrain purple dan roti wholemeal hijau tua Gardenia.
Harga RM4.30
2. Green Love Multi Grain
Bijian Campuran boleh cari kat area beras.
Kandungan : Beras Perang, Sekoi, Barli, Gandum Kuda dan Isi Bunga Matahari.
Serat : 1.7g
Protein : 13g
Iron : 21.2 mg
berbanding nasi putih
Serat : 0.7g
Protein : 7.8g
Iron : 16.1 mg
Harga 1kg RM16.05
3. Ahmad Tea Fruit & Herb
Infusion Lemon and Ginger
Harga RM10.70 (20 sachets)
Ketua nurse ada share, dia cakap kalau craving manis,
minum tea letak halia.
Lemon pun elok dengan chia seed.
Antara super food
1. Chia seed
2. Cili merah – increase metabolisme
3. Buah pear
4. Equal stevia
0 calories (0 kcal)
Harga RM13.50 (40 sticks)
Lebih baik dari equal gold dan equal warna biru tu.
Carbohydrates 1.1g
is as sweet as 1 teaspoon of sugar (16 kcal)
5. Green Tea Jasmine Pokka
No sugar
Premium Tea Leaves
No preservatives
Harga RM5.90
6. Timun organic
Harga RM3.90 (450g – 3 batang)
7. Pisang
RM4
Boleh beli jugak
unsalted nuts
bihun perang
kopi essenso pink or blue
garam pink himalayan
“Geram lalu area buah and sayur-sayur.. rasa nak beli semua…”
Rolled oats 100g (0.7g sugar)
Roti sommerset cottage (GI Value 52)
Roti wholegrain 50
Roti wholemeal 55
Tembikai 100g (30 kcal)
Organic tomatoes
Pineapples
Strawberry
Kiwi 100g (61 kcal)
2x vitamins of oranges
5x nutrients of apples
Vitamins C
Source of fiber
Low GI
Folate
Guava
Baby carrot (ready to eat)
Himalayan pink salt
Anis cuba ubah tabiat makan. Dulu wajib beli…
Ice cream
Chocolate
Nugget
Burger
Pertama sekali, stop minum air manis okay . Bermula 30 Julai 2020 dengan berat 54.9 kg dan pada 3 September 2020 berat mula turun 52.2 kg. Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Walaupun korang tengah jaga bentuk badan, jangan risau kerana masih terdapat makanan yang boleh dimakan tanpa perlu takut jadi gemuk. So selamat mencuba!
Jika korang peminat drama Korea The Penthouse, sudah tentu korang familiar dengan lagu yang dinyanyikan oleh watak utama Cheon Seo Jin dalam siri popular tersebut.
Lagu yang berjudul Queen of the Night adalah muzik klasik berbahasa Jerman yang dicipta oleh Wolfgang Amadeus Mozart untuk pertunjukan opera The Magic Flute.
The Magic Flute adalah sebuah pertunjukan opera yang diadakan oleh Wolfgang Amadeus Mozart dan kawan-kawannya. Pertunjukan opera ini ditayangkan pertama kali pada 30 September 1791 di Freihaus-Theater auf der Wieden Di Wina.
Begitulah sedikit sebanyak kisah tentang lagu yang dimainkan di dalam drama The Penthouse itu. Cheon Seo Jin merupakan penyanyi soprano yang mempunyai akademi nyanyian sendiri dan menurunkan bakat kepadanya anaknya, Ha Eun Byeol. Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai yang sudah tahu tentang jalan cerita drama ini kan?
Terbaharu, seorang pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai zumujahid_zack telah berkongsi nyanyi penyanyi soprano negara, Datuk Syafinaz Selamat yang juga pernah menyanyikan lagu Queen of The Night itu juga.
Kehadiran beberapa buah meja makan yang dipenuhkan oleh para peminat pelakon kacak, Meerqeen di acara rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Civicas Networks semalam telah mencuri tumpuan para hadirin.
Ini memandangkan tidak semua dalam kalangan mereka yang menetap di Malaysia. Sebahagiannya sanggup melaburkan sedikit wang untuk membeli tiket penerbangan dari Indonesia dan Singapura demi meraikan momen bersama aktor Nenek Bongkok Tiga itu secara intim di sebuah acara tertutup.
Kongsi Meerqeen sewaktu ditemui, mereka sememangnya adalah peminat tegarnya yang telah menyokong perjalanan karier sejak dia menyertai pencarian Hero Remaja 2020 dan memenangi kedudukan tempat ketiga terbaik lagi.
“Kalau saya ada anjurkan apa-apa aktiviti di sini mahupun di Indonesia sekalipun, mereka akan datang. Kesemua dalam linkungan belasan orang, tidak termasuk yang dari Malaysia.
“Sudah tentu saya terharu apabila mereka sanggup ke sini. Saya dapat rasakan apa yang mereka pernah rasakan sewaktu saya bertandang ke Indonesia. Jadi saya amat menghargai pengorbanan masa dan wang untuk ke Kuala Lumpur.”
“Jujurnya, saya pun tidak tahu yang mereka akan ke sini. Semalam (Selasa) baru tahu. Jadi untuk membalas pengorbanan mereka, saya sediakan sesi pertemuan khas dengan mereka. Tidak sampai hati pula saya untuk membiarkan mereka sekadar jamu selera di rumah terbuka hari ini sahaja,” katanya.
Dedah Meerqeen lagi, buat masa ini dia sedang mendedikasikan masa sehingga bulan Ogos untuk menyelesaikan beberapa tugasan tertunggak sebagai duta produk dan sebagainya. Hanya selepas itu, barulah dia akan kembali memasuki set penggambaran bagi naskah terbaru.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!