Pengarah drama bersiri terkenal Squid Game 2, Hwang Donghyuk baru-baru ini teguh dengan pendiriannya dan mengeluarkan kenyataan serta ulasan bakat lakonan mengenai kontroversi pemilihan T.O.P sebagai salah seorang teraju dalam drama sensasi tersebut.
Menerusi sebuah wawancara terbaru bersama majalah People yang diterbitkan secara eksklusif bersama pengarah Squid Game 2, Donghyuk menjelaskan latar belakang T.O.P atau nama sebenar Choi Seunghyun (37) yang pernah terlibat dalam skandal ganja 9 tahun lalu di Korea Selatan.
Disebabkan terlibat dalam kes berkenaan, bekas anggota kumpulan Big Bang itu telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari industri seni untuk satu tempoh yang agak lama.
“Seperti yang diketahui umum, skandal tersebut telah memberi kesan besar pada kerjayanya (T.O.P) sehingga membuatkan beliau tidak boleh terlibat dalam sebarang projek di Korea Selatan,” kata Donghyuk.
“Squid Game 2 adalah projek comeback T.O.P selepas berehat panjang,” ujar pengarah itu lagi.
Ads
Menurutnya, T.O.P memegang watak sebagai seorang rapper dan juga pengguna dadah dalam drama bersiri ini. Donghyuk juga yakin untuk menerima peranan tersebut, beliau (T.O.P) memerlukan keberanian yang luar biasa.
Selain itu, karakter Thanos merupakan satu cabaran besar dan banyak mengingatkan penonton pada sisi gelap penyanyi asal lagu DOOM DADA berkenaan.
Ads
Dalam pada itu, Donghyuk turut tidak ragu-ragu untuk memuji T.O.P atas pencapaiannya menjayakan watak Thanos.
“Walaupun beliau telah lama tidak berlakon, saya sangat terkesan dengan prestasinya. Sebagai pengarah, saya amat berpuas hati dengan cara T.O.P membawakan watak tersebut,” jelas Hwang dengan penuh keyakinan.
Sementara itu, walaupun maklum balas orang awam terhadap pemilihan T.O.P sebagai pelakon utama sedikit hambar pada awalnya.
Ads
Hwang Donghyuk tetap teguh dengan keputusannya dan percaya cara terbaik untuk membuktikan bahawa pemilihan T.O.P adalah tepat adalah dengan menunjukkan hasilnya kepada wartawan dan penonton.
Sekadar info, drama bersiri Squid Game 2 yang mengandungi 7 episod telah mula ditayangkan di platform Netflix sejak 26 Disember lalu. Siri ini menyaksikan kesinambungan daripada musim pertama yang berjaya mencatatkan sejarah global, di mana para peserta terpaksa bertarung dalam permainan maut demi meraih ganjaran yang sangat besar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan bekerja sambil belajar adalah perkara yang bukan mudah kerana kita terpaksa membahagikan masa dan fokus antara pelajaran dan kerjaya.
Namun begitu, ia bukanlah satu halangan untuk penyanyi Wani Kayrie mendapat keputusan cemerlang walaupun dia sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.
Penyanyi berusia 22 tahun ini mengakui bahawa tidak mudah untuk belajar sambil bekerja, lebih-lebih lagi dirinya merupakan pelajar sepenuh masa di Management & Science University (MSU) dan perlu menyeimbangkan antara belajar dan kerjaya.
“Orang hanya nampak Wani post pasal kerja dan seronok jalan-jalan semua kan. Hakikatnya, inilah orang yang berjaga macam burung hantu sampai pagi, siapkan assignment dekat set, masuk online class dekat studio dan macam-macam lagi” jelasnya di laman instagram.
Wanie turut memuat naik keputusan peperiksaan semester 5 dan jelasnya walaupun subjek Finance mendapat gred C namun dia tetap berbangga keputusan subjek teras undang-undang yang diambil.
Siang kerja, pastu sambung assignments sampai pagi lepastu esok bangun pagi shooting! The struggles. But, trust the process.
Wani turut mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya mengharungi hari-hari jatuh dan berjaya bangkit tanpa ada orang tahu liku-liku dan dugaan mereka. Tambahnya lagi, apa-apa pun percaya pada diri sendiri dan jangan pernah putus asa dalam mencapai apa yang korang inginkan.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Wani Kayrie atas segala usaha dan pengorbanannya dalam menimba ilmu dan sekali gus tetap bergelar sebagai anak seni.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mungkin tidak semua berpeluang menjejakkan kaki ke bandar New York, tetapi kami yakin rata-rata daripada masyarakat dunia sudah mengetahui betapa meriahnya tempat tumpuan pelancong itu.
New York Time Square antara lokasi tumpuan utama di bandar Amerika Syarikat dengan suasana dikelilingi papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) yang tersergam indah.
Bukan calang-calang jenama atau wajah yang berpeluang dipaparkan di papan iklan tersebut, tetapi penyanyi kelahiran Malaysia, Yunalis Zarai pernah menghiasi ruangan itu sewaktu pelancaran album Rougue.
Terbaharu, kumpulan Dolla turut berjaya muncul di papan iklan tersohor New York Times Square menerusi kempen EQUAL oleh penstriman digital Spotify.
Menurut wakil Dolla, terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi selebriti dari 50 negara, dimana Dolla sebagai wajah hadapan adalah wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Foto papan iklan kempen ini turut dimuat naik di laman rasmi Instagram dolla.official dan rata-rata peminat melahirkan rasa bangga serta mengucapkan tahniah atas pencapaian ini.
Siapa sahaja yang tidak mengimpikan untuk berada di tengah kota mewah itu bukan? Apa-apa pun kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dolla dan semoga terus sukses dalam industri hiburan tanah air.
Penyanyi terkenal, Justin Bieber baru-baru ini berkongsi gambar melalui di Instagram dengan menunjukkan perut isterinya, Hailey yang semakin membesar hamil anak pertama mereka.
Menurut laporan Page Six, penyanyi As Long As You Love Me itu memuat naik gambar dirinya dan Hailey yang sedang memperbaharui janji pernikahan mereka di sebuah pulau di Hawaii.
Seterusnya, gambar tersebut disertakan dengan foto mesra mereka sambil menunjukkan bahagian perut Hailey yang nampak menonjol.
Kredit: Instagram justinbieber
Dalam klip video melalui posting yang sama, Hailey yang nampak anggun memakai dress putih sambil mengusap bahagian perutnya dengan lembut.
Melalui sumber TMZ, kehamilan Hailey sudah memasuki fasa trimester ketiga, dan berkemungkinan dia akan melahirkan bayi pada musim panas tahun ini.
Kredit: Instagram justinbieber
Sebelumnya, khabar mengenai isteri Justin Bieber itu hamil sudah pun muncul pada Julai tahun lalu selepas peminat ternampak pasangan tersebut berjalan-jalan tetapi ianya belum disahkan oleh mereka sendiri.
Sekadar info, Justin dan Hailey pertama kali berjumpa pada tahun 2005, mereka mula berhubungan romantis sejak 2016 dan putus di tengah jalan buat sementara waktu. Mereka berdua berbaik semula sehingga rasmi berkahwin dan menjadi pasangan suami isteri pada tahun 2018.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!