Kecoh di media sosial apabila seorang instafamous, Aisar Khaled menyiarkan video eksperimen 1000 babi air yang melibatkan dua orang rakannya, Asad Motawh dan syasyarushdiena. Video yang telah dilancarkan pada dua hari lalu menerima kecaman hebat daripada netizen kerana menyifatkan ia adalah satu pembaziran.
Walau bagaimanapun, Aisar telah memohon maaf dan berjanji untuk lebih berjaga-jaga dalam memilih content selepas ini.
Ads
Video Experiment 1000 Babi Air ini telah menerima 32 ribu dislikes, berbanding hanya 10 ribu Likes.
Ads
Aisar juga turut memuat naik video permohonan maaf di laman Instagram sebentar tadi. Anak muda ini mengakui kesilapannya dan menjelaskan bahawa dia akan lebih berhati-hati serta berfikir baik-buruk sebelum menyiarkan sesuatu content itu.
Setiap tahun, sambutan Hari Halloween disambut meriah oleh masyarakat luar, khususnya para selebriti luar negara. Waktu inilah mereka akan menonjolkan kreativiti memilih kostum terbaik untuk diperagakan semasa Hari Halloween.
Mengikut, laporan Yonhap memetik pihak berkuasa bomba pada Ahad, lebih 149 orang terkorban manakala puluhan lagi yang lain cedera dalam insiden rempuhan di daerah Itaewon, Seoul, melibatkan pengunjung yang menghadiri pesta Halloween.
Dalam pada itu, Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol turut mengumumkan tempoh berkabung dan mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang susulan insiden rempuhan ketika perayaan Halloween di Seoul.
Apa yang perlu diketahui mengenai tragedi ngeri ini?
1) Kota yang sudah sedia padat
Umum perlu ketahui bahawa bandar raya Seoul sendiri sudah padat dengan populasi sejumlah 10 juta orang. Tanpa keraian seumpamanya, penduduk tempatan sudah sedar akan suasana keramaian dan kesesakan harian. Sekarang ditambah pula dengan penganjuran pesta malam Halloween yang membuatkan lebih ramai orang dari luar Seoul tiba di kota itu, lalu memenuhi kawasan utama, baik di jalanan yang luas mahupun lorong sempit di sekitarnya.
2) Mangsa remaja.
Dianggarkan seramai 100,000 orang berkumpul di Itaewon untuk sambutan Halloween yang terbesar dan diadakan di kawasan terbuka sejak pandemik bermula. Sebahagian besar mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi adalah remaja dan orang dewasa berusia 20-an.
3) Serangan jantung penyebab kematian
Disebabkan terperangkap di lorong yang sempit, keadaan menjadi tidak terkawal seterusnya menyebabkan ramai daripada mereka mengalami sesak nafas. Mereka cuba menolak antara satu sama lain untuk mencari ruang bernafas. Seorang mangsa terselamat berkata orang ramai mula jatuh dan menghempap satu sama lain akibat ditolak.
4) Kostum Halloween jadi kostum kematian
Ramai mangsa terbaring di jalan raya memerlukan bantuan pernafasan dilihat memakai pelbagai kostum sambutan Halloween.
5) Ribuan petugas kecemasan dihantar ke lokasi kejadian
Lebih daripada 1,700 petugas perubatan kecemasan diarah untuk turun ke lokasi kejadian termasuk 517 anggota bomba, 1,100 pegawai polis dan kira-kira 70 kakitangan kerajaan.
6) Sukar mengenal pasti identiti mangsa
Pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengenal pasti mangsa. Mereka juga telah meminta bantuan keluarga mangsa mengecam mayat ahli keluarga mereka.
7) Pelancong asing meninggal dunia
Sekurang-kurangnya 19 warga asing disahkan maut dalam kejadian rempuhan tersebut, termasuk antaranya berasal dari Iran, Uzbekistan, China dan Norway. Kerajaan bandar Seoul juga menerima banyak laporan tentang kehilangan pelancong asing.
8) Jumlah mangsa mungkin bertambah
Laporan terkini memaklumkan setakat ini seramai 151 orang dilaporkan meninggal dunia. Pihak berkuasa kesihatan tempatan menjangka angka itu mungkin akan terus meningkat. Ini kerana mangsa yang cedera dan kritikal yang kini dirawat di hospital juga agak ramai. Kerajaan juga akan membantu proses pengebumian dan menggerakkan perkhidmatan perubatan kecemasan untuk merawat pesakit termasuk menugaskan penjawat awam bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Percanggahan pendapat sama ada Malaysia sudah bersedia untuk berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin, esok masih berleluasa.
Setelah kerajaan mengumumkan kelonggaran yang bakal diberikan pada Jumaat lalu untuk membenarkan sektor perniagaan berjalan semula seperti biasa, rakyat segera ‘terbelah’ kepada dua kumpulan.
Satu tentunya kumpulan yang menyambut baik kelonggaran itu demi menjana ekonomi. Satu lagi adalah kumpulan yang risau sekiranya kelonggaran ini diberikan sebelum tiba masa yang sesuai.
Lantas, satu petisyen telah dimulakan di laman web Change.org untuk merayu agar PKP diteruskan untuk beberapa minggu lagi sehingga situasi wabak Covid-19 di Malaysia benar-benar diklasifikasikan sebagai bebas.
Petisyen yang dimulakan oleh Rakyat Malaysia Prihatin kepada Kerajaan Malaysia ini menyenaraikan beberapa sebab di sebalik kerisauan yang mereka alami apabila kerajaan bakal membenarkan kelonggaran untuk rakyat mulai keluar esok.
Ini kerana mereka telah melihat contoh bagaimana negara lain yang terpaksa mengetatkan semula tempoh kuarantin mereka selepas kelonggaran diberi. Lalu mereka enggan melihat jika kesilapan yang sama berulang di Malaysia walaupun kadar peningkatan kes Covid-19 telah berjaya distabilkan.
Mereka juga enggan barisan hadapan di Malaysia kembali dalam zon keletihan SEKIRANYA benar rakyat Malaysia tidak mampu untuk memenuhi tuntutan bersyarat yang digariskan oleh kerajaan.
Ini secara tidak langsung boleh menjejaskan soal kesihatan dan kebajikan pekerja walaupun faktor ekonomi negara dipentingkan.
*
Apa pendapat korang?
Adakah rakyat Malaysia boleh mendisplinkan diri dengan syarat jarak sosial?
‘Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’
Tidak seperti kebanyakan ibu bapa, penoreh getah Jaliusih Madakol terpaksa meminjam wang dari orang kampungnya untuk menghadiri pengumuman keputusan STPM anak perempuannya di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.
Namun segala penat lelahnya untuk menyara pelajaran anak perempuannya tidak berakhir dengan sia-sia apabila anak perempuannya, Arnie Jaliusih meraih purata mata gred kumulatif (CGPA) 4.0 untuk peperiksaan STPM.
Arnie yang merupakan pelajar SMK Tun Fuad Stephens adalah antara 75 pelajar yang menerima penghargaan daripada timbalan pengarah Pendidikan (Perancangan dan Pengurusan Sektor PPD) Sabah Mohd Zaini Yanin di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.
Penoreh getah itu turut berkata, dia sanggup berusaha dengan pelbagai cara untuk memastikan Arnie, dirinya dan isteri tetap hadir meraikan pencapaian membanggakan tersebut.
“Saya hanya ada motosikal dan Proton Saga yang selalu rosak. Kereta saya dari era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri pada 1990-an.
“Paling jauh yang ianya boleh capai adalah sehingga ke pekan Tamparuli, kira-kira 30 minit dari rumah kami,” katanya sambil menambah mereka terpaksa menyewa teksi dari pekan itu untuk menyambung perjalanan ke sekolah tersebut.
Jaliusih yang berasal dari Sinansag Kiulu di Tamparuli hanya memperoleh pendapatan antara RM200 dan RM300 sebulan. Manakala kos tambang teksi untuk pergi dan balik dari sekolah tersebut mencecah RM120.
“Saya tiada pilihan lain selain meminjam wang daripada beberapa orang kampung semata-mata untuk memastikan kami berjaya sampai ke sini. Ia adalah satu majlis yang menggembirakan.
“Tetapi apabila Arnie melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, memandangkan dia bercita-cita menjadi seorang guru, kami sekeluarga perlu mendapatkan sokongan kewangan daripada saudara-mara yang lain,” katanya.
Arnie, anak ketiga daripada lima beradik, merupakan pelajar tunggal SMK Tun Fuad Stephens yang mendapat 4.0 dalam peperiksaan STPM.
Sekadar info, seramai 7,618 calon mendaftar untuk peperiksaan STPM di Sabah namun hanya 7,001 yang mendudukinya. Manakala, 59 sekolah mencapai kadar kelulusan 100 peratus tahun lepas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: NST & Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!