Saat ni tular dia media sosial satu video seorang kanak-kanak lelaki yang bertubuh kecil menunggang motosikal (barangkali milik bapa atau abangnya). Lokasi kejadian juga tidak dinyatakan atau berapa usianya.
Disebabkan tubuhnya agak kecil, jadi kakinya tidak sampai memijak handle dari tempat duduk.
Dari video berkenaan, jelas kelihatan dia menunggu untuk menyeberang simpang sebelum sebuah kereta pacuan empat roda yang memasuki simpang berkenaan seakan “menegur” tindakan anak kecil itu membawa motor di jalan raya yang tidak sepatutnya terjadi. Manakala dari video merakam jelas bunyi ketawa yang agak kuat.
Dari video berkenaan juga kanak-kanak kecil ini cuba membuat wheelie walau tahu motor itu lebih berat darinya dan kakinya juga tak jejak tanah.
Sudah banyak kes-kes anak-anak di bawah umur membawa kenderaan di jalan raya yang agak sibuk dan situasi ini bukan saja membahayakan nyawa malah boleh mengakibatkan nyawa orang lain juga melayang jika mahu mengelak saat bertembung. Takkanlah sedikit pun ibu bapa tak prihatin dan melepaskan tanggungjawab begitu sahaja?
Ads
Sementara di bahagian komen, netizen memberi pandangan bahawa tindakan itu benar-benar merbahaya dan tidak sepatutnya pada usianya dia membawa motor tanpa diawasi oleh kedua ibu bapanya.
Sepatutnya diajar tegas oleh ibubapa. Sebelum apa apa terjadi kat budak kecik tu baik diajar; menyesal kemudian tiada makna lagi…
Ads
Bahaya tau adik ni. Mau jadi apa2..hat kita org tua ni la nk kena katok dulu..walhal budak2 bawak moto srupa pelesittttt..bapa kali dh dok kelih depan mata…xpdan kaki tu xleh jijak tanah lagi
Bila tegur, makbapak sentap smp putus sirraturahim . Bila org report, salahkan org yg report tu. Anak sedikit pun tak bersalah.
Mati bawah lori pun salah lori
Ads
Next time please zoom in on that number plate. Hopefully PDRM are able to detain those irresponsible parents for this action.
Sepatutnya org2 dewasa yg lalu lalang kat Kpg tu yg bertindak cepat..hubungi pihak keluarga budak itu..sebelum terjadi insiden2 yg tidak di ingini…bukannya ketawa n mngalakkan..
Lihat video di bawah (sumber video Fb Info Roadblock JPJ/POLIS)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akibat taksub menghendap (stalking) seorang pelajar Islam sampai menghantar 1kg daging babi ke penginapan universitinya, seorang pelajar Cina di UK dijatuhi hukuman penjara.
Menghendap kini jadi kesalahan jenayah dan boleh dipenjarakan sehingga 3 tahun.
Menurut laporan dari The Telegraph, Kaichen Ma menjadi taksub dengan wanita itu selepas mereka berdua keluar berjanji temu.
Pendakwaraya Matthew Bean memberitahu Mahkamah Durham Crown bahawa kedua-duanya bertemu di sebuah kelab malam pada 30 September tahun lalu dan bertukar nombor telefon.
Namun, pada penghujung janji temu itu, lelaki berusia 21 tahun tersebut cuba untuk mencium wanita itu dan menyentuh lengannya ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Meskipun setelah mengatakan keengganannya, wanita itu terus diganggu oleh Ma dengan menggunakan 44 nombor telefon yang berlainan untuk menghubunginya selepas insiden tersebut.
Universiti Durham yang terletak di United Kingdom.
Malang sekali apabila mangsa yang belajar di Universiti Durham cuba menghalangnya berulang kali, tetapi dia tetap hadir ke kuliahnya walaupun mereka bukan dalam kursus yang sama.
Wanita beragama Islam Turki itu turut menerima pelbagai jenis hadiah di mana salah satunya merupakan tiket penerbangan ke Beijing. Tetapi apabila wanita itu terus mengelak, tingkah laku lelaki itu menjadi semakin agresif dengan menghantar 1kg daging babi dan menghantar buku Kristian kepadanya.
Kaichen Ma yang kini dikenakan hukuman penjara.
Penghendap itu kemudiannya ditahan pada 1 Disember dan telah diikat jamin dengan syarat dia tidak boleh menghubungi wanita itu. Namun pada 21 Disember, dia menghantar mesej kepada mangsa memintanya untuk menggugurkan pertuduhan.
“Terdapat mesej dan panggilan lanjut daripada defendan di mana dia meminta agar kes digugurkan dan mengatakan bahawa dia akan membiayai perjalanan mereka berdua ke China. Dia kemudian menghantarnya pengesahan tempahan untuk penerbangan ke Beijing,” ujar pendakwaraya itu.
Akhirnya pada 30 Januari, Ma telah ditangkap sekali lagi apabila Hakim James Adkin menjatuhkan hukuman penjara 28 bulan kepadanya, lapor Daily Mail. Adkin turut mengenakan perintah sekatan, melarangnya daripada menghubungi atau mendekati mangsa selama 15 tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Durham Police, Universiti Durham, Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Hey tak baik makan mi segera tau”. “Jangan makan panadol, tak elok”. Familiar kan dengan statement-statement macam ni? Memang ramai dah yang bercakap soal keburukan makanan segera serta beberapa jenis makanan lain.
Adakah ini semua hanya mitos semata-mata atau mungkin ia memang benar? Bagi menjawab persoalan ini, REMAJA akan berkongsi jawapan yang diberikan di page Facebook Medical Mythbusters Malaysia terhadap mitos dengan empat makanan ini.
Mitos 1: Mi segera
Tahu tak kenapa mi segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax (lilin) dalam mi tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mi segera , dan esoknya korang terasa nak makan mi segera lagi, jangan makan ok.
Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk di hadam. Bayangkanlah kalau anda makan mi segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
Jawapan:
Bahaya mi segera sebenarnya terletak pada tinggi garam dari perencah dia. Ia adalah diet yg tak seimbang kalau makan selalu. Ia tak menyebabkan kanser dan tiada kes ‘potong usus’ dilaporkan setakat ini.
Mitos 2: Sardin
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh.
Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.
Jawapan:
Sardin atau makanan dalam tin tidak menyebabkan fibroid dalam rahim wanita (tiada kes dilaporkan). Walaupun ada pendapat mengatakan perkaitan makanan dalam tin termasuk sardin dengan kanser yang mana dikatakan makanan tersebut terdedah pada logam plumbum (lead poisoning) dari tin.
The world health organisation’s international agency for research on cancer (IARC) melaporkan ‘mungkin’ ia carcinogenic pada manusia. Laporan yang tidak konklusif. Namun begitu bahayanya adalah sebenarnya terletak pada kandungan garam (salt- sodium chloride) dan bisphenol A (BPA) yg tinggi sardin/makanan dalam tin. Jangan makan makanan tinggi garam nanti darah tinggi adik kakok. Tak seimbang tu kalu mkn slalu… Hihi.
Mitos 3: Minuman 3 in 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram, terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimer.
Jawapan:
Bahayanya sebab tinggi kandungan gula. Gula tinggi macam-macam la dpt penyakit bermula dengan diabetis. Bukan hanya minuman 3 in 1 tapi semua yg manis-manis. Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan dalam senyuman ye.
Mitos 4: Panadol
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita.
Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya.
Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain-lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan, jom share untuk kebaikan bersama….. infomasi kesihatan
Jawapan:
Panadol (paracetamol/acetaminophen) dikatakan toksik pada badan adalah TIDAK BENAR. Panadol bukan ubat toksik pada badan jika ikut dos yg betul seperti disarankan oleh doktor atau pengeluar Panadol.
Dose yang disarankan adalah:
1. Tab paracetamol 1g bersamaan dengan 2 biji (500mg satu biji) setiap 6-8 jam sekali (maksima 4g sehari) untuk orang dewasa.
2. Untuk kanak2 sirap paracetamol adalah 15mg per kg dalam 6-8 jam (3-4 kali) sehari
3. Suppositories paracetamol yang dikenali ubat peluru (masuk rektum) 30mg per kg setiap 6 jam sekali (maksimum 5g sehari).
4. Paracetamol juga ada dalam bentuk intravenous (IV Perfalgan) diberikan 1g secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari 4 jam sekali: maksimum 4g sehari)
Paracetamol digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) yg paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak2, ibu-ibu mengandung dan tengah menyusu dan juga warga emas.
Dos toksik panadol (overdose) pada hati sebenarnya adalah >10g (20 biji) atau 200mg/kg. Yang ni memang sekali nyawa kita jalan kerana kerosakan hati. Hanya beberapa perkara perlu berhati-hati jika anda adalah G6PD deficiency (possible risk of hemolysis), pesakit buah pinggang dan hati dan alahan pada paracetamol.
Panadol tinggal dlm tubuh selama 5 tahun adalah MITOS. Panadol hanya dalam badan selama 4-6 jam sahaja kemudian akan dikumuhkan.
Saya hanya menjawab satu artikel yang banyak disebarkan dan circulate di media sosial khususnya di whatsapp. Ia akan membuatkan masyarakat jadi panik dan tidak mahu makan ubat. Saya sendiri berpengalaman jumpa pesakit yang kata panadol bahaya dan tak mahu mengambilnya setelah diberikan. Datang sakit demam jadi susah kami para doktor nak merawat.
Semoga tulisan pendek saya memberi sedikit info yang bermanfaat untuk semua.
Dr Ahmad Zakimi Abdullah (Dr Zek)
Medical Mythbusters Malaysia
Diharap jawapan yang dikongsi oleh doktor ini memberi pencerahan buat anda yang selama ni tertanya-tanya apakah benar atau tidak berita yang sering dikhabarkan di media sosial tentang isu ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat sidang media khas berkaitan Covid-19.
KERAJAAN membenarkan pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mengeluarkan RM500 sebulan bermula bulan April ini bagi meringankan beban rakyat berikutan wabak Covid-19.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, menerusi kemudahan tersebut semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing untuk tempoh selama 12 bulan.
Menurutnya, kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion. Inisiatif tersebut dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP.
“Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% yang berkuatkuasa pada bulan April 2020 akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barangbarang keperluan harian.
“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barangbarang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini.
“Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga. Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing,” kata Muhyiddin.
Moga inisiatif kerajaan ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Tapi jangan pula korang ramai-ramai beratur dekat pejabat KWSP pula kang jadi kes lain pula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Desas-desus mengenai perkahwinan bintang pop terkenal, Taylor Swift bersama pemain Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL), Travis Kelce semakin hangat diperkatakan apabila laluan menuju ke...