Kira-kira 9 tahun lalu, Hafreez Adam juga pernah bergelar finalis Hero Remaja sebelum benar-benar serius menyertai industri lakonan.
Berada di samping rakan seangkatan seperti Fattah Amin, Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan, Ben Amir dan ramai lagi, Hafreez bijak mengatur langkah untuk tidak terlalu pantas mengecapi populariti.
Apa yang lebih penting untuknya adalah kemunculan berterusan dalam projek lakonan kerana Hafreez menganggap set penggambaran itu sebagai kelas lakonannya sejak dulu.
“Sebagai pelakon baru yang tak ada pengalaman langsung, penting untuk mereka kekal displin. Jangan sesekali buat orang lain tunggu kita. Seperkara lagi, jangan malas untuk bertanya dan lakukan homework.
“Ketika cabaran lakonan berkumpulan untuk iklan produk NIVEA Men tadi, saya lihat mereka tidaklah kayu. Kesemuanya boleh berlakon, cuma tak semua penonton di luar sana yang akan terus sukakan lakonan kita. Jadi jangan bash haters jika menerima komen tak best. Perbaiki skil dahulu,” jelas Hafreez yang turut ditemani oleh juri tetap, Scha Alyahya.
Ads
Scha dan 8 orang finalis Hero Remaja bersama pengusaha lokasi penggambaran iaitu Aysian Management di Bangsar.
Jom lihat komen daripada juri sewaktu task tersebut.
Umar & Aniq
H: Jalan cerita mereka agak straightforward, tiada elemen kejutan sangat di situ.
Jujurnya, lakonan Aniq lebih natural sedikit kalau nak dibandingkan dengan Umar. Sayangnya percakapan Aniq tak jelas kerana dia ‘menutup mulut’ sepanjang task. Banyak perkataan yang tenggelam. Jadi key point untuk menjual produk tak berapa jelas.
Ads
Meerqeen & Haziq
H: Mereka berdua alert dengan tugasan di mana mereka perlu memperkenalkan produk NIVEA Men. Penggunaan label Espresso dalam dialog itu bagus.
Mereka berdua juga tak ‘makan’ kawan sendiri, kedua-dua ada peluang sama rata dalam lakonan berkumpulan ini.
Nadhir & Jabir
H: Mereka merupakan kumpulan yang kreatif dengan jalan cerita. Ada banyak scene yang mereka masukkan dalam waktu yang singkat dan jalan ceritanya juga tidak terlalu straightforward.
Saya juga sukakan intonasi dan emosi masing-masing yang ada naik turunnya yang membuatkan kumpulan ini tak membosankan.
H: Walaupun terlalu banyak penggunaan perkataan ‘ketibas’ yang mungkin membuatkan sesetengah penonton tak selesa, tetapi mereka berjaya menjadikan scene tadi witty & relaks. Sesuai dengan status mereka sebagai finalis Hero Remaja.
Imran berjaya warnakan kumpulan ini, tetapi dia perlu berhati-hati untuk tidak mudah ‘banter’ kawan sendiri. Itulah pentingnya pelakon untuk melakukan sesi sparring dahulu sebelum memasuki set.
*
Kami yakin kelapan-lapan peserta telah memberikan yang terbaik untuk menyiapkan tugasan lakonan kali ini dalam masa 30 minit saja.
Good job guys! Dan terima kasih kepada Hafreez Adam atas nasihat yang diberi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah 7 minggu bersiaran di Astro Ria & Ria HD pada setiap hari Khamis, akhirnya 5 orang finalis akhir telahpun terpilih untuk berentap di pentas finale Hero Remaja 2020.
Namun malang sekali apabila episod finale yang sepatutnya berlangsung pada 16 April minggu hadapan tidak dapat disiarkan memandangkan Malaysia masih dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan.
Dari tarikh 14 April 2020, PKP kemudiannya ditunda lagi ke tarikh 28 April 2020.
Sekaligus, finale Hero Remaja 2020 tidak mungkin dapat disiarkan secara langsung (seperti kebiasaan untuk pencarian Hero Remaja & Dewi Remaja) sepanjang bulan April ini.
Episod finale Hero Remaja 2017 yang disiarkan juga di saluran Astro Ria.
Sesi penyingkiran yang berlangsung untuk episod 7 semalam juga dilakukan secara live telecast bersama juri disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan.
Walaupun penonton dan peminat program ini seakan sudah dapat mengagak akan situasi tersebut, mereka masih tertanya-tanya apakah nasib yang dihadapi oleh Hero Remaja 2020?
Apakah 5 orang finalisnya iaitu Jabir Meftah, Haziq Nazimuddin, Nadhir Nasar, Meerqeen dan Umar Hisham akan berpeluang untuk bertanding pada peringkat finale, sekalipun?
Berikut merupakan kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh pihak penganjur, Nu Ideaktiv Sdn Bhd Bersama penyiar, Astro Ria.
“Malam kemuncak pentas akhir Hero Remaja 2020 yang pada awalnya dirancang untuk bersiaran langsung pada 16 April 2020 ini terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu yang akan diberitahu kelak.
“Semoga persiapan episod akhir ini akan berjalan lancar,” kata mereka sambal disudahi dengan ucapan tahniah kepada 5 orang finalis yang berjaya mengorak langkah.
Walaupun ramai yang menantikan kesudahan dan juara keseluruhan untuk musim kesepuluh Hero Remaja ini, namun faktor keselamatan dan kesihatan semua pihak wajar diambil kira.
Apapun, terima kasih kepada korang yang tak putus-putus memberikan sokongan kepada program ini dan para finalisnya
Ikuti update terbaru mereka sepanjang bulan April dan Mei kelak di www.remaja.my/hero dan di media sosial @majalahremaja okay!
Sambil itu, jom lihat apa yang nak diperkatakan oleh salah seorang juri mereka pada minggu lepas, Hafreez Adam.
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan juara Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin telahpun bergelar suami kepada gadis pilihan, Nur Fatin Alissa Azam pada 24 Jun 2023.
Berlangsung dalam sebuah majlis akad nikah di Hulu Langat sekitar tengah hari tadi, Alif atau nama sebenarnya, Alif Muhaimin Abdul Rahman telah dinikahkan kepada Fatin Alissan oleh bapa pengantin perempuan, Azam Abdullah sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam, Kariah Masjid Al-Ehsan, Sungai Serai, Hulu Langat, Ahmad Khaliq Ahmad Rasid.
Tampil dalam persalinan serba klasik songket berona biru laut, Alif, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM15,000 dan sebentuk cincin. Turut diserahkan oleh pelakon Sentuhan Najwa itu adalah lima dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.
Biarpun majlis berlangsung di bawah cuaca panas terik di lokasi ‘outdoor’ sehingga memaksa kira-kira 200 tetamu yang duduk berdekatan beralih ke kawasan yang lebih redup, ia sama sekali tidak menghalang kegembiraan yang dirasai oleh merpati sejoli itu yang tersenyum riang.
Turut kelihatan ialah rakan finalis Hero Remaja 2017, pelakon dan pempengaruh, Safwan Nazri yang menyandang tugas sebagai pengapit pengantin lelaki.
Alif dan Fatin Alissa dijadualkan bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi di lokasi sama pada malam ini. Terdahulu, Aliff dan Fatin Alissa telah mengikat tali pertunangan pada tanggal 22 Oktober 2022.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lima hari saja lagi sebelum episod pertama program Hero Remaja 2017 bakal ditayangkan di saluran Astro RIA dan Astro RIA HD, para finalis yang berentap pada kali nyata tak nak kalah di kalangan diri masing-masing. Apa saja bakat yang ada, mereka pasti akan cuba untuk tonjolkan sebaik mungkin.
Iyalah, bukan selalu untuk mereka mendapatkan perhatian masyarakat. Oleh itu, apabila platform sudah diberi, apa lagi rebutlah sebaik mungkin!
Salah seorang daripada finalis berbakat pada edisi kesembilan Hero Remaja ini ialah finalis yang berasal dari Seremban Negeri Sembilan, Farhan Asri. Hero berusia 20 tahun sememangnya sudah lama berminat dengan bidang nyanyian sejak darjah empat lagi. “Masa itu, saya dapatkan gitar pertama saya tapi memang tak reti mainlah. Slowly, saya belajar nak fahami chord gitar. Nak tahu macam mana saya belajar? Haaa, saya beli buku chord bermain gitar. (Ketawa) Old school tak?” kata Farhan kepada REMAJA.
Hanya setelah memasuki Tingkatan Tiga, Farhan mula mahir untuk memetik gitar dan mula bereksperimentasi dengan lagu serta olahan suaranya. Antara lagu yang gemar dibawanya pada masa itu? “Hhm, saya suka bawa lagu jiwang sebenarnya! Adalah beberapa lagu yang saya gemar seperti “Tercipta Untukku” – Ungu dan “Menatap Matamu” – Aril AF. Fuhh jiwang betul. Haha..
Sebahagian daripada para finalis Pencarian Hero Remaja 2017 termasuklah Farhan Asri di cover majalah REMAJA Julai 2017
Apabila mengetahui tentang minat Farhan dalam bidang muzik ini, REMAJA dengan kolaborasi Media Hiburan (MH) memberikan peluang kepadanya untuk menonjolkan bakatnya di pentas The Stage yang dibawakan oleh Media Hiburan. Membawakan gabungan dua lagu iaitu ‘Aisyah’ dan ‘Wanita Terakhir’, Farhan katanya sengaja menggabungkan dua lagu popular itu.
Takut dibandingkan dengan Fattah Amin ke Farhan?
“Tak semestinya saya nak dibandingkan dengan Hero Remaja 2012 itu. Kebetulan, saya memang meminati lagu nyanyiannya dan bila saya nyanyikan di dalam bilik tidur, saya serta merta mendapat idea untuk menggabungkan chord ‘Wanita Terakhir’ dengan ‘Aisyah’ versi akustik!
REMAJA rasakan, Farhan did a very good job at The Stage. Korang pula macam mana, suka tak dengan versi nyanyian ‘Aisyah / Wanita Terakhir’ akustik ini? Klik video di bawah dan jangan lupa, undi Farhan sebagai Hero Favourite korang di http://www.remaja.my/farhan-asri/
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!