Bila dengar kisah orang disengat tebuan, mesti kita terus merasa seram. Semua sedia maklum bahawa sengatan terbuan boleh membawa maut, lebih-lebih lagi jenis tebuan tanah yang sangat berbahaya.
Ini yang berlaku kepada pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017, Harris Annuar. Menerusi muat naik di Instagram hari ini, jelas wajahnya bengkak teruk setelah disengat tebuan tanah.
Kejadian berlaku ketika Harris bangun pagi untuk mandi. Sewaktu sedang mencuci muka, ada seekor tebuan yang hinggap di tualanya.
Ads
“Pada waktu itu Harris tidak perasan ada tebuan pada tuala. Lalu, Harris pun menekap tuala pada muka, tebuan itu pun terperangkap dan terus menyengat muka Harris,” jelasnya.
Walaupun dalam keadaan muka bengkak, Harris masih lagi mampu ketawa ketika memuat naik video menjelaskan situasinya disengat tebuan. Pada mulanya, kami ingatkan Harris hanya bergurau menggunakan filter, tetapi setelah menjelaskan keadaan sebenar , Harris benar-benar disengat tebuan tanah. Syukurnya, kini dia berada dalam keadaan stabil.
“Harris sekarang berada dalam stage 2 yang menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.
“Oleh itu, Harris perlu ditahan di wad untuk menjalani rawatan susulan kerana doktor hendak monitor jantung. Doktor juga ada cakap tadi, kalau Harris lambat bertindak sengat ini boleh membawa maut.”
Kejayaan pelumba basikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang di Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini dengan memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek keirin lelaki telah membuka peluang besar buat beliau.
Secara rasminya, beliau terpilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bernilai RM72,000 untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Foto: Universiti Malaysia Terengganu
Azizulhasni yang amat berbesar hati dengan tawaran tersebut dibenarkan menyambung pengajian di universiti itu bagi tempoh tiga tahun pada bila-bila masa.
“Tawaran untuk sambung belajar memang banyak, namun saya pilih UMT kerana universiti ini terletak di negeri kelahiran saya. Ia lebih istimewa,” jelasnya.
Kata beliau lagi, buat masa ini fokusnya adalah pada kerjaya sukan dan akan menyambung pengajian apabila sudah bersedia.
“Buat masa sekarang saya perlu fokus pada karier. Saya akan sambung belajar apabila telah bersedia kerana tawaran biasiswa UMT ini tiada tarikh luput. Mungkin bila anak-anak sudah besar sambung belajar ke sekolah atau universiti nanti, saya mulakan pengajian PhD.”
Foto: Universiti Malaysia Terengganu
Pihak UMT dalam pada itu turut menawarkan peluang kepada Azizulhasni bagi menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut selepas bersara dari dunia atlet demi kecemerlangan sains sukan negari dan negara, secara amnya.
Azizulhasni kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains sukan di Universiti Victoria, Melbourne. Beliau juga bakal menerima Anugerah Sarjana Kehormat pada Istiadat Konvokesyen UMT kali ke-19 yang dijangka berlangsung November depan.
Untuk pengetahuan, beliau telah dilantik sebagai Karyawan Tamu Utama UMT sejak November tahun lepas. Tiga penghargaan ini adalah pengiktirafan UMT terhadap jasa dan sumbangan beliau kepada negara selama ini.
Sudah menjadi rezeki atlet berbasikal trek ini untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi. Tahniah diucapkan kepada Datuk Azizulhasni Awang! Beliau bukan hanya telah mengharumkan nama negara, malah terus dahagakan peluang untuk mengejar ilmu pada masa akan datang.
Benarlah, jika kualiti menjadi keutamaan berbanding kuantiti, tentunya sesuatu produk itu akan bertahan lama.
Bintang hip hop muda Malaysia, MK K-Clique hari ini mampu berbangga apabila impiannya untuk bergandingan dengan ‘Mr President’, Joe Flizzow dalam sebuah trek tercapai jua setelah single berjudul Ciao menemui pendengar semalam.
Ini merupakan di antara projek yang dinantikan oleh para peminat Joe sendiri apabila Ciao bukan sekadar menampilkan MK seorang. Malahan, ia juga mendapat sentuhan penyanyi Korea Selatan, Jay Park!
Foto: SHAHIR OSMAN & AZFARINA SULAIMAN/IDEAKTIV.
Menerusi sesi Instagram Live yang dilakukan oleh Joe bersama MK semalam, beliau mendedahkan betapa lamanya lagu ini telah ‘diperam’ bagi menantikan waktu yang sesuai untuk pelancarannya.
“Saya sudah hantarkan Ciao kepada mereka (Jay Park dan MK) sejak bulan Februari tahun lalu. Dan sekitar bulan 6, lagu ini telahpun disiapkan. Tapi disebabkan lockdown, kami tak boleh lancarkan lagi. Betul lah kata orang, kadangkala kesabaran itu akan membuahkan sesuatu yang lebih baik.
“Akhirnya Ciao sudah dilancarkan malam ini (semalam). Dan pada jam 9 malam esok (hari ini) video muziknya akan dilancarkan di semua platform atas talian,” kongsi Joe.
Foto: SHAHIR OSMAN & AZFARINA SULAIMAN/IDEAKTIV.
Dalam pada itu, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin, 24 mengucapkan syukur ke atas peluang besar yang hadir kepadanya ini. Satu-persatu karya yang mendapat sentuhan MK setakat ini nampaknya bertukar menjadi popular.
“Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada abang Joe kerana membawa MK ke tahap seterusnya. Saya selalu bermimpi untuk bergandingan dengan Joe Flizzow dan (Ciao) adalah sesuatu yang besar untuk saya,” kata MK yang turut menerima kata-kata semangat daripada Joe. “You are the new generation of this brand (hip hop). You are killing it brother.”
Yes he is.
Foto: SHAHIR OSMAN & AZFARINA SULAIMAN/IDEAKTIV.
Kuasa & Ciao Berlainan
Jika ingin dibandingkan di antara trek Ciao dan Kuasa yang dilancarkan Joe pada tahun lalu, penulisan liriknya menampilkan gaya bahasa Melayu yang berbeza. Menerusi Kuasa, Joe menggunakan bahasa Melayu yang rasmi manakala Ciao menampilkan lirik yang lebih dekat dengan slanga percakapan harian terkini.
Jelas Joe, ini adalah satu transisi dalam dunia hip hop di mana ia mempunyai cabang yang luas. Demi memastikan seorang artis itu kekal relevan, mereka perlu pantas mengadaptasi diri mengikut trend peralihan zaman.
Dalam perkongsian Joe dalam artikel Harian Metro pada 5 Disember lalu, kerjasama dengan MK dan Jay Park adalah ibarat jambatan yang menghubungkan generasi berbeza serta berlainan negara.
Tangkap layar sesi Instagram Live oleh Joe Flizzow & MK K-Clique malam tadi.
“MK berada di Kota Kinabalu manakala Jay Park pula di luar negara. Bagaimanapun, Ciao siap dalam beberapa hari selepas mereka menghantar rakaman masing-masing kepada saya semula.
“Saya dan Jay Park memang sudah lama kenal serta rapat. Dengan MK, saya kenalnya ketika menghasilkan 16 Baris dan saya tumpang gembira dengan setiap kejayaannya bersama K-Clique. Bagi saya, Ciao adalah sebuah lagu yang membuktikan karya hip hop Asia sangat dasyat. Misi kami adalah untuk menunjukkan kualiti artis Asia bukan calang-calang,” katanya.
Ramai orang mula ‘gila’ bila dengar tentang jodoh. Dah jadi macam allergic pula setiap kali perkataan tu disebut.
Selalunya bagi mereka yang belum bertemu jodoh, banyak perkara-perkara yang menjadi tanda tanya sama ada tentang calon-calon jodoh yang baik atau mungkin, tanda-tanda si dia adalah jodoh kita.
Namun, tak semua perkara indah yang hanya perlu kita tahu. Memang jodoh itu rahsia dan telah ditetapkan oleh Allah. Tapi, kita diseru untuk berusaha juga mencari pasangan terbaik buat diri sendiri.
Jika memang bukan jodoh kita, anggap saja la bahawa kita memang tidak ditakdirkan untuknya dan pasti Allah punya rencana yang lebih baik.
Kali ni Remaja nak kongsi kan beberapa tanda yang boleh kita bahawa sama ada seseorang itu bukan jodoh yang baik untuk korang. Pandangan ini diambil berdasarkan pemerhatian daripada masyarakat sekeliling.
1. Banyak kelemahan si dia yang anda tak suka
Kalau disuruh senaraikan apa yang korang tak suka tentang pasangan, memang panjang berjela senarai yang akan dibuat. Tapi simpan je la dalam hati takut si dia kecil hati.
2. Tak pedulikan kesihatan korang
Kalau bagi tahu pasangan yang korang tak sihat atau demam, mungkin dia buat bodoh dan tak tunjuk rasa simpati. Pendek kata, kalau korang sakit sekali pun, tak memberikan apa-apa kesan buatnya.
3. Tak mempercayai korang
Sukar mendapatkan kepercayaan si dia juga merupakan salah satu petanda korang sedang dalam perhubungan yang tidak baik. Kepercayaan merupakan tunjang dalam ikatan dalam mana-mana perhubungan.
4. Selalu buat korang sedih
Bila berjumpa, tak sah kalau tak bergaduh. Sudahnya, berendam air mata sepanjang hari. Apa saja yang korang buat, ada saja yang tak kena di matanya.
5. Selalu menjauh bila ada konflik
Jika berlaku sebarang konflik, pasangan korang suka untuk menjauhkan diri dan tidak mahu mencari jalan penyelesaian. Lama-kelamaan, masalah kecil menjadi besar dan boleh mengundang pergaduhan besar dalam hubungan.
6. Suruh korang berubah tapi dia tak mahu berubah dirinya
Contoh situasi yang boleh kami beri, jika korang mempunyai kawan lelaki/perempuan yang rapat, pasangan korang mula menyuruh untuk menjauhi mereka, sedangkan dia bebas untuk bergaul dengan sesiapa saja tanpa batasan.
7. Tidak pernah memberi sokongan
Dalam apa saja perkara yang korang lakukan, dia tidak pernah memberi sokongan dan menyokong minat atau impian korang.
8. Tidak ada chemistry
Bergaduh sikit nak berkasar, hari-hari bertengkar. Salah sikit pun nak marah-marah. Kalau macam ni, nanti dah kahwin apa cerita bro?
9. Tidak menghargai
Perhubungan yang baik adalah apabila wujud sikap saling menghargai pasangan masing-masing. Tapi, apa saja yang korang buat untuknya, dia tidak pernah menghargainya.
10. Tiada perancangan masa depan bersama
Tujuan hubungan cinta di antara lelaki dan perempuan adalah untuk berakhir dengan menghalalkan perhubungan. Kalau semata-mata nak couple je dan tak nak diakhiri dengan ikatan perkahwinan, lebih baik lupakan saja dia. Jangan buang masa guys!
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan dan pemerhatian kasar sahaja. Tidaklah seratus peratus benar, namun sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai rujukan buat anda yang masih tertanya-tanya.
Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!