Meerqeen tercalon bagi kategori Artis Baharu MeleTOP di acara AME 2021.

 

“Tanpa mereka, saya tidak mungkin tercalon untuk Top 5 Artis Baharu MeleTOP..”

Perasaan terkejut tentulah terdetik di hati pelakon yang semakin mencanak naik, Meerqeen setelah mendapat tahu mengenai penangguhan Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME2021) oleh pihak penganjur, Astro Malaysia semalam disebabkan oleh situasi kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang terlibat dengan acara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : 24 Jam Sebelum Berlangsung, Anugerah MeleTOP ERA 2021 Terpaksa Ditunda – REMAJA

Ini memandangkan persediaan yang telah dilakukan oleh pasukannya untuk kemunculan pelakon tersebut di karpet merah serta acara anugerah itu sendiri. Bagaimanapun kata Meerqeen ketika dihubungi oleh REMAJA, apa yang lebih penting adalah aspek keselamatan semua orang itu sendiri dan dalam situasi terbabit, penangguhan tersebut adalah keputusan terbaik demi kesejahteraan semua.

Meerqeen Harap Peminat Terus Setia Nantikan AME2021 Selepas Acara Ditangguhkan

“Pakaian dan penginapan semua telah dirancang oleh kami untuk bersiap bagi malam ini. Jadi terkejut jugalah bila mendapat tahu pengumuman semalam oleh Astro dan produksi AME2021.

“Bagi saya, it is what it is. Kita tidak dapat jangkakan keadaan seperti ini sewaktu musim pandemik sekarang,” ulas pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2020 itu.

IKLAN

Ini bukanlah kali pertama Meerqeen berhadapan dengan situasi penangguhan. Sebelum ini, dia dan 11 orang finalis Hero Remaja 2020 juga pernah berdepan penangguhan episod finale pencarian itu selama hampir empat bulan dek situasi pandemik yang tidak menentu pada tahun 2020.

Kongsinya lagi, penangguhan ini tdak menjejaskan perancangan pasukannya yang sebelum ini telah menempah khidmat jurusolek, pakaian khas yang direka untuknya dan beberapa lagi persediaan lain. Oleh itu, Meerqeen akan kekal berkolaborasi dengan semua pihak terbabit untuk AME2021 kelak.

 

Minta Maaf Pada Peminat

Cuma apa yang lebih dirisaukan oleh Meerqeen adalah berhubung perasaan peminatnya yang telah bertungkus-lumus mengundinya selama ini bagi kategori Artis Baharu MeleTOP.

Ada yang mungkin merasa kecewa kerana terpaksa terus menunggu sebelum AME2021 dilangsungkan. Tidak kurang juga yang bertanyakan punca penangguhan ini menerusi mesej langsung (DM) di media sosial.

IKLAN

Ujarnya, apa yang boleh dia lakukan hanyalah menenangkan peminat dan berharap agar mereka bersabar menantikan tarikh baharu AME2021.

Meerqeen Harap Peminat Terus Setia Nantikan AME2021 Selepas Acara Ditangguhkan

“Kepada anda (peminat) semua, saya minta maaf atas penangguhan ini. Ia tidak dapat dielakkan memandangkan kita berada dalam situasi pandemik yang tidak menentu. Saya berharap mereka memahami keadaan ini, terima berita penangguhan ini dengan positif dan sama-samalah kita menunggu pengumuman seterusnya daripada penganjur.

“Apapun, terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah mengundi saya bagi kategori ini. Tanpa anda semua, saya tidak mungkin berada di tahap sekarang malah tidak tercalon pun untuk anugerah AME2021. Anda sendiri tahu betapa saya sayangkan anda semua yang tidak putus-putuh memberikan sokongan,” singkapnya buat kelab peminatnya, Meerqeen Troopers.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN : Single Pertama Meerqeen ‘Menunggu’ Tentang Kisah Putus Cinta Sendiri? – REMAJA

Dalam pada itu, Meerqeen baru saja selesai menjalani penggambaran drama bagi slot Megadrama di saluran Astro Ria.

Kini, dia sedang terlibat dengan sebuah lagi penggambaran drama baharu untuk slot Lestary di saluran TV3. Drama yang masih belum pasti judulnya itu bakal menemui penonton seawal bulan Mei 2022. Tambah menarik apabila Meerqeen menganggap dua naskah terbaru ini sebagai antara yang paling menarik untuknya lakonkan dan dia tidak sabar menantikan tarikh tayangannya.

BACA LAGI : “Janganlah Dengki” – Pelakon, Yuna Rahim Pertahankan Meerqeen – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI