Ajal maut di tangan Allah. Tiada tercepat sesaat atau lambat seminit. Tindakan pelik perlakuan seorang remaja yang sempat berdoa dipercayai memohon perlindungan Allah sebelum memulakan perjalanan ternyata memberi petanda itu adalah doanya yang terakhir kepada Allah SWT.
Sebelum kemalangan itu berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam di Kampung Bukit Kenak, Jertih semalam, beberapa rakan sempat melihat Mohd Firdaus Mohd Zulkipli, 23 menadah tangan berdoa sebelum mengusap ke mukanya.
Menurut bapa angkat arwah, Mohd Supian Rashid, 50 tahun, Mohd Firdaus yang mesra disapa Daus ada mengadu kepada isterinya yang badannya terlalu letih.
Mohd Supian bapa angkat kepada arwah Firdaus
“Pagi sebelum kejadian itu, Daus datang lebih awal ke gerai di Up town Jertih untuk membuka kedai. Kebetulan gerai jualannya ini dikongsi bersama anak saya, Muhammad Irfan Fahmi. Malam itu anak saya ada urusan di kolejnya dan hanya isteri dan kawan-kawan yang membantu mereka di gerai.
“Dari petang lagi, arwah sudah tunjukkan serba tak kena. Kebetulan malam itu, ramai yang singggah membeli. Arwah pegang duit pun serba tak kena, berterabur. Ke hulu ke hilir seolah-olah ada yang tidak siap. Dia juga mengadu badannya terlalu letih, langsung tak bermaya.
“Bila lihat perlakuannya, isteri saya, Ustazah Ramlah Yusof ada menyuruhnya berehat dahulu. Tapi arwah seolah masih bersemangat bekerja,” katanya yang kemudian menyambung, sekitar jam 12 tengah malam, arwah berkata mahu balik mandi di rumahnya di Kampung Gerai.
“Tapi isteri kata tak payah la. Rehat dulu sebab tengok keadaannya jauh berbeza. Matanya juga seakan-akan terlelap ketika bercakap. Mungkin kita yang tidak faham maknanya di saat kematian tak tahu. Tapi arwah kata tak apa, dia mahu balik mandi seketika sahaja sebelum kembali semula ke gerai,” katanya memaklumkan Daus memanggilnya sebagai abah dan isterinya sebagai Umi dan anaknya sendiri berkawan dengan arwah. Malah dia juga menganggap arwah bagaikan anaknya sendiri.
Arwah maut akibat terlanggar lori mengakibatkan tengkuknya patah
Ads
Arwah mengadu badannya terlalu letih dan rupanya itu petanda ajal
Hati sudah terdetik sesuatu…
Jelas Supian lagi, ketika arwah Daus menuju ke motosikal RXZ miliknya berkali-kali dia cuba menghidupkan enjinnya tetapi tak boleh.
“Arwah sempat mengeluh dan kemudian berbaring di tangki motosikalnya sebab katanya terlalu letih. Tapi kemudian dia bangun dan membaca ayat Qursi sehingga habis. Mungkin itu petanda akhirnya. Sebaik arwah menghabiskan bacaan ayat Qursi itu, motosikalnya tiba-tiba boleh dihidupkan. Arwah sempat menadah tangan dan berdoa. Mungkin kerana motosikal itu berjaya dihidupkan atau memohon agar perjalanannya dipermudahkan kerana ketika itu tiada kawan-kawan yang mendengar apa arwah ucapkan.
Sambung Supian lagi, di saat arwah Daus meraut kedua telapak tangan ke mukanya, hati isterinya sudah terdetik yang anak ini tak akan sampai ke destinasinya.
Ads
“Itu isteri maklumkan kepada saya. Tiba-tiba datang bisikan di hatinya tentang perlakuan ganjil arwah itu. Dan ternyata, bisikan dan detik itu menjadi kenyataan kerana selepas 10 minit arwah pergi, kawan-kawannya mendapat makluman arwah melanggar belakang lori dan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan patah tengkuk selain beberapa anggota badan lain.
“Mereka bimbang untuk bercakap yang arwah sudah meninggal kepada isteri saya kerana takut isteri terkejut tetapi akhirnya isteri sendiri berkata yang anak itu sudah tiada,” katanya yang mengenali arwah Daus sejak dari kecil lagi kerana dirinya dan arwah bapa Daus berkawan dari kecil.
Jelas Sapian lagi, jika tahun-tahun sebelum ini dia mengusahakan perniagaan di Up Town itu tetapi Ramadan kali ini dia enggan. Tetapi arwah Daus begitu bersemangat sehingga mahu keluarkan modal separuh dan berkongsi dengan anaknya.
Gerai menjual pakaian yang diusahakan arwah di Uptowm Jertih
“Alhamdulilllah perniagaan mereka berjalan lancar. Banyak juga jualannya dan saya sendiri sudah berniat untuk perniagaan kerepek yang baru kami usahakan ini akan diberi 10 peratus untuk arwah,’ katanya memaklumkan arwah anak bongsu dari lima beradik.
Ads
Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa dari arah Jertih menghala ke Kuala Terengganu.
Katanya, apabila sampai di depan pintu masuk kilang padi di Bukit Kenak sebuah lori yang berada di hadapan mangsa berhenti untuk masuk ke dalam kilang padi tetapi akibat jarak yang terlalu dekat menyebabkan mangsa melanggar bahagian belakang lori itu.
“Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, pinggang dan kaki,” katanya.
Mohd Zamri berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut manakala pemandu lori berusia 58 tahun beralamat di Kuala Kubang, Jabi tidak cedera.
Menurutnya , kes disiasat menurut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada yang berpendapat lelaki handsome tu perlu berbadan sado. Barulah nampak jantan. Dah jadi satu trend bila lelaki zaman sekarang terlalu obses dengan gym dan ‘buat badan’.
Kalau tak sado tak jantan ke?
Tapi yang pasti memang ‘abam-abam sado’ ni sering mendapat perhatian wanita kan?
Lihat saja selebriti-selebriti lelaki Malaysia yang berbadan sado ni. Boleh buat perempuan cair bila melihat mereka ‘belanja’ gambar di instagram.
Tak caya? Jom tengok ni.
1. Shaheizy Sam
2. Hairul Azreen
3. Zarul Umbrella
4. Zizan Razak
5. Zul Ariffin
6. Nazim Othman
7. Remy Ishak
8. Shukri Yahya
9. Hans Isaac
10. Zain Saidin
11. Alif Muhaimin
Jangan tak tahu Hero Remaja 2017 ni pun berbadan sado ya. Tahniah kami ucapkan kepada Alif Muhaimin kerana dinobatkan sebagai pemenang Hero Remaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu video lucah yang membabitkan selebriti lelaki tempatan nampaknya semakin menjadi-jadi sejak tahun lalu apabila aib mereka dibuka untuk tontonan umum.
Terbaru sejak Isnin lalu, sebuah video perlakuan tidak senonoh yang dirakam di dalam sebuah bilik tidur mula hangat diperkatakan apabila tuduhan melulu menjurus ke arah penyanyi remaja, Aiman Tino.
Sejak ia tular menerusi laman media sosial seperti Twitter dan aplikasi WhatsApp, ramai yang berpendapat individu tersebut cukup mirip dengan wajah Aiman Tino. Tambahan pula apabila ramai yang pernah melihat keadaan dinding bilik Aiman di dalam beberapa buah video lamanya – juga mirip dengan dinding bilik tersebut.
Sehari berlalu tanpa kenyataan maklum balas rasmi, Aiman akhirnya bersuara melalui akaun Instagramnya untuk meredakan ketegangan isu ini.
Katanya terlebih dahulu, dia dan pihak pengurusan sedang mencari jalan terbaik untuk memastikan isu ini cepat diselesaikan dan tidak berpanjangan.
”Tindakan undang-undang akan diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula dan membuatkan isu ini berlarutan,” komen penyanyi Ku Rela Dibenci itu.
Walaupun sudah ibarat nasi bertukar menjadi bubur berikutan kesilapan tersebar, Aiman masih merendah diri memohon maaf atas tercetusnya isu memalukan seperti ini.
”Aiman memohon maaf terutamanya kepada semua pihak terutamanya teman media yang telah banyak membantu karier seni dan menzahirkan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan.
“Kepada peminat setia, terima kasih atas sokongan berterusan. Aiman sayang anda semua,” akhirinya.
Sementara itu di ruangan komen Aiman, rata-rata peminat setianya berharap agar dia tenanh, bersabar dan yakin dengan sokongan berterusan peminat.
Sebelum ini, beberapa lagi selebriti lelaki terpalit dengan isu video tidak senonoh tersebar termasuklah Syafiq Kyle, Ammar Alfian, Idris Khan dan Ammar Affandi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kelmarin lagi, laporan mengenai keberadaan pasangan pengantin baharu, Noor Neelofa dan PU Haris Ismail di Pulau Langkawi hangat diperkatakan di media sosial apabila mereka didakwa berada di sana untuk berbulan madu.
Ia pantas mendapat tentangan daripada warganet tempatan yang beranggapan tindakan tersebut bercanggah dengan keperluan rakyat untuk kekal berada di negeri masing-masing mengikut status Perintah Kawalan Pergerakan kawasan masing-masing.
Tambahan pula mereka berdua adalah figura popular dan seharusnya menetapkan teladan kepada masyarakat mengenai kepentingan mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Biarpun begitu, syarikat minuman Chatime Malaysia tampil memberikan kenyataan rasmi semalam berkenaan sebab utama Neelofa dan PU Riz berada di sana.
Menurut mereka, pasangan tersebut terlibat dengan urusan lawatan kerja ke cawangan Chatime yang terletak di Langkawi, Sungai Petani dan Kangar. Ini bagi tujuan pembukaan cawangan baharu jenama tersebut di zon utara.
Pasangan tersebut telah memperolehi kebenaran untuk merentas negeri daripada balai polis mengikut SOP yang ditetapkan. Kenyataan tersebut hadir daripada Pengarah Urusan Kumpulan itu sendiri iaitu saudari Aliza Ali.
Dengan penjelasan yang diberikan ini, ramai beranggapan isu ini telahpun selesai.
Bagaimanapun, ia seakan-akan dihangatkan lagi dengan beberapa ciapan sinis daripada syarikat pesaing Chatime iaitu Tealive.
Spill!
Menerusi muat naik secara tiba-tiba di Twitter selepas kali terakhir berbuat sedemikian pada 13 Mac lalu, Tealive Malaysia dilihat seakan memerli Chatime dengan dengan ciapan berbunyi, “Pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan di seluruh negeri..”
Aik, tiada ribut tiada hujan, tiba-tiba Tealive tampil bercakap mengenai soal rentas negeri?
Tidak cukup dengan itu, Tealive juga berkata, “You know? Tealive is better than..” Hhm..
Dan yang paling win adalah ciapan di bawah. Korang bacalah sendiri, kami nak sambung gelak.
Debat di antara Chatime dan Tealive ini bukanlah satu perkara baharu, hubungan antara dua jenama ini sememangnya telah lama menjadi topik perbualan warganet.
Bangunan Sultan Abdul Samad kini dibuka semula kepada orang ramai selepas pemulihan Warisan KL, menawarkan pengalaman estetik, sejarah dan tarikan baharu di Dataran Merdeka.