Ada yang berpendapat lelaki handsome tu perlu berbadan sado. Barulah nampak jantan. Dah jadi satu trend bila lelaki zaman sekarang terlalu obses dengan gym dan ‘buat badan’.
Kalau tak sado tak jantan ke?
Tapi yang pasti memang ‘abam-abam sado’ ni sering mendapat perhatian wanita kan?
Lihat saja selebriti-selebriti lelaki Malaysia yang berbadan sado ni. Boleh buat perempuan cair bila melihat mereka ‘belanja’ gambar di instagram.
Sejak situasi pandemik COVID-19 melanda dunia, ramai pekerja yang berurusan melalui panggilan video ekoran daripada perintah WFH yang telah diarahkan oleh kebanyakan syarikat. Apabila melakukan kerja dari rumah, maka banyaklah terjadi insiden-insiden yang tidak disengajakan.
Ada yang kantoi berseluar pendek, anak menangis di belakang dan macam-macam ragam lagi yang biasanya kita lihat.
Seperti yang berlaku di luar negara, ketika Hakim Roy Ferguson membuka prosiding secara maya Mahkamah Daerah Kehakiman ke-396 di Texas pada aplikasi Zoom tidak menyangka bahawa beliau akan bertemu dua orang peguam dan ‘anak kucing’.
Hakim tersebut turut menegur bahawa Ponton mungkin telah menghidupkan filter dalam tetapan video.
Ponton menjelaskan pembantunya sedang berusaha memperbaiki tetapan Zoom berkenaan. Beliau juga menegaskan bahawa dirinya ada disini secara langsung dan bukannya kucing.
Video tersebut menjadi viral di media sosial, Hakim Roy Ferguson memuat naik ciapan di Twitter, IMPORTANT ZOOM TIP: If a child used your computer, before you join a virtual hearing check the Zoom Video Options to be sure filters are off. This kitten just made a formal announcement on a case in the 394th (sound on).
IMPORTANT ZOOM TIP: If a child used your computer, before you join a virtual hearing check the Zoom Video Options to be sure filters are off. This kitten just made a formal announcement on a case in the 394th (sound on). #lawtwitter#OhNo@zoom_ushttps://t.co/I0zaj0wu6K
Menurut Reuters, Ponton menjelaskan bahawa dia tidak pasti bagaimana filter itu muncul.
“Saya masuk ke komputer setiausaha saya untuk hadir pada perbicaraan ini melalui Zoom, dan ketika semua orang sudah sedia, hakim memanggil kes itu dan wajah semua orang seharusnya muncul di Zoom. Wajah semua orang muncul kecuali saya. Wajah saya adalah kucing,” jelasnya.
Macam-macam perkara lucu yang berlaku. Sebaiknya sebelum korang menghadiri sebarang mesyuarat atau urusan yang dibuat melalui panggilan video, harapnya check terlebih dahulu sebelum memulakan video ya. Hiks!
Baru-baru tular mengenai virus COVID-19 dikesan pada durian yang diimport. Penemuan ini mengejutkan ramai pihak di mana durian merupakan buah kegemaran ramai.
Why buah Durian??
Foto Kredit : Via Produce Report
Kes yang berlaku di Pasar Haudongcheng di Ganzhou, timur China itu disahkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pertanian (OAA) Kedutaan Thailand di Beijing, China memaklumkan bahawa pihaknya telah mengesan virus COVID-19 di permukaan bungkusan durian yang diimport dari negara Thailand.
Menurut laporan The Nation Thailand, Bungkusan durian, yang dipercayai memiliki wabak COVID-19, juga disimpan di tempat yang selamat, tetapi tidak ada maklumat lebih lanjut mengenai cara menyimpannya dan siapakah pihak yang bertanggungjawab menyimpan durian tersebut.
Foto Kredit : Fresh Plaza
Sementara itu, OAA mengatakan bahawa bungkusan buah-buahan di beberapa kawasan lain di pasar telah disembur dengan cecair pembersih setelah kes itu dilaporkan.
OAA juga telah membincangkan perkara itu dengan Pentadbiran Umum Pabean China dan mengesahkan bahawa China tidak akan berhenti mengimport produk dari pembekal Thailand. Sebelum ini, China pernah diserang Virus Covid-19 gelombang kedua berpunca daripada ikan salmon.
So bagi pencinta buah durian, penulis sarankan hati-hati membeli buah durian okay. Pastikan korang mencuci tangan sebelum makan dan menjaga SOP.
Perjalanan seorang anggota bomba berakhir tragedi apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh di kanan jalan di Lebuhraya Utara Selatan di KM 98.7 (menuju ke Utara) berhampiran Plaza Tol Sungai Petani, Kedah.
Dalam kejadian malam tadi sekitar jam 9 malam, allahyarham Mohd Nor Faisal bin Ani, 38 tahun yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bertam (dari pasukan B) dipercayai mengantuk sehingga motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas sebelum meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Plaza Tol Sungai Petani Utara ke arah Plaza Tol Gurun.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai mengantuk dan hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke kanan jalan.
"Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa berasal dari Perlis dan bekerja di Butterworth.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...