Tidak dinafikan, apabila kita minat sangat pada mana-mana selebriti. Memang kita sanggup redah dan buat apa sahaja semata-mata nak tonton atau jumpa secara live!
Sama seperti video yang tular di media sosial baru-baru ini, dikatakan hampir 50,000 peminat penyanyi terkenal, Taylor Swift hadir memenuhi kawasan bukit di Munich, Jerman demi menyaksikan konsert jelajah The Eras Tour secara pecuma.
Para peminat pelantun lagu Cruel Summer itu turut dilihat berkerumun memenuhi kawasan puncak bukit Olympiaberg kerana kawasan tersebut terletak berhampiran dengan lokasi konsert berkenaan.
Walau bagaimanapun, tindakan mereka telah mengundang kebimbangan pihak penganjur disebabkan cuaca pada ketika itu panas terik.
Ads
Dalam pada itu, para peminat juga turut bernasib baik kerana pihak penganjur tidak menghalang mereka sudah hadir di kawasan tersebut. Malah, mereka turut diberikan air minuman dan selimut untuk berlindung daripada terik matahari.
Merasa teruja dengan keadaan tersebut, Taylor Swift turut memuji kesungguhan para peminat yang hadir sehingga sanggup berpanas di luar stadium demi menonton persembahannya.
“Saya rasa sangat bertuah dapat beraksi depan 74,000 orang penonton di dalam stadium dan saya juga diberitahu hampir 50,000 orang lagi yang berkampung di luar stadium.
“Terima kasih kepada semua yang hadir, tak kisah awak di dalam atau di luar stadium, Saya sangat bertuah dikelilingi dengan peminat yang sayangkan saya!” katanya lagi.
Ads
Sekadar info, Taylor Swift dijadualkan bakal berangkat ke Poland, Austria dan England sebelum menamatkan konsert jelajahnya pada hujung tahun ini. Sepanjang berlangsungnya The Eras Tour sejak Mac tahun lalu, Taylor telah meraih pelbagai kejayaan, antaranya dia memecahkan rekod sebagai konsert dengan jualan tiket terbanyak di dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Netizen kita memang berbangga jika ada apa-apa perkara ‘ke-Malaysia-an’ ditonjolkan di oleh rancangan atau filem antarabangsa.
Tahun ini saja, kita boleh berbangga apabila pelakon tempatan Shobitha Kalaiselvan membintangi siri televisyen US, Gotham. Kemudian, dua orang lagi pelakon lelaki iaitu Bront Palarae dan Henry Golding pula mengikut jejak langkah sama apabila terpilih untuk membintangi Folklore dan Crazy Rich Asians.
Iyalah, bukan senang untuk melihat nama Malaysia diharumkan dalam industri hiburan antarabangsa.
Kini, satu lagi siri televisyen boleh membuatkan netizen berbangga. Bukan disebabkan pelakonnya dari Malaysia tetapi kerana ia mengandungi banyak reference yang dekat dengan diri kita semua.
Dari kiri: Sehun EXO, Ahn Jae-wook, Park Min-young, Yoo Jae-suk, Lee Kwang-soo, Kim Jong-min dan Kim Se-jeong
Busted merupakan siri game show terbaru Korea yang ditayangkan melalui Netflix. Ia berkisarkan tentang 7 karakter utama yang cuba menyelesaikan misteri penyiasatan di dalam setiap episod. Dibintangi oleh nama popular seperti Yoo Jae-Suk, Sehun EXO dan Lee Kwang Soo, Busted kini telah memasuki episod kelapan. Masih belum terlambat untuk korang binge watch!
Apa yang menariknya mengenai episod ketujuhnya adalah beberapa reference kepada Malaysia yang ditonjolkan oleh Busted. Kebetulan atau tidak? Betul ke tipu? Hhm, yang penting kami pun turut sama tergelak bila melihat 3 perkara ini.
01
Buku Lima atau Triple 5 book yang selalu digunakan untuk menyenaraikan hutang.
02
Raja buah-buahan kita yang mungkin tidak berapa digemari oleh orang asing iaitu Durian.
03
Pinjaman berlesen?! Bukan saja tertera perkataan bahasa Malaysia di atas kad tersebut, ia juga memaparkan nombor telefon Maxis di atasnya. Ada sesiapa yang sudah cuba call tak?
Malang sekali, semua ini adalah hasil kerja mengedit daripada Netflix Malaysia sendiri untuk tujuan promosi.
Tapi kalau betul-betul jadi, mesti rasa bangga kan! Nantikan episod terakhir Busted pada minggu hadapan, hanya di Netflix.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama yang menjadi fenomena di Malaysia dengan meraih lebih daripada 10 juta penonton, Nur telah pun menjadi karya adaptasi dari sinteron negara jiran, Indonesia yang diberi judul Bismillah Cinta.
Drama adaptasi itu mula ditayangkan sejak 12 April lalu, dibintangi oleh Ali Syakieb, Margin Wieheerm, Firstriana Aldila, Lian Firman, Dewi Affandi, Dolly Martin dan Shinta Bachir menceritakan tentang kisah kehidupan cinta penuh kontroversi antara ustaz muda Reihanhan dengan Jannah, pelayan di satu pusat karaoke.
Difahamkan juga, drama Nur turut ditayangkan di slot siaran drama pada waktu kemuncak bermula jam 4.30 pagi waktu Indonesia (5.30 pagi waktu Malaysia, iaitu pada waktu sahur tempoh yang mempunyai bilangan penonton paling tinggi.
Slot itu juga mempunyai paling banyak iklan ditayangkan dalam semua program ke udara ketika lebih 200 juta umat Islam di sana sibuk bersahur.
Namun begitu, menurut Free Malaysia Today, seorang netizen yang dikenali sebagai Guntur mendakwa bahawa drama terbabit mendapat rating rendah dan ditamatkan tayangannya oleh stesen televisyen MNCTV. Stesen TV tersebut akhirnya menggantikan dengan menyiarkan drama sinetron lain dari negara itu.
Walau bagaimanapun, bagi pengarah drama Nur, Budak Ejat menjelaskan bahawa drama yang diarahkan itu adalah mengikut selera penonton Malaysia. Jadi, apa pun penerimaannya disana, peminat tidak boleh membandingkan antara drama ini dengan siri adaptasi yang dihasilkan.
“Kalau betul Nur hanya ditayangkan satu episod saja pun, bagi saya tidak ada isu. Lagi pula saya menghasilkan drama ini mengikut selera penonton kita, bukan ikut kehendak penonton di sana. Jadi, apabila drama ini ditayangkan di sana, kita tak jangka ia akan diterima atau tidak. Selera penonton berbeza,” jelas Shahrulezad.
Betul juga tu kan. Jangan samakan penonton Malaysia dan Indonesia. Sudah tentu masing-masing mempunyai selera yang berbeza. Betul tak?
Tahniah Kedah setelah menjulang Piala FA 2019 dengan menundukkan Perak 1-0 semalam di Bukit Jalil !
Tentunya semua peminat boleh sepak negara masih memperkatakan mengenai gol tunggal perlawanan yang dijaringkan oleh pemain remaja Kedah berusia 21 tahun, Fadzrul Danel Nizam pada masa tambahan.
Baru saja dimasukkan selama 1 minit selepas menggantikan rakan pasukan, Danel tak menunggu masa yang lama untuk warm up. Malah dia bijak mencari ruang dan keserasian dengan rakan sepasukan hingga boleh menghasilkan jaringan pantas!
“Saya terfikir juga sama ada akan diberi peluang untuk bermain atau tidak oleh coach. Apa yang saya buat hanyalah fokus untuk panaskan badan dan JIKA dibawa masuk ke padang, saya beritahu diri sendiri untuk tak sia-siakan peluang itu.
“Lagipun ini pentas final, belum pernah lagi saya bermain di hadapan penonton seramai ini! Memang rezeki saya tercapai bermain untuk Kedah semalam,” katanya kepada rakan media di BERNAMA.
Menceritakan detik masuk ke dalam padang, Danel hanya mendengar arahan coach, Aidil Sharin Sahak saja dan tak mengendahkan tekanan dari penonton.
“Pesan beliau adalah untuk gunakan kelebihan saya untuk membantu pasukan meraih kejayaan. Beliau ingin saya cari ruang dan apabila mendapat bola, bawa ia ke depan.
“Itu saja, ringkas. Rasa gemuruh memang ada kerana ini final pertama saya di skala pertandingan sebesar ini tapi saya masih boleh mengawal perasaan itu dengan cuba mengikut arahan beliau.
“Saya bersyukur sangat kemenangan milik kami (Kedah) dan saya pun tidak sangka dapat membantu menjaringkan gol.”