Apa khabar warga Malaysia yang tinggal di selatan tanah air?
Bagaimana dengan puasa anda setakat ini?
Tahun ini pastinya meriah dengan kehadiran bazar Ramadan yang sudah pun dibenarkan beroperasi. Pastinya pelbagai juadah ditawarkan bagi memenuhi selera warga yang sudah lebih dua tahun tidak dapat merasai kemeriahan dek pandemik Covid-19.
Namun jika anda mahu mencuba kelainan, apa kata singgak ke Hotel Holiday Inn Johor Bahru City Centre untuk mencuba variasi menu buffet Ramadan yang disediakan khusus secara istimewa untuk pelanggan.
DIkenali sebagai Selera Warisan, bufet Ramadan ini sudah bermula sejak 1 April yang lalu dan akan berlanjutan sehingga 1 Mei nanti.
Untuk meraikan semangat kebersamaan, restoran ini menyajikan hidangan ala tradisional yang mewah dari 13 negeri di seluruh Malaysia seperti Kambing Golek Warisan yang disediakan menggunakan 33 jenis rempah ratus, Aneka Sup Tanjung, Oxtail Asam Pedas, Bubur Lambuk dan Ketam Bakar Percik antara lainya.
Ads
Para tetamu boleh memilih dari stesen langsung seperti Medan Bakar, Warung Malam dan Lok Lok untuk perjalanan kulinari melalui Malaysia semuanya dalam satu destinasi.
Sudah selesai menikmati hidangan utama, sudahi malam dengan hidangan manis dari kaunter pencuci mulut kami yang menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut daripada kuih-muih tradisional, karamel krim hingga pelbagai pastri.
Harga yang ditawarkan untuk buffet ini ialah RM158.00 seorang (Beli 5 + 1 Percuma), RM128.00 untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan RM78.00 bersih setiap kanak-kanak (4 hingga 12 tahun).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Diraja Ungku Aziz merupakan salah seorang pemikir yang cukup dikagumi di Malaysia dan dunia.
Beliau merupakan seorang yang ‘genius’. Malah, penulis cukup kagum dengan beliau, terutama sifat cintakan ilmu yang ada padanya. Bidang beliau meliputi pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Beliau juga pernah mendapat anugerah terutama dalam bidang pendidikan dan komuniti(Dewan Masyarakat). Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama menerima Anugerah Melayu terbilang dan tokoh Maal hijrah.
Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid terkenal memperjuangkan bahasa Melayu sehingga dilantik sebagai Pengerusi DBP yang pertama. – Gambar fail/Astro AWANI
Gelaran Profesor Diraja
Namun, korang tahu tidak bahawa gelaran tertinggi untuk ahli akademik, yang hanya pernah dipegang oleh seorang individu sahaja dalam sejarah?
Kalau anda nak tahu, gelaran tersebut adalah gelaran Profesor Diraja. Profesor diraja merupakan gelaran tertinggi yang dianugerahkan kepada seseorang profesor oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong.
Gelaran Tertinggi Akademik
Gelaran tertinggi dalam akademik ini diberikan kepada kepada ahli akademik yang memberikan sumbangan yang bernilai kepada masyarakat serta memberikan kemajuan kepada Malaysia.
Setakat hari ini, gelaran tertinggi ini hanya dipegang oleh seorang individu sahaja iaitu Profesor Diraja Yang Mulia Profesor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.
Beliau telah mendapat gelaran tersebut ketika berusia 42 tahun pada 17 Jun 1978. Gelaran Profesor Diraja diberikan kepada beliau yang merupakan seorang tokoh yang paling disegani, terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi di Malaysia.
Sumbangan Dalam Revolusi Pengurusan Haji Di Malaysia
Salah satu sumbangan beliau yang paling memberi impak kepada dunia kewangan masyarakat Islam di Malaysia melalui Penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji. Hasilnya kini, institusi tersebut memiliki pengurusan haji jemaah Malaysia yang sangat sistematik dan diiktiraf oleh dunia.
Gambar hiasan | Kredit: Bernama
Berikut adalah antara ringkasan latar belakang dan sumbangan Allahyarham kepada masyarakat sepanjang hayatnya:
Allahyarham dilahirkan pada 28 Januari 1922 di Hampstead, London dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, English College di Johor Bharu sebelum melanjutkan pelajaran di Raffles College dan Universiti Malaya Singapura.
Allahyarham merupakan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) yang pertama dan paling lama berkhidmat.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham menulis lebih daripada 50 buah buku mengenai isu ekonomi dan sosial.
Allahyarham yang merupakan keturunan kerabat Diraja Johor adalah satu-satunya anak Melayu yang diberikan gelaran Profesor Diraja oleh Agong.
Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz adalah bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Allahyarham terkenal memperjuangkan bahasa Melayu sehingga dilantik sebagai Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang pertama.
Wajah Terpahat Pada Setem
Untuk makluman. gambar Prof Diraja Ungku Aziz telah terpahat pada salah satu setem khas bagi mengenang sumbangan tokoh cendekiawan Malaysia ini bersama dua orang tokoh akademik iaitu, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan Profesor Emeritus Tan Sri Mohd Rashdan Baba.
Tahukah anda Malaysia hanya pernah mempunyai seorang Profesor Diraja Ekonomi pada tahun 1978? Cuba korang teka berdasarkan tweet sumbangan beliau selepas ini. pic.twitter.com/6rSCbU73qi
Menerusi laman sosial Pos Malaysia, pihaknya memaklumkan penjualan setem ini sebagai usaha menghargai sumbangan besar tiga tokoh intelektual tersebut di negara ini.
Besar betul jasa figura Profesor Diraja Ungku Aziz ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ajai antara anak seni yang berbakat besar dan mempunyai nama dalam industri muzik tanah air.
Bergelar sebagai penyanyi dan komposer lagu, setiap hasil nukilan karyanya pasti tidak pernah lagi menghampakan pencinta muzik. Bukan bergiat aktif dalam bidang muzik, pemilik nama sebenar Mohamad Faizal Maas ini turut aktif dalam penjagaan tubuh badan.
Sedar usianya menginjak lima dekad pada tahun hadapan, dia menyifatkan senaman adalah penting untuk kekal sihat, pada masa sama untuk menjaga keterampilan yang menarik pada masa ini.
Terbaharu, penyanyi lagu popular Keliru itu tampil berkongsi rutin kehidupannya sewaktu masa lenggang dengan menghabiskan masa bersenam di gimnasium.
Menurut Ajai, dia memberitahu dirinya dia akan berlari di atas mesin selama lima hari seminggu.
“Ramai yang tanya saya macam mana dah berumur, tahun depan nak ke-50 perut tak buncit. Badan fit lagi.
“Boleh pakai apa saja fesyen nak dipakai. Jawapan dia senang saja. Kena ada time untuk dia. Dia itu senaman lah,” katanya di Instagram.
Tambahbnya lagi, sesibuk manapun jadual kerja, dia pasti akan meluangkan sedikit masa untuk melakukan senaman agar kekal sihat dan bertenaga.
“Kalau nak kira sibuk, tiap-tiap hari sibuk. 5 kilometer (KM) lari atas mesin. Lima hari seminggu kena disiplin. Kalau buat lebih dari 5km dah macam kerjaya lah pula,” coretnya panjang.
Terdahulu, Ajai dilihat kerap berkongsi foto dan videonya ketika berada di gimnasium. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat semangat Ajai untuk kekal sihat selain teruja melihat otot di badan dan lengan Ajai.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seorang pelajar berusia 17 tahun dari Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Sri Inai, Petaling Jaya telah mencatatkan pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi subjek Kimia.
Pengiktirafan itu diperolehi Cheryl Chow Shu Wei daripada Cambridge Assessment International Education setelah berjaya ‘mengenepikan’ hampir sejuta pelajar lain dari seluruh dunia semasa acara Outstanding Cambridge Learner Awards, baru-baru ini.
Cheryl memperolehi markah piawaian tertinggi dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) bagi subjek sains itu.
Cheryl Chow Shu Wei.
Katanya selepas dinobatkan sebagai pelajar terbaik, Cheryl teruja untuk menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini.
“Apabila mengetahui berita ini, ia adalah sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan mustahil sebelum ini.
“Tambahan pula, tahun lalu bukanlah tahun yang mudah bagi sesi pembelajaran dari rumah. Jadi, ia membuatkan saya lebih berbangga dengan pengiktirafan ini. Sudah tentu, segalanya tidak mampu saya capai tanpa bantuan ibu bapa , para guru dan rakan sebaya yang memberi dorongan serta motivasi agar tidak mudah berputus asa,” katanya.
*
Terdahulu, Cheryl pernah dinobatkan sebagai peserta terbaik di acara Mangahigh East Asia Maths Ninja Challenge 2019 di mana dia muncul sebagai yang terbaik di kalangan 14,240 orang pelajar dari Jepun, China, Korea, Singapura dan di negara-negara sekitar Asia termasuklah Malaysia.
Tidak cukup sekadar itu, Cheryl juga pernah berjaya memperolehi pingat emas pada pertandingan Kangaroo Math Competition peringkat kebangsaan dan di pertandingan The Universiy of St Andrews Maths Competition pada tahun 2019.
Fuhh! Bukan calang-calang ya pelajar seorang ini.
Sebagai info, program IGSCE Cambridge diajar di hampir 2000 buah sekolah di lebih 50 buah negara di seluruh dunia. Tidak hairanlah ia mendapat jolokan sebagai pembekal sijil kelayakan antarabangsa terbesar di dunia.
Sebelum ini, REMAJA pernah melaporkan dua lagi pelajar dari Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Sri Inai yang pernah membanggakan sekolah mereka dan negara dengan pencapaian akademik masing-masing.