Penulis baru-baru ini berkunjung ke Johor Bahru atas tujuan kerja. Rasanya, itu merupakan kali kedua diri ini menjejakkan kaki ke negeri yang terletak di selatan tanah air itu. Memasuki negeri ini umpama memasuki ke gerbang baharu, ditambah dengan pembangunan pesat, tidak keterlaluan jika penulis katakan yang bandar ini kelihatan seperti Kuala Lumpur.

Berada empat hari di sana, semestinya pemilihan tempat tinggal yang selesa harus dititik beratkan agar tubuh boleh berehat dengan baik, usai seharian bekerja. Memutuskan untuk menginap di Hotel Holiday Inn Johor Bahru City Centre, ternyata pilihan ini tidak salah. Sampai-sampai sahaja ke bahagian lobi, penulis disambut oleh kakitangan yang sangat peramah. Masing-masing membantu proses daftar masuk dan semuanya berjalan lancar.

Kanak-kanak Inap Dan Makan Percuma, Tarikan Menarik Holiday Inn Johor Bahru Selain Kedudukan Strategik Di Tengah Kota

Hotel baru yang dibina ini adalah sebahagian daripada pembangunan bercampur Komtar JBCC yang terdiri daripada ruang pejabat runcit dan komersil. Pengunjung boleh menikmati sambungan terus ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor melalui laluan pejalan kaki berbumbung Persada Link Bridge.

Menariknya, jika bertuah bilik anda mungkin boleh berhadapan dengan Selat Tebrau dan jelas boleh mengamati pemandangan kota Singapura! Tatkala masuk ke dalam bilik, rekaan dalamannya cukup moden dan kelihatan segar. Sesuai sangat untuk anda yang mahu melepaskan penat lelah setelah seharian melakukan aktiviti.

IKLAN

Kanak-kanak Inap Dan Makan Percuma, Tarikan Menarik Holiday Inn Johor Bahru Selain Kedudukan Strategik Di Tengah Kota

Kanak-kanak Inap Dan Makan Percuma, Tarikan Menarik Holiday Inn Johor Bahru Selain Kedudukan Strategik Di Tengah Kota

Setiap bilik dilengkapi dengan TV skrin rata 49 inci, pancuran mandian berdiri dan peti keselamatan elektronik. Sebagai tambahan kepada perabot kontemporari, setiap bilik mempunyai berbilang port pengecasan dan soket USB, disepadukan dengan mudah ke dalam panel telefon dan meja kerja untuk memuatkan semua barangan elektronik anda. Antara kemudahan lain pula seperti termasuk kolam renang, bilik wap dan pusat kecergasan yang dibuka 24 jam.

IKLAN

Selain itu apa yang penulis gemari tentang hotel ini adalah kedudukannya yang berada tepat di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Menawarkan sebanyak 355 bilik untuk diinap, kedudukan hotel ini menjadikan akses mudah ke bebrapa pilihan pusat membeli-belah dan hiburan terbaik selain turut dekat dengan taman aktiviti Angry Birds, Skyscape JB, Jejak Warisan di Jalan Tan Hiok Nee dan Bazaar Karat.

Kanak-kanak Inap Dan Makan Percuma, Tarikan Menarik Holiday Inn Johor Bahru Selain Kedudukan Strategik Di Tengah Kota

IKLAN

Apabila menginap di hotel, salah satu perkara yang mengujakan pastinya hamparan pilihan menu menarik ketika sarapan bagi. Terdapat pelbagai menu yang disediakan dari hidangan citarasa Melayu, Cina, India sehingga Barat. Boleh dikatakan makanan yang disediakan cukup enak menepati selera. Bagi ibu bapa yang membawa anak pula, anak anda boleh tinggal percuma dan makan secara percuma dibawah program The Kids Stay & Eat Free, menarik bukan?

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI