back to top
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Home Gaya Hidup Remaja 17 Tahun Malaysia Dinobat ‘Top In The World’ Bagi Subjek Kimia

Remaja 17 Tahun Malaysia Dinobat ‘Top In The World’ Bagi Subjek Kimia

Foto: Ihsan Truth Communications

 

#Bangga!

 

Seorang pelajar berusia 17 tahun dari Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Sri Inai, Petaling Jaya telah mencatatkan pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi subjek Kimia.

Pengiktirafan itu diperolehi Cheryl Chow Shu Wei daripada Cambridge Assessment International Education setelah berjaya ‘mengenepikan’ hampir sejuta pelajar lain dari seluruh dunia semasa acara Outstanding Cambridge Learner Awards, baru-baru ini.

Cheryl memperolehi markah piawaian tertinggi dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) bagi subjek sains itu.

IKLAN

Remaja 17 Tahun Malaysia Dinobat ‘Top In The World’ Bagi Subjek Kimia

Cheryl Chow Shu Wei.

Katanya selepas dinobatkan sebagai pelajar terbaik, Cheryl teruja untuk menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini.

“Apabila mengetahui berita ini, ia adalah sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan mustahil sebelum ini.

IKLAN

“Tambahan pula, tahun lalu bukanlah tahun yang mudah bagi sesi pembelajaran dari rumah. Jadi, ia membuatkan saya lebih berbangga dengan pengiktirafan ini. Sudah tentu, segalanya tidak mampu saya capai tanpa bantuan ibu bapa , para guru dan rakan sebaya yang memberi dorongan serta motivasi agar tidak mudah berputus asa,” katanya.

*

Terdahulu, Cheryl pernah dinobatkan sebagai peserta terbaik di acara Mangahigh East Asia Maths Ninja Challenge 2019 di mana dia muncul sebagai yang terbaik di kalangan 14,240 orang pelajar dari Jepun, China, Korea, Singapura dan di negara-negara sekitar Asia termasuklah Malaysia.

IKLAN

Tidak cukup sekadar itu, Cheryl juga pernah berjaya memperolehi pingat emas pada pertandingan Kangaroo Math Competition peringkat kebangsaan dan di pertandingan The Universiy of St Andrews Maths Competition pada tahun 2019.

Fuhh! Bukan calang-calang ya pelajar seorang ini.

Sebagai info, program IGSCE Cambridge diajar di hampir 2000 buah sekolah di lebih 50 buah negara di seluruh dunia. Tidak hairanlah ia mendapat jolokan sebagai pembekal sijil kelayakan antarabangsa terbesar di dunia.

Sebelum ini, REMAJA pernah melaporkan dua lagi pelajar dari Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Sri Inai yang pernah membanggakan sekolah mereka dan negara dengan pencapaian akademik masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN2 Pelajar Malaysia Raih ‘Straight A’s’ Untuk IGCSE Meski Belajar Di Musim COVID-19 – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI