Semalam, REMAJA telah melaporkan mengenai 71 orang pelajar yang disahkan positif COVID-19 di sekolah berasrama penuh, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.
Kes yang berpunca daripada seorang guru sekolah tersebut yang positif malangnya telah menjangkiti seorang guru lain dan para pelajar di sana. Bagaimanapun, keadaan disahkan stabil kini dengan para pelajar diletakkan di MAEPS bagi tujuan pemantauan.
Terbaru, sebuah lagi institusi pendidikan melaporkan jumlah kes positif COVID-19 yang ramai di Malaysia.
Kali ini, ia bertempat di Politeknik Sandakan, Sabah di mana seramai 24 orang pelajarnya disahkan positif sekaliguskan mencetuskan Kluster Sungai Batang di Sabah.
Ads
Kampus Politeknik Sandakan. Sumber Foto : Orang Sabah
Kata jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah iaitu Datuk Masidi Manjun, punca utama merebaknya wabak tersebut di sana adalah setelah seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun mengalami gejala demam dan batuk. Bagaimanapun, dia telah berdepannya sejak 12 November lalu dan hanya baru-baru ini disahkan positif.
Datuk Masidi yang juga dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, jumlah kes harian COVID-19 yang tinggi itu telah memastikan’ jumlah kes di Sabah kekal pada tiga angka.
Ads
Saringan kontak rapat dilakukan terhadap 29 orang pelaJar dan dua kakitangannya. Lalu, 24 kes positif dilaporkan daripada kluster ini termasuklah 11 kes baharu dalam kalangan pelajar institusi tersebut.
Oleh itu, REMAJA sarankan agar korang semua kekal menjaga SOP sewaktu berada di kawasan khalayak ramai dan terus berada di rumah apabila tidak perlu ke mana-mana.
Dalam suasana tegang minggu peperiksaan, masih ada juga di kalangan pelajar yang tersenyum bila melihat soalan exam.
Pelajar STPM yang mengambil subjek Pengajian Am semalam rata-ratanya meluahkan rasa lega apabila soalan yang ditanya dalam exam adalah berkaitan dengan idola mereka, Vivy Yusof.
Personaliti usahawan berpengaruh ini turut berkongsi rasa ‘excited’ bila mengetahui kisah perniagaannya dijadikan soalan dalam peperiksaan.
When you’re a case study in a national exam, you need to sit down for a while and wonder if you’re dreaming ? Bet you wish you watched Love, Vivy and browsed FV website the day before ? In all seriousness though, this is such an honour and I’m ever so grateful to be “temaning” you in your exam today. Dear examiner, I think everyone should get an A+++
Malah ada yang berseloroh mengatakan bahawa lepas ni kalau parents marah asyik nak shopping di FV saja, semua dah boleh jawab sebab masuk exam. Haha!
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Vivy Yusof kerana telah menjadi inspirasi kepada anak muda kita. Kami juga turut berbangga dengan kejayaan yang dikecapi Vivy dalam usianya yang masih muda.
Love Vivy
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi pilu selepas tertuduh kedua membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Turut mengundang kesedihan apabila Muhammad Azamuddin Mad Sofi, 23, mendedahkan bahawa Zulfarhan, yang membahasakan dirinya sebagai Along, memberitahu yang dia merindui kedua-dua ibu bapanya dan mahu memohon maaf.
Ibu mangsa yang berada di galeri awam kelihatan menitiskan air mata selepas tertuduh kedua itu memberitahu kejadian tersebut.
Menceritakan detik berkenaan, Muhammad Azamuddin berkata sebelum Zulfarhan meninggal dunia pada 1 Jun 2017, dia dan mangsa berada di bilik rakan tertuduh pertama Muhammad Akmal Zuhairi, pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten).
Ketika itu Muhammad Akmal keluar membeli ‘Oral Rehydration Salt’ (ORS).
“Pada waktu itu Zulfarhan ada muntah sekali. Bila saya membersihkan muntahnya, Zulfarhan memberitahu saya dia minta maaf dekat saya sebab dia menyusahkan saya. Saya bagi tahu dia tak ada masalah kita kawan dan Zulfarhan bagi tahu dia rindu mak dan ayahnya dan mahu minta maaf.
“Dia cakap Along rindu mak dan ayah, saya cakap kalau rindu call lah, tapi dia cakap tak apa aku tak nak menyusahkan mak ayah aku, mak aku sakit. Saya rasa pelik kenapa tiba-tiba dia cakap macam itu.
“Tiba-tiba dia (Zulfarhan) mengimbau kenangan saya tumpang rumah dia di Johor Bahru. Saya bagi tahu Zulfarhan, apa yang jadi pun aku tetap dengan kau, kau kena kuat, minggu depan dah nak peperiksaan dan Zulfarhan bagi tahu dia sayang saya,” katanya dan menambah ketika itu Zulfarhan berada dalam keadaan lemah.
“Zulfarhan beritahu dia mahu baring atas comforter (selimut) secara meniarap. Selang beberapa minit Muhammad Akmal lihat Zulfarhan tidak bergerak dan memanggil nama Zulfarhan, namun tiada tindak balas daripada Zulfarhan, lalu saya pegang tangan dia (Zulfarhan) dan saya rasa tangan dia sejuk,” katanya.
Tertuduh kemudian menelefon ambulans dan sebelum ambulans tiba, pihak hospital memberi arahan kepada mereka supaya mengerengkan Zulfarhan.
“Anggota parademik yang tiba membuat pemeriksaan, tiada tindak balas daripada Zulfarhan dan selepas itu Zulfarhan dibawa ke Hospital Serdang.
“Tiba di hospital saya dan Muhammad Akmal melakukan pendaftaran di wad kecemasan hospital itu. Kakitangan hospital memberitahu kami Zulfarhan masih ada nadi dan pada 9.30 malam seorang doktor bagi tahu Zulfarhan sudah meninggal dunia,” katanya.
Tertuduh kedua minta maaf pada keluarga Zulfarhan
Terdahulu, Muhammad Azamuddin membuat permohonan maaf itu selepas peguamnya, Amer Hamzah Arshad menyoalnya sama ada mahu bercakap sesuatu kepada keluarga Zulfarhan. “Saya mewakili sahabat-sahabat saya memohon maaf atas apa yang berlaku,” katanya dalam keadaan sebak ketika pemeriksaan utama oleh Amer Hamzah semasa membela diri di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Dia berkata hubungannya dengan Zulfarhan diibaratkan seperti “seutas tasbih yang mana ada awalnya dan tiada berpenghujung”.
“Walapun Zulfarhan sudah pergi bertemu pencipta, saya dan rakan-rakan sentiasa mendoakan kesejahteraannya.
“Perkenalan kami (tertuduh dan Zulfarhan) bermula 2014, walaupun saya dan Zulfarhan berbeza dalam jurusan tetapi UPNM yang menanamkan erti persahabatan dan prinsip ‘no man left behind’ menyebabkan saya dan dia berkawan baik,” katanya melalukan seterika wap itu di bahu dan paha Zulfarhan selama satu saat.
“Saya guna seterika itu pada bahu dan paha Farhan tetapi masa buat seterika dan Farhan tidak bersentuhan.
“Saya ambil seterika wap itu apabila Mubin (rakan tertuduh) cakap Zulfarhan kena ajar sikit, selepas itu saya gunakan,” katanya apabila ditanya Amer Hamzah bila tertuduh mengambil seterika itu.
Semasa ditanya mengapa menggunakan seterika wap itu, tertuduh menjawab: “Saya hanya menggertak atau menakutkan Zulfarhan”.
Ditanya lagi mengapa melakukan perbuatan tersebut yang boleh menyebabkan kematian sedangkan dia dan Zulfarhan bersahabat baik, Muhammad Azamuddin menjawab: “Pada saya, tindakan saya hanya untuk menasihati Zulfarhan sebab saya tahu bagaimana perangai Zulfarhan.
“Ketika saya melakukan perbuatan itu saya langsung tidak tahu ia mampu mendatangkan kecederaan kepada Zulfarhan kerana pada ketika itu jelas tiada kesan pada Zulfarhan dan saya tiada niat untuk mencederakan (Zulfarhan), jauh sekali untuk saya melakukan pembunuhan,” katanya.
Pada 31 Julai lepas, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.
Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri menghadapi pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Abdoul Hakeem dituduh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama 12 lagi tertuduh iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya, untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azman bersambung hari ini.
— BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah sekian lama peminat Apple tempatan inginkan sebuah Apple Store rasmi dibuka di Malaysia. Perasaan iri hati semakin ‘membusung’ para pengguna peranti tersebut selepas melihat Apple Store telah dibuka di negara jiran iaitu Singapura dan Thailand, sementara Malaysia seakan ‘dilupakan’.
Baru-baru ini, foto yang didakwa adalah Apple Store pertama di Malaysia yang muncul di forum Skyscrapercity telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi media sosial, lokasi tersebut dikatakan terletak di Tun Razak Exchange (TRX). Jelas bahawa logo Apple yang bercahaya sedang diuji oleh beberapa pekerja tapak pembinaan.
Bagaimanapun, foto yang tular tersebut tidak begitu jelas kerana terdapat banyak perancah besi yang menghalang ia untuk gambar berkenaan lebih jelas ‘ditangkap’ ekoran kerja-kerja pembinaan masih giat dijalankan.
Meneliti gambar tular itu lagi, jelas sekali logo Apple berlampu sedang diuji oleh beberapa pekerja tapak pembinaan.
Ura-ura Apple Store pertama di Malaysia yang bakal dibuka di TRX sudah lama didengari malah dikatakan berlaku penangguhan pembukaan pada tahun lalu ekoran sebab-sebab tertentu. Jika gambar ini sememangnya sahih, ia bermakna Apple Store akan dibuka pada tahun 2023 kelak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bunyi cengkerik yang bersahutan, kicauan burung dari celah kanopi hutan dan desiran dedaun yang ditiup angin menjadi ‘playlist’ pertama yang menyambut ketibaan Remaja sebaik...