Banyak betul kontroversi yang melanda dunia hiburan Korea Selatan selama 2 minggu ini.
Selepas kes buli yang melanda beberapa pelakon K-drama, kini timbul pula nasib beberapa orang peserta program pencarian bakat, ‘Produce 101’ yang dikatakan telah menjadi mangsa isu pilih kasih oleh pihak produksi.
Sejak tahun lalu lagi, warganet Korea telah menerima kejutan besar setelah kes undian tidak tulus dalam Produce 101 dibongkarkan. Dalam keempat—empat musim sejak ia mula ditayangkan, beberapa peserta telah disingkirkan biarpun mereka sebenarnya lebih layak secara merit untuk mara dalam pertandingan itu.
Menurut laporan All Kpop, pada musim pertama, dua orang peserta telah ditukarkan kedudukan pada pusingan pertama.
Dua lagi orang peserta ditukarkan pada pusingan finale musim kedua manakala pada musim ketiga, seramai 12 peserta dipercayai telahpun dipilih lebih awal untuk dimasukkan ke pusingan terakhir.
AIGOO!
Akibat daripada kontroversi ini, para penerbit rancangan Produce 101 telah disiasat, didakwa dan akhirnya dipenjarakan.
Lantas, warganet dan peminat program tersebut tampil ke hadapan untuk meminta siapakah di antara peserta yang terkesan daripada ketidaktelusan yang berlaku.
Ads
Akhirnya, Mahkamah Tinggi Seoul membenarkan juga senarai peserta yang terkesan untuk dilampirkan secara terbuka. Jelas, pihak produksi menidakkan peluang para peserta ini demi menaikkan ranking peserta pilihan mereka.
Musim Pertama
Kim Soo Hyun
Seo Hye Rin
Musim Kedua
Ads
Sung Hyun Woo
Kang Dong Ho
Musim Ketiga
Lee Ga Eun
Han Cho Won
Ads
Musim Keempat
Anzardi Timothee
Kim Guk Hun
Lee Jin Woo
Gu Jung Mo
Lee Jin Hyuk
Geum Dong Hyun
*
Pada hemat penulis, sekiranya skandal sama berlaku dalam mana-mana program realiti di Malaysia, tentunya reaksi yang sama daripada penonton dan warganet akan berlaku.
Itulah gunanya sesebuah program mempunyai juruaudit yang bertauliah untuk memastikan semua keputusan telus dan tulus.
Terdahulu, penerbit Produce 101 iaitu Ahn Joon Young telahpun dipenjarakan selama 2 tahun atas kesalahan memanipulasikan keputusan undian semasa uji bakat program tersebut.
Beliau turut dikenakan saman sebanyak 37 juta Won Korea. Tidak lama selepas itu, ketua penerbut program iaitu Kim Yong Beom juga didakwa atas tuduhan rasuah dan kesalahan lain.
Baru-baru ini, kontroversi yang melibatkan rumah tangga pelakon dan pengacara popular, Fikry Ibrahim terus mencuri perhatian orang ramai apabila hubungan mereka dilihat mulai reda selepas sebuah perkongsian gambar mesra pasangan itu tular di media sosial.
Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram isteri Fikry, Siti Khalizah Alihan, hubungan pasangan suami isteri itu dipercayai berada dalam keadaan baik sahaja apabila foto mereka bergandingan tangan mula meraih perhatian.
“Terima kasih kepada yang mendoakan kami @fikryibrahim,” tulis Khalizah.
Pada 19 Jun lalu, Khalizah dilaporkan telah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding kes perceraian yang difailkan terhadap suami.
Walau bagaimanapun, kelibat aktor berusia 31 tahun itu dipercayai tidak kelihatan bagi sebutan pertama perceraian.
Sebelum ini, peguam mewakili Khalizah iaitu Wan Muhammad Afiq turut memaklumkan anak guamnya memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Mei lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.
Sekadar info, khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi bualan apabila timbul spekulasi bahawa hubungan mereka dikatakan sudah mulai dingin.
Fikry Ibrahim dan Siti Khalizah telah berkahwin pada 12 Januari lalu dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Kedah, dan ini merupakan perkahwinan kedua buat Siti Khalizah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor popular, Fattah Amin memaklumkan bahawa kesihatan anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, kini dalam keadaan kurang baik.
Menerusi satu hantaran di InstaStory, bekas peserta Hero Remaja itu memberitahu bahawa dia telah berusaha beberapa kali untuk bertemu dengan Fatima di rumah bekas isterinya, Nur Fazura, namun tidak berjaya.
“Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima.
“Kasihan Fatima tak sihat, mohon doakan Fatima semua,” coretnya di InstaStory.
Pada masa sama, Fattah turut memuat naik tangkap layar gambar anaknya yang diambil dari Instagram. Dalam foto tersebut, Fatima dilihat sedang makan ubat yang dipercayai disuap oleh ibunya.
Bagaimanapun, keadaan kesihatan sebenar si kecil itu tidak dapat dipastikan.
Sekadar info, Fattah dan Fazura yang berkahwin pada 27 November 2017, telah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Selepas perceraian, hak penjagaan anak diberikan kepada Fazura, sementara Fattah diberikan hak lawatan dan bermalam bersama Fatima.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Suami kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah, Ubai turut berkongsi kegembiraan apabila adik perempuannya, Alieya berjaya meraih keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2023).
Menurut personaliti media sosial itu, hajat ibu tercinta, Allahyarham Rohani Jamal mahu melihat anak bongsu memperoleh keputusan cemerlang akhirnya tercapai.
“Assalamualaikum mak, anak bongsu mak dapat ‘straight’ A untuk SPM. Hajat dan impian mak tercapai,” katanya dalam perkongsian Instagram.
Katanya lagu, sebagai abang dia bangga melihat pencapaian adiknya yang lebih bagus daripadanya dan adik-beradik lain selain menyifatkan kejayaan mereka empat bersaudara adalah berkat doa insan paling disayangi iaitu bonda tercinta.
“Sebak dan bangga kami. Anak-anak lelaki mak dulu cukup makan sahaja keputusan tapi alhamdulillah, berkat doa mak, kami berjaya.
“Ubai rindu mak. Ini (keputusan) untuk mak,” coretnya lagi.
Menerusi perkongsian tersebut, Ubai turut berkongsi gambar Alieya bersama ibu mereka berserta tangkap layar slip keputusan SPM yang membanggakan itu.
Terdahulu, arwah yang menghidap kanser ovari tahap tiga menghembuskan nafas terakhir pada 30 Julai tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.