Selepas penantian panjang selama tujuh tahun, kumpulan K-Pop sensasi, EXO akhirnya mengesahkan kepulangan mereka ke Malaysia menerusi jelajah Asia ‘EXO PLANET #6 – EXhOrizon’ dan dijadualkan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada Jun ini sekaligus menandakan penampilan berkumpulan pertama mereka di negara ini sejak kali terakhir pada tahun 2019.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram rasmi EXO, pengumuman ini juga secara tidak langsung mengubat kerinduan EXO-L tempatan yang sekian lama menantikan kemunculan semula EXO secara lengkap.
Sebelum ini, aktiviti kumpulan yang dianggotai oleh Xiumin, Suho, Lay, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O., Kai dan Sehun ini terpaksa diperlahankan susulan pengambilan anggota tentera secara berperingkat oleh ahli-ahlinya bermula pada tahun 2019 yang telah memberi kesan kepada jadual promosi dan jelajah dunia mereka.
Bagaimanapun, mereka kini kembali aktif di pentas menerusi jelajah ‘EXhOrizon’ dan bersedia untuk menghangatkan semula legasi mereka sebagai antara kumpulan paling berpengaruh dalam industri K-Pop.
Dalam pada itu, jelajah Asia ‘EXhOrizon’ akan membuka tirai di Seoul dengan konsert selama tiga malam dari 10 hingga 12 April 2026 di KSPO Dome. Seterusnya, EXO akan mengunjungi beberapa bandar utama Asia termasuk Ho Chi Minh City, Nagoya, Bangkok, Macau, Osaka, Jakarta dan Hong Kong sebelum tiba di Kuala Lumpur.
Ads
Sekadar info, konsert di Malaysia dijadualkan berlangsung pada 20 Jun ini di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. Setakat ini, maklumat lanjut mengenai harga tiket serta pelan tempat duduk masih belum diumumkan oleh pihak penganjur, namun pengumuman tersebut dijangka bakal mencetuskan keterujaan besar dalam kalangan peminat tempatan.
Selepas persinggahan di Kuala Lumpur, EXO akan meneruskan jelajah Asia ini ke beberapa destinasi lain termasuk Manila, Tokyo, Kaohsiung dan Singapura. Singapura bakal menjadi hentian terakhir jelajah ‘EXhOrizon’ yang dijadualkan berakhir pada 26 Julai ini.
Konsert ini turut mencatat sejarah tersendiri apabila ia menjadi persembahan berkumpulan pertama EXO sejak jelajah dunia ‘EXO Planet #5 – EXplOration’ pada tahun 2019. Peminat boleh menjangkakan persembahan yang meraikan diskografi luas kumpulan ini, merangkumi lagu-lagu ikonik seperti Monster, Growl, Tempo, Overdose dan Obsession yang pernah menguasai carta muzik global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi rap terkenal Korea Selatan baru-baru ini mengejutkan para peminat dengan mengumumkan dirinya telah membuka akaun aplikasi Onlyfans iaitu platform langgan yang berorientasikan kandungan dewasa.
Tulisnya singkat menerusi perkongsian beberapa gambar di Instagram, “Ikuti saya di Onlyfans…”
Kredit: Instagram @moresojuplease
Hantaran mengejutkan itu dimuat naik sendiri oleh Jay Park di Instagram miliknya memberitahu peminat supaya mengikutinya di laman tersebut.
Selepas pengumuman itu dibuat, ramai peminat yang mempersoalkan sama ada penyanyi yang popular dengan lagu All I Wanna Do dan Mommae itu benar-benar berminat untuk mencipta akaun ‘hangat’ tersebut ataupun ianya adalah salah satu taktik pemasaran untuk melancarkan lagu terbarunya.
Kredit: Instagram @moresojuplease
Walau bagaimanapun, ada juga segelintir peminat yang menzahirkan rasa teruja untuk menonton kandungan yang bakal dipertontonkan oleh Jay Park melalui aplikasi berkenaan.
Sekadar info, aplikasi OnlyFans merupakan perkhidmatan langganan kandungan internet yang berpangkalan di London, United Kingdom. OnlyFans selalunya digunakan oleh para pekerja seks bagi mencipta kandungan pornografi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun memasuki hari kesembilan pada bulan Ramadan, suasana grup WhatsApp, status di Facebook dan perkongsian pendapat di Twitter bertambah hangat sejak awal pagi tadi.
Semuanya gara-gara khabar kontroversi yang melibatkan pelakon Aliff Aziz dan mangsa keadaan iaitu isterinya, Bella Astillah.
Viral sekeping foto selfie membabitkan seorang lelaki yang mirip dengan wajah Aliff Aziz bersama seorang gadis yang dilaporkan bernama Nismel.
Tak pelik pun jika ingin mengambil gambar bersama, tetapi apabila aksi mesra itu melihatkan mereka berdua berpakaian kurang menyenangkan, netizen terus tidak teragak-agak untuk melontarkan cercaan kepada pelakon lelaki tersebut
Yang menjadi mangsa seperti yang dipetik tadi ialah isterinya, Bella Astillah.
Secara kebetulan, seorang lagi selebriti bernama Alif iaitu Alif Satar juga menjadi mangsa ‘salah target’ oleh netizen. Lantas dia memuat naik foto di akaun Instagram-nya dengan emoji menepuk dahi sendiri, seolah-olah ingin berkatakan masih wujud isu ‘kerana susu seorang, rosak susu sebelanga’, ‘kerana Aliff yang seorang, rosak semua lelaki yang bernama Alif (f)’.
Ini bukanlah kali pertama Alif Satar ‘dicerca’ oleh netizen yang tersalah orang. Ketika kes yang melibatkan Aliff Aziz sebelum ini, Alif Satar juga terpaksa redhadengan cercaan netizen yang clueless.
Sabar je lah Alif (Satar – just to make this clear).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon bertubuh kecil molek, Sari Yanti sering mencuri perhatian peminat. Sekalipun sudah bergelar ibu kepada 5 orang cahaya mata. Isteri kepada Jep Sepahtu ini sentiasa menjaga penampilan yang kelihatan sentiasa cantik dan berseri-seri.
Menerusi gambar tersebut, Sari memberitahu Barr Al Aliy sudah berusia 13 tahun dan mendapat Anugerah kecemerlangan Akedemik. Dalam pada itu Sari sempat mengucapkan tahniah dan mendoakan anaknya terus cemerlang.
Rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah dan memuji wajah Sari yang kelihatan awet muda. Malah, mereka mengatakan si ibu dan anak bagaikan kakak dan adik.
Wah, pandai Sari dan Jepp mendidik anak-anak mereka. Tahniah abang Barr…
Untuk info, Sari Yanti sebelum ini pernah berkahwin dan memiliki dua orang anak lelaki sebelum berkahwin buat kali ke dua dengan Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
K.O.I mencipta kejutan gemilang apabila lagu Tiwikarma dinobatkan sebagai juara AJL 40, sekali gus membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM100,000.