Tatkala Allah memberikan hidayahnya, tiada siapa mampu menolak. Bagaimana ia diberi, ia hanyalah satu rahsia dalam kehidupan mereka yang menerimanya. Hidayah ini umpama satu perasaan halus yang menjentik hati untuk belajar mengenal Allah dengan lebih mendalam.

Dalam satu perkongsian sebelum dirinya berhijrah menyertai tabligh beberapa tahun lalu, Zul yang amat dikenali sebagai penyanyi kumpulan rock Handy Black serta lakonan mantap dalam Mantra mengakui dirinya amat sombong dengan Allah taala.

“Hubungan saya dengan orang baik sekali, begitu menjaganya tapi sayangnya hubungan saya dengan Allah jauh. Saya sombong dengan Allah. Sembahyang jauh sekali. Puasa pula awal dan akhir sahaja sebab ketika itu balik kampung bersahur dengan mak ayah.

“Dulu saya antara orang yang boleh beli sebiji motor Harley Davidson, special edition dengan harga RM180,000. Motor tu ada 100 biji sahaja dalam dunia dan saya orang ke empat membelinya.

“Sampai ke Thailand saya pergi, Singapura juga tak masjid yang dekat saya tak singgah pun. Orang hanya dengar bunyi derumannya sahaja tapi saya tak singgah pun sedangkan kedudukannya lebih dekat,” katanya Zul sambil menambah emaknya pernah bertanya mengapa dia sanggup membeli sehelai t-shirt ed hardy dengan harga RM600 pada hal hanya memaparkan gambar tengkorak sahaja.

“Sanggup Tunggang Harley Davidson Ke Thailand Tapi Masjid Yang Dekat Tak Pergi, Zul Handy Black
Zul berhijrah dan menyertai tabligh sejak beberapa tahun lalu

Dalam perkongsian hijrahnya itu juga, kata Zul, manusia di akhir zaman selalu mempertikaikan harga rumah yang semakin mahal tetapi masih mampu membelinya, mempertikaikan juga harga emas berlian yang mahal tetapi tetap membelinya juga tetapi masa yang sama tidak mempertikaikan harga sebuah IMAN yang lebih mahal harganya di dunia ini.

Malah Zul turut berkongsi kisahnya semasa menjadi artis dahulu termasuk memaklumkan harga sebuah lagu yang dinyanyikan dalam mana-mana majlis mencecah RM3000 bagi sebuah lagu.

“Saya nyanyi tiga lagu, dah dapat RM9000 bagi Jumaat malam Sabtu saja. Kalau hari-hari lain, gaji pun dah dapat RM1000 sehari. Kiranya dalam sebulan pendapatan dalam RM40,000 sebulan tapi Allah menguji dalam pelbagai bentuk termasuk Allah tarik nikmatnya.

“Dahulu masa jadi artis kita fikir kita hebat tapi Allah uji saya dengan pelbagai ujian. Saya masih lagi belajar dan akan terus belajar,” katanya dalam ceramah berkenaan.

Nyata, hidayah Allah itu milikNya. Siapa yang dia kehendaki maka terjadilah. Semoga kita juga berubah menjadi lebih baik dan bukan menunggu hari tua untuk melakukan perubahan dalam hidup yang semakin singkat ini.

Dengar video perkongsian dari Zul akan kisahnya ini.

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI