
Sejak mendaki populariti menerusi rancangan realiti bakat nyanyian ‘Produce 101’ musim kedua, satu-persatu bekas ahli grup Wanna One mempunyai kelab peminat masing-masing.
Jika pada bulan April lalu, salah seorang ahli grupnya iaitu One Seong-wu telah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk acara ‘Fan Meeting’ pertama sejak mereka dibubarkan pada 27 Januari 2019.
BACA: 1st Fan Meeting Ong Seong-wu Pengubat Rindu Peminat Pada Wanna One
Kini tiba giliran seorang lagi ahli grup Wanna One ke Kuala Lumpur iaitu Kim Jae Hwan!
Acara ‘Fan Meeting’ yang dianjurkan oleh UnUsUaL Entertainment dan MacpiePro itu akan mengambil tempat pada 27 Julai 2019 ini di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam pada jam 6 petang, sekaligus mengukuhkan lagi kemunculan debut Jaehwan pada tahun ini sebagai penyanyi solo.

Walaupun masih muda berbanding beberapa hyung-nya dalam Wanna One, Jaehwan sememangnya menjadi ikutan ramai peminat yang menggelar diri mereka sebagai WIN:D.
Kini bernaung di bawah label Swing Entertaiment, Jaehwan yang meraih tempat keempat menerusi Produce 101 musim kedua bukan saja berbakat dalam bidang nyanyian tetapi jugaboleh menulis lirik lagu sendiri.
Untuk album debutnya berjudul Another (dilancarkan pada 20 Mei lalu), beberapa buah lagu turut menerima sentuhan Jaehwan dan telah menerima sambutan menggalakkan daripada WIN:D sekalian.
Kalau korang tak nak melepaskan peluang untuk melihat Jaehwan secara up-close, jangan lupa dapatkan tiket secara online bermula 12 Jun ini pada jam 12 tengah hari di laman web rasmi mereka.
Tengoklah zon tiket yang mana mampu untuk korang miliki, hiks!

Korang rasa Jaehwan akan menyanyikan lagu dendangan Wanna One?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Datuk Seri Siti Nurhaliza Dedah Amalkan Zikir Bismillah 5 Sebagai Pelindung Rohani Diri & Keluarga

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau sentiasa mengamalkan zikir Bismillah 5 sebagai pelindung rohani untuk diri dan keluarga daripada sebarang unsur tidak baik. Amalan ini, menurutnya, telah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan sejak sekian lama.
Amalan Zikir Bismillah 5 Dari Ibu Tersayang
Menurut Datuk Seri Siti Nurhaliza (46) atau lebih mesra dipanggil Tokti, amalan Bismillah 5 ini diajarkan oleh ibunya, Siti Salmah Bachik. Beliau telah mengamalkannya sejak hamil anak pertama, Siti Aafiyah, kira-kira tujuh tahun lalu.
“Kita semua tahu zikir Bismillah 5 ini banyak manfaatnya dan saya juga ada belajar daripada mak sebab ketika mengandung anak sulung dan saya teruskan sehingga ke hari ini,” jelas Tokti.

Perlindungan Rohani Untuk Diri & Anak-Anak
Tambahnya lagi, amalan zikir Bismillah 5 bukan sahaja baik untuk anak-anak kecil, tetapi juga untuk orang dewasa. Beliau turut mengamalkan bacaan selawat serta doa pelindung seperti ‘tiga qul’ sebagai benteng rohani harian.
“Pada saya, ia bukan sahaja untuk anak-anak kecil, tapi untuk kita juga. Malah, saya juga mengamalkan bacaan selawat dan doa pelindung seperti ‘tiga qul’ dan sebagainya,” katanya.
“Bagaimanapun, bila sudah memiliki cahaya mata, mak memang selalu berpesan untuk baca zikir tambahan seperti Bismillah 5 sebagai ikhtiar untuk mengelak daripada perkara tidak diingini,” jelas beliau lagi.


Nasihat Ibu & Pesanan Untuk Anak Seni
Pada masa sama, Tokti turut menyentuh mengenai anak saudaranya, Amad Dayyan, yang baru-baru ini diuji dengan masalah kesihatan ketika membuat persembahan akhir sebuah program realiti. Kejadian tersebut mencetus pelbagai spekulasi termasuk dakwaan gangguan mistik.
Menurut Tokti, ibunya sering mengingatkan ahli keluarga terutama mereka yang bergiat dalam dunia seni agar sentiasa berwaspada dan menjaga diri. “Saya dengan ahli keluarga memang ada kumpulan WhatsApp. Mak memang selalu pesan kepada anak-anak dia terutama kita dalam industri ini yang sentiasa terbuka dengan apa sahaja,” katanya.
“Kadang-kadang kita tak tahu apa dibuat, kita tersalah cakap. Jadi, mak akan selalu ingatkan, bukan mudah jadi anak seni,” tambahnya lagi.

Reaksi Siti Nurhaliza Terhadap Isu Amad Dayyan
Berkaitan dengan kejadian menimpa Amad, Tokti memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut dan menganggap ia sebagai sebahagian daripada perjalanan seorang anak seni. Beliau menyerahkan segalanya kepada Allah dan percaya setiap ujian membawa hikmah tersendiri.
BACA: Ramai Cemas! Astro Jawab Isu Kesihatan Amad Lepas Rebah Di Grand Finale TTMM
BACA: Aura Datuk Seri Siti Nurhaliza Pikat Fan Bingbing, Impi Nyanyi Lagu Melayu
Sebelum ini, suasana panik tercetus ketika konsert Grand Finale Talk To My Manager apabila Amad tiba-tiba kelihatan seperti diserang kesakitan sebelum dibawa keluar untuk rawatan dan kembali meneruskan persembahan. Kejadian berkenaan mencetus pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen, termasuk dakwaan kononnya Amad diganggu unsur mistik atau disihir.
Amalan Zikir Bismillah 5 Sebagai Benteng Diri
Amalan zikir Bismillah 5 yang diamalkan oleh Siti Nurhaliza menjadi contoh kepada ramai peminat bahawa penjagaan rohani dan doa pelindung memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Ia bukan sekadar amalan tradisi, tetapi satu usaha spiritual untuk mencari ketenangan dan perlindungan daripada segala perkara buruk.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
6 Bintang Malaysia Di Dalam Naskhah Indonesia


Chew Kin Wah @ Anuar Chew Abdullah

Keith Foo

Miller Khan

Allahyarham Ashraf Sinclair

Bront Palarae.

Nora Danish
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bertahan Setakat 10 Hari, Alam Persekolahan Dilupakan Qistina Raisah Demi Jadi Pelakon Remaja

Tidak semua kanak-kanak yang perlu bekerja sejak di bangku sekolah dan memahami erti pergorbanan demi mencari sesuap nasi.
Justeru apabila pelakon remaja yang kian meningkat naik, Qistina Raisah mendedahkan bahawa dia terpaksa melupakan alam persekolahan seperti kanak-kanak lain demi mengejar cita-cita sebagai seorang pelakon cilik, ramai netizen tampil mencemuh secara pra-matang tanpa benar-benar mengetahui kisah sebenar.
Kata pemilik nama penuh Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri ini, dia pernah cuba untuk ke sekolah sama seperti rakan sebayanya sewaktu di darjah satu; namun ia hanya bertahan selama 10 hari sahaja memandangkan perlu kerap ‘ponteng sekolah’ untuk memenuhi kehendak jadual penggambaran.

“Saya belajar dari rumah sejak usia tujuh tahun. Jadi saya tidak merasai keseronokan bersama rakan sekolah.
“Saya memilih kaedah pembelajaran di rumah ini pun kerana pernah dibuang sekolah sebab kerap ponteng.
“Saya pernah bercadang masuk (semula ke) sekolah pada usia 12 tahun untuk mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi terpaksa melupakannya disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
“Pada masa yang sama, saya pernah dapat job berlakon di Itali.. tetapi cikgu ingat saya pergi bercuti. Jadi saya kena buang sekolah terus,” ujar gadis berusia 25 tahun ini sebelum menyambung, “Sejak itu, saya belajar di rumah sahaja. Saya pun belajar bahasa Mandarin dan bermain gitar.”
Belajar Secara Fleksibel
Tidak menafikan soal pelajaran itu penting, namun Qistina percaya keseimbangan antara pelajaran dan pekerjaan yang telah dilakukan olehnya sejak usia tujuh tahun lebih berkesan untuknya.
“Saya percaya Allah sudah atur perjalanan hidup. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Jadi saya bersyukur. Sebab ada orang belajar tinggi pun sukar nak berjaya. Jadi saya redha apabila saya boleh bina kerjaya dalam bidang seni ini,” ulasnya.
Begitupun, sama seperti kebanyakan selebriti cilik lain, jiwa Qistina juga pernah terdetik rasa teringin untuk berkawan seperti pelajar lain di sekolah. Cuma apabila usia sudah menginjak remaja, Qistina melalui fasa di mana dia sudah boleh menghargai perhubungannya dengan ibu sendiri yang sudah dianggap sebagai rakan karibnya berbanding terkilan kerana kurang mempunyai rakan-rakan sebaya.

Terdahulu, REMAJA menemui Qistina sewaktu sidang media filem bergenre seram, Rahsia yang bakal menemui pawagam pada 10 Ogos 2023.
Selain Qistina, filem yang diinspirasikan daripada Filem Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-7 dengan judul yang sama ini juga menampilkan pelakon hebat seperti Eman Manan, Nabila Huda, Rashidi Ishak, Marsha Milan, Fikry Ibrahim dan ramai lagi.
Ihsan Foto: Astro Shaw
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

