Tidak semua kanak-kanak yang perlu bekerja sejak di bangku sekolah dan memahami erti pergorbanan demi mencari sesuap nasi.

Justeru apabila pelakon remaja yang kian meningkat naik, Qistina Raisah mendedahkan bahawa dia terpaksa melupakan alam persekolahan seperti kanak-kanak lain demi mengejar cita-cita sebagai seorang pelakon cilik, ramai netizen tampil mencemuh secara pra-matang tanpa benar-benar mengetahui kisah sebenar.

Kata pemilik nama penuh Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri ini, dia pernah cuba untuk ke sekolah sama seperti rakan sebayanya sewaktu di darjah satu; namun ia hanya bertahan selama 10 hari sahaja memandangkan perlu kerap ‘ponteng sekolah’ untuk memenuhi kehendak jadual penggambaran.

Bertahan Setakat 10 Hari, Alam Persekolahan Dilupakan Qistina Raisah Demi Jadi Pelakon Remaja
Qistina Raisah

“Saya belajar dari rumah sejak usia tujuh tahun. Jadi saya tidak merasai keseronokan bersama rakan sekolah.

“Saya memilih kaedah pembelajaran di rumah ini pun kerana pernah dibuang sekolah sebab kerap ponteng.

“Saya pernah bercadang masuk (semula ke) sekolah pada usia 12 tahun untuk mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi terpaksa melupakannya disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

IKLAN

“Pada masa yang sama, saya pernah dapat job berlakon di Itali.. tetapi cikgu ingat saya pergi bercuti. Jadi saya kena buang sekolah terus,” ujar gadis berusia 25 tahun ini sebelum menyambung, “Sejak itu, saya belajar di rumah sahaja. Saya pun belajar bahasa Mandarin dan bermain gitar.”

Belajar Secara Fleksibel

Tidak menafikan soal pelajaran itu penting, namun Qistina percaya keseimbangan antara pelajaran dan pekerjaan yang telah dilakukan olehnya sejak usia tujuh tahun lebih berkesan untuknya.

“Saya percaya Allah sudah atur perjalanan hidup. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Jadi saya bersyukur. Sebab ada orang belajar tinggi pun sukar nak berjaya. Jadi saya redha apabila saya boleh bina kerjaya dalam bidang seni ini,” ulasnya.

IKLAN

Begitupun, sama seperti kebanyakan selebriti cilik lain, jiwa Qistina juga pernah terdetik rasa teringin untuk berkawan seperti pelajar lain di sekolah. Cuma apabila usia sudah menginjak remaja, Qistina melalui fasa di mana dia sudah boleh menghargai perhubungannya dengan ibu sendiri yang sudah dianggap sebagai rakan karibnya berbanding terkilan kerana kurang mempunyai rakan-rakan sebaya.

Bertahan Setakat 10 Hari, Alam Persekolahan Dilupakan Qistina Raisah Demi Jadi Pelakon Remaja

Terdahulu, REMAJA menemui Qistina sewaktu sidang media filem bergenre seram, Rahsia yang bakal menemui pawagam pada 10 Ogos 2023.

IKLAN

Selain Qistina, filem yang diinspirasikan daripada Filem Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-7 dengan judul yang sama ini juga menampilkan pelakon hebat seperti Eman Manan, Nabila Huda, Rashidi Ishak, Marsha Milan, Fikry Ibrahim dan ramai lagi.

Ihsan Foto: Astro Shaw

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI