Bintang terkenal China, Datuk Fan Bingbing (44) nyata terpesona dengan aura dan kehebatan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (46) ketika kedua-duanya bertemu di Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 yang berlangsung di Melaka baru-baru ini.
Menurut Datuk Fan yang juga merupakan Duta Setiakawan Pelancongan Melaka mengakui pengalaman menyaksikan persembahan Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti pada majlis tersebut memberikan inspirasi besar kepadanya. Malah, pelakon itu menyifatkan perjalanan seni Tokti sebagai sesuatu yang luar biasa dan penuh makna.
Menerusi sebuah perkongsian gambar di media sosial, beliau tampil menawan dalam kebaya pendek rekaan pereka fesyen terkenal Malaysia, Fizi Woo. Beliau juga turut memuat naik foto pertemuannya dengan Tokti dengan kapsyen ringkas berbunyi, “gembira bertemu dengan anda @ctdk” di mana Tokti kelihatan anggun dalam persalinan kemeja oversized polkadot yang dipadankan dengan rantai mewah Chanel.
Ads
“Aura pentas beliau sangat kuat dan saya kagum bagaimana Siti Nurhaliza mampu membuat persembahan penutup dengan penuh gemilang dan sudah tentu saya menantikan persembahannya,” katanya.
“Untuk itu, saya sangat bertuah dapat bertemu dan bergambar dengannya dan jika berpeluang, saya mahu belajar nyanyi lagu Melayu dengan beliau, sekaligus menjadi satu bentuk kolaborasi budaya,” jelasnya ketika ditemui oleh pihak media di Melaka.
Ads
Selain menzahirkan rasa kagum terhadap penyanyi nombor satu negara itu, Datuk Fan turut berbesar hati apabila berkesempatan menghadiahkan produk jenamanya sendiri kepada Siti sebagai tanda penghargaan peribadi.
Kredit foto: BERNAMAKredit foto: BERNAMA
Apa yang lebih menarik, beliau yang sebelum ini pernah membintangi filem adiwira Hollywood popular berjudul ‘X-Men: Days of Future Past’ turut menyatakan minatnya untuk menjadikan Melaka sebagai lokasi penggambaran seni dan filem pada masa hadapan. Selain itu, Datuk Fan juga terbuka untuk bekerjasama dengan pengarah muda tempatan seperti Chong Keat Aun bagi projek kreatif akan datang.
Ads
“Melaka bukan sahaja bersejarah, tetapi juga sangat sesuai untuk menghasilkan karya seni dan kreatif yang boleh diperkenalkan kepada dunia. Saya harap dapat terus menjadi jambatan yang menghubungkan Melaka dengan masyarakat antarabangsa,” ujarnya.
Pada masa sama, pelantikan semula Datuk Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka bagi Tahun Melawat Melaka 2026 dilihat mampu memberi impak positif. Sehubungan itu, beliau bertekad untuk terus memperkenalkan budaya, makanan, mural dan keramahan masyarakat Melaka kepada pelancong luar.
Sumber: Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya, tak perlu lagi kami perkenalkan apa itu sushi.
Bukan saja diminati di Malaysia malahan ia merupakan antara makanan wajib ada di seluruh dunia.
Penulis mengenali ramai yang menyukai sushi sehinggakan ada yang akan mengambilnya pada setiap hari.
Namun, kajian terbaru yang dikeluarkan dari sebuah hospital di California mungkin akan membuatkan korang ingin mengurangkan pengambilannya selepas ini. Sushi asasnya diperbuat daripada bahan mentah segar dan itulah yang memikat selera penggemar sushi. Selain enak, ia juga dianggap sebagai makanan yang sihat.
Ini kerana ia mengandungi kebanyakan zat yang diperlukan oleh tubuh seperti protein, vitamin dan mineral. Walaubagaimanapun, disebabkan kesegaran tersebutlah, beberapa kes yang dinamakan sebagai anisakiasis semakin menular.
Anisakiasis adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada cacing yang ada di dalam ikan dan boleh mengakibatkan rasa sakit, muntah dan cirit-birit.
Kes Anisakiasis akibat kewujudan cacing di dalam perut.
Ikan mentah berpotensi membiakkan cacing pita atau parasit di dalam badangnya. Selain itu, sushi juga berpotensi mengandui bakteria pathogen yang boleh menyebabkan jangkitan pada usus.
Tambahan pula, semakin hari, habitat untuk ikan dan haiwan marin semakin tercemar. Merkuri, gas dan bermacam-macam lagi bahan toksik terdedah kepada haiwan marin. Lantas, apabila ia diambil tanpa dimasak, tanpa ragu-ragu lagi kita boleh menghadapi keracunan.
Merkuri contohnya akan mendatangkan masalah kepada ingatan, lemah otot dan lebih teruk, ketumbuhan sekiranya ia diambil secara konsisten di dalam tubuh.
Hhm, banyak juga kelemahan pengambilan sushi.
Bukanlah maknanya korang perlu berhenti terus daripada mengambilnya. Namun, lebih baik kita kurangkan pengambilan sushi untuk mengurangkan risiko jangkitan.
Seperkara lagi, pastikan korang betul-betul memilih tempat makan sushi yang bersih dan boleh dipercayai. Usah disebabkan sesebuah tempat menjual sushi pada harga yang murah, korang terus ke sana tanpa usul periksa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tinggal beberapa hari lagi musim ketiga siri popular The Penthouse bakal disiarkan di kaca televisyen. Ramai yang sudah tidak sabar menantikan kemunculan drama tersebut untuk melihat kesudahan kisah yang penuh mendebarkan di Hera Palace.
Baru-baru ini, SBS telah pun melancarkan teaser pertama bagi drama hit tersebut. Video bermula dengan adengan sebuah kereta meletup dengan kuat dan Shim Soo Ryun mengatakan “Logan telah mati. Dia pergi ke suatu tempat untuk mengimbau kenangan bersama Logan Lee dan mengungkapkan “Pasti ada seseorang di sana” ketika Joo Dan Tae tertawa di belakang.
Joon Dan Tae muncul dan berkata “Aku merindukanmu, Shin Soo Ryun dan Joon Seok Hoon memberitahu Bae Ro Na, “Kita tidak akan berpisah sekali lagi”
Terdapat juga watak baru yang dibawa oleh On Joo Wan sebagai Baek Joon Gi, orang yang datang ke Korea bersama Logan Lee dan Chun Seo Jin mengatakan “Oh Yoon Hee tidak boleh berkomunikasi secara rahsia dengan Joo Dan Tae, bolehkah dia? Hati-hati dengan wanita itu”
Joo Dan Tae dilihat dengan marah menikam seseorang dan berkata “Shim Soo Ryun akan mati”. Chun Seo Jin dengan malu-malu mengatakan, “Seperti yang diharapkan Joo Dan Te.” Yoo Dong Pil (Park Ho San) juga sepertinya tidak ada gunanya, dan Shim Soo Ryun menolak seseorang dari tebing ketika dia menyatakan dalam suara, “Saya akan membawa mereka pada bila-bila masa. Saya akan mengambil nyawa mereka”.
Wah makin panas nampaknya musim ketiga ni.
So guys, jangan lupa saksikan musim ketiga The Penthouse yang dijadualkan akan bersiaran pada 4 Jun depan. Harapnya kesudahan filem ini buat penonton puas hati ya. Hiks!
Tidak dinafikan aplikasi waze sangat memudahkan urusan perjalanan ‘atas jalan raya’ sebab korang nak pergi mana pun, tak perlu pening kalau tak tahu jalan, tanya saja pada Mr. Waze semua boleh settle.
Terbaru, aplikasi navigasi yang popular digunakan rakyat Malaysia iaitu Waze ini telah melancarkan ciri baharu bagi pengguna setia mereka.
Waze telah menambah data mengenai anggaran harga tol pada aplikasi mereka yang membantu pengguna mengurangkan masalah kebimbangan tentang bayaran tol yang dikenakan.
Dengan ciri tambahan ini, pengguna membuat carian arah perjalanan ke sesuatu destinasi turut akan melihat paparan harga anggaran tol yang terlibat untuk perjalanan berkaitan.
Harga anggaran tol yang dipaparkan adalah berdasarkan daripada info yang dikongsi komuniti Waze. Menerusi ciri baharu ini, pemandu boleh membuat perancangan dengan lebih baik untuk memilih perjalanan yang diingini.
Pengguna kini boleh mengemaskini aplikasi Waze sekarang.
Baguskan, so tak ada alasan lagi untuk korang tak cukup kredit dalam kad touch n go!