
Nama Amad Dayyan kini menjadi sebutan ramai apabila video dirinya menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku di pentas berprestij MotoGP Malaysia 2025 tular dan menerima pelbagai pujian warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram @amadzonofficial dan @amaddayyan, penyanyi cilik itu yang juga anak kepada penyanyi Siti Sairah Tarudin serta anak saudara kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu tampil segak mengenakan baju Melayu biru sambil menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat di Litar Antarabangsa Sepang.
Rata-rata netizen terpukau dengan kelunakan dan kawalan vokal Amad yang dianggap begitu matang bagi usianya. Ramai mengakui menonton video tersebut berulang kali kerana kagum dengan penghayatan yang ditunjukkan olehnya.

“Bukan senang nak dapat peluang macam ini. Punya sedap jadinya lagu Negaraku… Tahniah Amad, moga terus berjaya!” komen seorang pengguna.
“Macam TokTi jugak Amad ni. Nyanyi lagu Negaraku pun sedap… Penyambung legasi TokTi! Terbaik Amad!” komen pengguna lain.
“Satu dunia memandang dan mendengar suaramu, Amad. Tahniah! Alhamdulillah, rezeki bertubi-tubi, ayuhh!” tulis peminat lain.

Selain ditemani ibu tersayang, Siti Sairah, Amad turut dilihat hadir bersama bapa tirinya dan kakaknya, Umai, bagi memberikan sokongan moral.
Ruangan komen di media sosial dibanjiri dengan pelbagai kata semangat dan doa agar Amad terus maju dalam bidang seni suara, malah ada yang menyifatkan dirinya sebagai ‘penyambung legasi TokTi’ dalam generasi baharu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Stadium Astro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#MothersDay Masya Allah! Hanya Pandang Wajah Ibu, Mata Anak Tak Akan Dijilat Api Neraka

Hari ini, 12 Mei 2018, seluruh dunia meraikan hari ibu. Tidak kira apa panggilan, Mama, Mummy, Ibu, Mak, Ummi dan lain-lain gelaran, tanpa ibu kita semua takkan lahir di dunia ini.
Jasa dan pengorbanan ibu sangat besar. Mendidik, memberi kasih sayang, menasihat, ada banyak lagi peranan ibu dalam kehidupan seorang anak. Sebab itulah, sekaya mana pun harta, setinggi mana pun pangkat, SYURGA ANAK LELAKI TETAP DI BAWAH DI BAWAH KAKI IBUNYA.
Baca tulisan yang dikongsikan dalam page Tazkirah Ustaz Ebit Lew ini tentang jasa seorang ibu. Raikanlah sementara ada, berilah kasih sayang tanpa batas, insya Allah, setiap anak, akan merasa bahagia di dunia dan akhirat.
Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya adakah mereka gembira atau berduka
ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..
» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.
3 Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri
- Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.
- Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.
- Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

- Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam.
- Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.
- Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.
- Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

- Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.
- Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.1
- Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
ANAK2 BERMASALAH
LARI DARI RUMAH
- Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.
- Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepdanya.
DEGIL
- Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK
» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.

Dengan niat yg baik ikhlas dan kasih sayang kerna Allah, same2 kita berdoa:
“Yaa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…. Orang Yg M’baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat‥
Sabar‥
Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia‥
Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya‥
Mudahkan Rezekinya‥
Sihatkan Tubuh Badannya‥
Jika Dia Melangkah‥
Selamatkanlah Dia‥
Mudahkan Langkahnya‥
Aaminn…
Kirim kpd Yg Kmu Sayangi hidupmu Akan Bahagia Kerana mereka Juga akan Mendoakanmu…
Wassalam
Ust. Sihabuddin Muhaemin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wajarkah Perempuan Beri Peluang Semula Kepada Yang Sudah Lama Bergelar Ex? Atau Move On Je..

Dunia percintaan sememangnya mempunyai ranjau dan rintangan yang hanya boleh difahami oleh pasangan itu sendiri.
Lain orang, lainlah cabarannya. Tidak semua hubungan itu sama rentaknya. Ada yang sememangnya sudah ditentukan bertemu dengan soulmates masing-masing tanpa perlu berpaling kepada insan lain.
Tapi tidak kurang juga yang terpaksa menempuh jalan berliku sebelum akhirnya menemui kebahagian percintaan. Haihh, bila lah nak merasa semua itu.. eh!
Jika korang pernah melalui perasaan itu, pastinya korang akan enjoy apabila menonton siri drama terbaru yang sedang ditayangkan berjudul Cinta Untuk Sekali Lagi.
Dibintangi oleh Meerqeen, Erysha Emyra dan Haidar Hasanudin, ia menceritakan kisah yang selalu kita dengar terjadi dalam kalangan anak muda di Malaysia yang menemui jodoh pada usia awal 20-an sehingga terbawa ke jinjang pelamin.
Tidak mudah ya apabila pasangan tersebut memilih untuk kahwin muda. Lebih-lebih lagi apabila mereka baru mengenali pasangan masing-masing dalam tempoh terdekat dan tidak berfikir panjang sebelum melafazkan akad keramat itu. Tidak kurang juga pasangan yang telah lama saling berkenalan – lazimnya sejak di bangku sekolah – namun mengalami kejutan alam perkahwinan (persis culture shock, if you may) dengan pelbagai tanggungjawab baharu yang terpaksa dipikul baik oleh sang suami atau si isteri tadi.
Begitulah yang dialami oleh Idlan Zuhairi a.k.a Alan (Meerqeen) dan Anne Dahlia (Erysha) yang telah pun berpisah sejak lima tahun dahulu when they put a stop to their marriage. Namun takdir sudah tertulis agar mereka kembali bertemu apabila abang kepada Anne iaitu Fazlee (Nik Rifa’ie) meminta Alan untuk bertindak sebagai peguam kepada Anne setelah dirinya terlibat dalam satu masalah.
Gitulah..! Ada saja kawan-kawan atau adik-beradik yang menjadi cupid dalam perhubungan, hehe.

Bermula dari detik itu, penonton yang sudahpun mengikuti Cinta Untuk Sekali Lagi sepanjang lima episod yang telah ditayangkan tidak sabar untuk menantikan babak seterusnya di mana Alan akan selalu berusaha mencari peluang mendekati Anne semula. Katanya, dia enggan kehilangan Anne buat kali kedua.
Rata-rata penonton juga dapat mengaitkan plot drama tersebut dengan kebanyakan kes yang berlaku dalam kalangan anak muda yang memilih untuk berkahwin ketika berada di awal usia 20-an. Kadangkala, pasangan tidak bersalah pun dalam sesuatu perhubungan itu.
Cuma beberapa situasi seperti faktor kewangan, tekanan dunia kerjaya yang baru ditempuhi dan ketiadaan perancangan jangka masa panjang menjadi tembok penghalang yang menggagalkan hubungan mereka untuk terus mekar. Tanpa kekuatan komunikasi dalam perhubungan, sukarlah bagi pasangan menyelesaikan apa jua salah faham yang wujud.
Tidak cukup dengan itu, wujud juga stigma setelah pasangan berdepan penceraian pada usia muda. Sebagai contoh, Anne yang merupakan seorang guru bergelut dengan pandangan masyarakat terhadap status dirinya sebagai janda muda. Begitulah persepsi ibu Alan sendiri yang terperangkap dengan pandangan masyarakat kuno yang memandang serong terhadap status seorang janda.
Mujur, seorang lagi guru di sekolah sama seperti Anne iaitu Cikgu Safwan (Haidar) tidak menjadikan status itu sebagai cerminan diri Anne yang sebenar. Malah, Cikgu Safwan juga menyimpan perasaan terhadap Anne dalam diam!
Ah sudah, cinta tiga segi la gaiss..
Begitu juga dengan bekas suaminya, Alan yang mungkin mempunyai niat yang baik untuk membantu Anne menyelesaikan masalah tetapi pada pandangan masyarakat, dia dilihat sebagai seseorang yangmempunyai niat bertentangan terhadap bekas isterinya itu.
Benarlah, kalau hendak puaskan hati semua orang.. sampai bila-bila pun tidak berakhir. Korang rasa, bagaimanakah pengakhiran untuk semua kemelut yang dihadapi oleh Alan dan Anne ini?
Korang kenalah menonton Cinta Untuk Sekali Lagi pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro RIA atau strim di Astro GO dan sooka. Dengar cerita, Cinta Untuk Sekali Lagi telahpun trending bagi setiap episodnya di platform X dan mencatatkan 109 juta tontonan di TikTok! Takkan lah korang nak ‘tertinggal kereta api’ kan?
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!
Chill jer bila sooka Got All! Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! Strim sekarang: www.sooka.my
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Tak Pasal-Pasal Dia Kena Fitnah” Dihimpit Kontroversi Lagi, Pelakon Shahidan Izwan Bantu Bersihkan Nama Baik Aliff Aziz

Baru-baru ini, sebuah rakaman video yang tular di media sosial memperlihatkan seorang lelaki mirip penyanyi Aliff Aziz sedang berhibur dan ia kelihatan seperti di sebuah kelab malam telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi rakaman tersebut, pemuda yang dikatakan seperti penyanyi lagu popular Sayang Sayang itu mengenakan jaket jeans biru ditemani seorang wanita yang memakai baju berwarna merah. Sekali gus, ia menerima pelbagai reaksi warganet yang rata-rata membuat andaian sendiri mengenai penyanyi tersebut.
Tampil membantu membersihkan nama baik Aliff daripada terus difitnah dan menjadi bualan warganet, pelakon meningkat naik, Ahmad Shahidan Izwan menerusi satu hantaran InstaStory menjelaskan keberadaan penyanyi tinggi lampai itu di kelab malam adalah kerana keria semata-mata.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tegur Untuk Jaga Imej Muslimah, Masya Masyitah Tampil Balas Ringkas

“Tak pasal-pasal dia kena fitnah, #kuakadkaudenganbismillah.
“Penat aku tulis dalam InstaStory yang kami sedang jalani penggambaran,” tulisnya yang turut memuat naik beberapa keping foto dan video bersama penyanyi itu di lokasi tersebut.
Difahamkan, Shahidan yang popular dengan naskhah 7 Hari Mencintaiku 2 itu merupakan antara yang turut membintangi drama tersebut selain Aliff dan Sophia AlBarakbah.

Sempat REMAJA menjengah menerusi beberapa ciapan di Twitter, rata-rata warganet dan para peminat berharap Aliff tidak lagi mengulangi kesilapan lama dan menggunakan peluang yang diberikan sebelum ini untuk menjadi suami dan bapa dengan lebih baik.
Sebelum ini, penyanyi lagu Kalau Cinta itu pernah terpalit dengan beberapa kontroversi termasuk isu curang dengan beberapa wanita.
Sekadar informasi, Aliff dan isteri tercinta yang juga penyanyi, Bella Astillah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 September 2016. Hasil perkahwinan, pasangan dua sejoli itu dikurniakan sepasang cahaya mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Aliff Aziz & Shahidan Izwan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

