Istana negara menerusi kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Keputusan ini dicapai susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara sebelah pagi tadi agar Baginda boleh mendapat pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Perlantikan ini selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Ads
Seterusnya pada jam 5 petang ini, difahamkan bakal berlangsung Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Kami Anti-Buli” — KPM mewajibkan semua pelajar di seluruh negara melaungkan slogan ini setiap pagi dan petang sebagai usaha membendung gejala buli di sekolah.
Langkah ini diumumkan susulan kes tragis melibatkan pelajar Tingkatan Satu di Sabah, Allahyarham Zara Qairina, yang menggemparkan seluruh negara. Peristiwa menyayat hati itu bukan sahaja mencetuskan rasa sedih, malah menimbulkan kesedaran bahawa isu buli perlu ditangani segera dan secara menyeluruh.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad, memaklumkan bahawa pelaksanaan laungan “Kami Anti-Buli” akan dilakukan dua kali sehari—sebelum sesi pembelajaran bermula dan selepas tamat waktu sekolah. Menurut beliau, inisiatif ini bukan sekadar ritual harian, tetapi simbol komitmen seluruh warga sekolah untuk saling melindungi dan memastikan persekitaran pembelajaran selamat.
KPM yakin bahawa pengulangan slogan ini setiap hari dapat membentuk kesedaran kolektif pelajar tentang kesan buruk buli. Ia juga menjadi peringatan bahawa sebarang bentuk buli—fizikal, emosi, verbal atau siber—tidak akan diterima dalam budaya sekolah di Malaysia.
Dr. Mohd. Azam Ahmad bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Penting untuk difahami, buli bukan hanya berlaku melalui keganasan fizikal. Tindakan mengejek, mengusik secara melampau, atau memalukan rakan di media sosial juga adalah bentuk buli yang boleh meninggalkan kesan psikologi mendalam. Mangsa mungkin membawa trauma tersebut bertahun-tahun lamanya.
Bagi memastikan mesej ini lebih berkesan, KPM turut menggalakkan pihak sekolah menganjurkan program sokongan seperti ceramah motivasi, bengkel empati, kempen kesedaran dan aktiviti berpasukan. Semua ini bertujuan membina sikap saling menghormati, mengawal emosi dan menyelesaikan konflik dengan cara yang sihat.
Sebagai pelajar, peranan kita bukan hanya mengelak daripada membuli, tetapi juga menjadi penyokong kepada rakan yang menjadi mangsa. Jangan sekadar memerhati apabila melihat kejadian buli berlaku. Berdirilah sebagai pembela, kerana perubahan besar bermula dengan keberanian individu untuk mengatakan “Tidak” kepada buli.
Dengan inisiatif “Kami Anti-Buli” ini, KPM berharap mesej penolakan buli akan sebati dalam hati pelajar dan menjadi budaya yang terus hidup di sekolah seluruh negara.
Isu pengambilan vaksin Covid-19 menjadi perdebatan antara individu yang tidak percaya akan vaksin tersebut. Terdapat ramai juga kumpulan anti-vaksin yang mempertikaikan tujuan kerajaan yang mewajibkan pengambilan vaksin tersebut.
Namun kini bagi mereka yang beragama Islam, pengambilan vaksin tersebut adalah wajib jika mahu menunaikan ibadah haji yang dijangka bermula pada tahun ini. Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah menggariskan peraturan hanya mereka yang telah divaksin sahaja boleh melakukan ibadah haji tahun ini.
Menurut agensi Reuters, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata, ia merupakan antara peraturan utama yang ditetapkan kepada para jemaah haji bagi mencegah penularan virus Covid-19.
Tahun lalu, hanya 1’000 jemaah haji yang tinggal di negara itu sahaja boleh menunaikan ibadah haji lantaran penularan virus Covid-19. Setakat ini Arab Saudi telah menyaksikan sebantak 378,002 kes positif Covid-19 dengan 368,926 orang pulih dari virus itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka, minat dalam bidang permainan digital telah menjadi punca kejayaan seorang remaja Malaysia untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai US5.2 juta atau kira-kira RM21.7 juta bersama pasukannya!
Gamer Malaysia bernama Cheng Jin Xiang atau lebih dikenali dengan gelaran ‘NothingToSay’ itu kini bergelar jutawan setelah dia dan pasukannya yang berpangkalan di China iaitu PSG.LGD meraih kejayaan merangkul gelaran naib juara dalam sebuah kejohanan e-Sport berprestij di Romania.
Cheng Jin Xiang. Sumber Foto : Sinar HarianPasukan PSG.LGD.
Kejohanan bernama The International 2021 Dota 2 itu sememangnya amat dinanti-nantikan oleh kerana hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Lihat sajalah jumlah hadiah yang dimenangi pasukan Jin Xiang itu walaupun berada satu kedudukan di belakang juara keseluruhan! Tak boleh bayangkanlah berapa hadiah yang menanti pasukan juara kan.
Edisi ini saja sudah memecah rekod arena sukan e-Sport kerana ia merupakan pertandingan yang menawarkan nilai hadiah keseluruhan tertinggi di dunia iaitu sehingga USD40juta (166 juta).
Kemenangan yang diraih oleh Jin Xiang ini juga ditemani tiga lagi remaja Malaysia yang merupakan gamer yang masing-masing berpangkalan di China dan juga di United Kingdom. Mereka ialah Thiay Jun Wen dan Chan Chon Kien yang mewakili sebuah pasukan berpangkalan di China, Invictus Gaming yang mengakhiri kejohanan di tempat keempat dan membawa pulang USD2.4 juta (RM10 juta).
Manakala, Ng Kee Cyuan yang mewakili Fnatic yang berpangkalan di United Kingdom pula berpuas hati di kedudukan kesembilan hingga ke-12 lalu meraih hadiah bernilai USD800,400 (RM3.3 juta)!
Fuh, memang berbaloi juga kan menjadi atlet sukan e-Sport ni. Hehe..
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan kejayaan remaja Malaysia lain yang meraih durian runtuh menerusi pertandingan e-Sport.
Bukan mudah untuk bergelar pakar dalam bidang perubatan jantung. Selain memerlukan latihan bertahun-tahun, bidang ini turut menuntut ketahanan mental, emosi serta komitmen yang tinggi...