Setelah tiga hari bertarung, akhirnya pasukan pemain PUBG Mobile yang menggelarkan diri mereka sebagai GRITG ARES berjaya muncul sebagai pemenang utama kejohanan kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2021 yang baru saja melabuhkan tirainya, baru-baru ini.
Kejohanan secara atas talian yang telahpun ditonton oleh 3.1 juta orang dari seluruh dunia sepanjang ia berlangsung pada bulan Julai ini bukanlah satu kejohanan yang calang-calang tarafnya.
Setiap tahun ia dianjurkan, ia pasti akan menarik perhatian peminat permainan digital tersebut disebabkan adrenalin dan kemeriahan acara yang dianjurkan.
PMNC 2021 telah menarik penyertaan daripada 31,818 individu. Lalu, kemenangan GRITG ARES ini yang telah mengenepikan begitu banyak pasukan lawan lain boleh dianggap menakjubkan.
Pasukan GRITG ARES.
Mengikut persembahan permainan GRITG ARES, mereka telah menunjukkan konsistensi sepanjang kejohanan dengan mengenepikan 16 buah pasukan lain, memperolehi 192 poin total dan 2 Chicken Dinners.
Ads
Selain memenangi sejumlah hadiah keseluruhan bernilai hingga RM100,000; GRITG ARES juga secara automatiknya telah menempah slot mereka dalam kejohanan PUBG Mobile Pro League (PMPL) MYSG musim keempat.
Di sana, GRITG ARES bakal bertarung dengan pasukan lain seperti Yoodo Gank, YSX Esport (X) dan team Bosskur di mana masing-masing telah muncul sebagai empat pasukan terbaik daripada PMNC 2021.
Siapakah yang bakal memegang gelaran juara rantau ini? Kita sama-sama perlulah nantikannya.
Ads
*
Untuk pengetahuan, PMNC 2021 juga buat kali pertamanya memperkenalkan kejohanan Ladies Battle PMNC di Malaysia. Go girls!
Ia menyaksikan 16 buah pasukan yang dianggotai sepenuhnya oleh pemain perempuan bertarung dalam format combat. Akhirnya, pasukan DR SC PPGdinobatkan selaku juara keseluruhan dan membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM10,000.
Ads
Pasukan DR SC PPG
Menurut penaja kejohanan PMNC 2021, Yoodo yang merupakan jenama yang menawarkan 100 peratus digital mobile service yang boleh disesuaikan (customisable) di Malaysia mengikut kehendak pengguna, kedua-dua juara berpasukan ini layak menerima gelaran tersebut.
Kata Ketua jenama Yoodo iaitu Encik Chow Tuck Mun, “(PMNC 2021) ialah kejohanan yang cukup mendebarkan. Kita telah melihat begitu ramai pemain berbakat hingga ke peringkat akhir. Masing-masing mempunyai strategi dan skil pergerakan menakjubkan.
“Yoodo sebagai penaja mempercayai bakat-bakat pemain e-sport tempatan kita dan kami sentiasa cuba mengetengahkan mereka ke hadapan. Selama bersama kejohanan PMNC untuk empat tahun berturut-turut, Yoodo berbangga dapat memberikan sokongan kepada industri gaming serta para pemainnya. Kejohanan seperti PMNC ini secara tidak langsung terus menjadi platform buat bakat dari Malaysia untuk terus mengembangkan potensi mereka,” katanya.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada pasukan GRITG ARES dan DR SC PPG!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Majlis Perumahan Universiti-Universiti Awam (MAPUM) berusaha membantu menyelesaikan setiap aduan yang diterima daripada mahasiswa yang tinggal di asrama. Ini termasuk dalam menaik taraf kemudahan internet, penggunaan peralatan elektronik dan waktu keluar masuk asrama.
Pengerusi MAPUM, Prof. Dr Mohd Sazili Shahibi semasa menghadiri Majlis Perasmian Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan (SPARK) 2024 berkata, setiap aduan tidak akan diselesaikan dengan cara yang sama dan ia bergantung kepada keadaan universiti dan mahasiswa terbabit.
Beliau turut tidak menafikan ada kolej kediaman yang terpaksa berdepan masalah air membabitkan beberapa negeri.
Kredit: Sinar Harian
“Aduan itu bersifat subjektif, tetapi pihak universiti sentiasa melihat perkara itu dari aspek yang perlu dititikberatkan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelajar”
“Perancangan dibuat dari masa ke masa untuk menghadapi kekangan berkenaan kerana turut membimbangkan ibu bapa”
“Pihak universiti biasanya akan membuat perbincangan dengan wakil kerajaan negeri bagi membantu menyelesaikan masalah itu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Pengarah Hal Ehwal Pelajar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Hirman Awang berkata, KPT berusaha memastikan fasiliti yang disediakan dapat memberi keselesaan kepada mahasiswa dan sentiasa menyokong sebarang usaha yang dilakukan dalam memperkasakan pengurusan asrama atau kolej kediaman.
Kredit: UPM
“Seminar seperti ini banyak melibatkan amalan terbaik dan SPARK antara usaha untuk menangani masalah mahasiswa di asrama,” katanya.
Menurutnya, penganjuran SPARK merupakan salah satu usaha untuk menangani masalah mahasiswa di asrama kerana ia melibatkan pengetua asrama, felo dan juga mahasiswa itu sendiri.
Tambah beliau, sehingga 31 Disember 2023, purata keseluruhan yang tinggal di kolej kediaman ialah 57 peratus membabitkan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda di seluruh negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengejar cita-cita bukanlah satu perkara yang mudah. Kejayaan tidak akan datang bergolek sekelip mata. Sebaliknya usaha perlu diletakkan seiring dengan impian yang menggunung.Satu demi satu kejayaan dilakar oleh pelajar di Malaysia.
Terbaru, seorang pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya meraih pencapaian tertinggi hingga ke peringkat dunia dalam peperiksaan program perakaunan profesional.
Julea Qiestyna Abu Zarhas membanggakan Malaysia apabila memperoleh markah tertinggi dalam kertas peperiksaan Recording Financial Transaction (FA1) sesi Mac 2023.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak menerusi akaun Facebook mereka pada 20 April lalu telah berkongsi mengenai pencapaian Julea Qiestyna dan memaklumkan bahawa dia telahpun memperolehi markah tertinggi peperiksaan FA1 dalam kalangan semua pelajar di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia!
Julea sekaligus menjadi penerima anugerah Pemenang Kertas FA1 daripada Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) beberapa minggu lalu.
Rata-rata orang ramai terutamanya kenalan Julea telah menghadiahkan ucapan tahniah di media sosial.
Fakulti Perakaunan, UiTM cawangan Perak pula mengucapkan tahniah kepada Julea Qiestyna di laman Facebooknya atas kejayaan ini.
“Seluruh fakulti berbangga dengan pencapaian ini dan berharap lebih ramai pelajar Pemenang Hadiah akan dilahirkan pada masa hadapan,” catatnya.
Tahniah diucapkan buat Julea Qiestyna atas kejayaan yang diraih ini. Semoga lebih ramai anak muda terinspirasi dengan kisah kejayaan pelajar cemerlang ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kelmarin, Azeem Fahmi berjaya memecahkan rekod kebangsaaan dengan catatan masa 10.09 saat sekaligus meleburkan rekod lama yang dicatat Khairul Hafiz Jantan yang dipegangnya sejak tahun 2016.
Seiring dengan prestasi cemerlang itu dilayak ke peringkat separuh akhir dan di pusingan tersebut dia mencatat masa 10.19 sekaligus melayakkan diri sebagai lapan peserta akhir 100m Kejohanan Olahraga Dunia bawah 20 tahun.
Saingan peringkat akhir yang berlangsung jam 7 pagi tadi menyaksikan anak jati negeri Perak ini menamatkan saingan keseluruhan dengan berada di kedudukan kelima dengan catatan masa 10.14 saat.
Berita ini disahkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican menerusi ciapan di laman Twitter. Ujar beliau, “Dengan catatan 10.14s, @_azeemf berjaya mendapat tempat kelima dalam final 100m @WorldAthletics U20 di Cali, Colombia! Tahniah Azeem Fahmi!”
Acara tersebut dimenangi oleh atlet Botswana, Letsile Tebogo yang mencipta rekod dunia mencatat masa 9.91 saat sekaligus memecahkan rekodnya sendiri yang dicatat sebelum ini dengan catatan masa 9.94 saat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru berusia lima tahun, gimnas cilik, Malaiqa An Noura mencuri perhatian apabila berjaya membawa pulang dua pingat emas dalam kategori Under 6 pada Shine...