Semenjak Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November lalu, hampir kesemua gerak-geri beliau diperhatikan secara dekat oleh rakyat terutamanya warganet di laman sosial.
Satu-persatu menjadi bualan. Keputusan beliau untuk mengenakan baju Melayu dengan sepatu capal pada hari pertamanya di Pejabat Perdana Menteri dijadikan isu besar kononnya ia bercanggah dengan tata pakaian rasmi seorang penjawat awam.
Tidak cukup dengan itu, penolakan kenderaan rasmi jenama Mercedes yang diperoleh Jabatan Perdana Menteri oleh beliau yang lebih memilih untuk menggunakan kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian turut diperkatakan. Malah, peluang untuk menaiki kenderaan yang dipandu oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah juga telah dipetik warganet.
Begitulah dugaan menjadi insan nombor satu Malaysia.
Terbaru semalam, Anwar terpaksa membalas satu ciapan pengguna Twitter dengan nama ‘Naratif Rakyat’ yang mempersoalkan bagaimana beliau boleh memiliki sepasang kasut berjenama mewah Louis Vuitton.
Kasut tersebut telah dipakai Anwar sewaktu menerima kunjungan Sultan Brunei ke Malaysia pada 28 November lalu.
Ads
Ciap pengguna itu dengan nada sindiran, “Pung pang pung pang tolak S600 Mercedes, pakai capal. Hari ni dah up gred ke kasut berharga lebih daripada RM5,500. Masyukk PM #KitaBoleh.”
Siapa sangka, Anwar (atau pasukan sosial medianya) mengambil maklum tohmahan warganet tempatan terhadapnya dan bertindak untuk membalas komen tersebut dengan penjelasan berikut mengenai kasut mewah itu.
“Ia pemberian Tuanku Sultan Johor dua tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,” ciap Anwar.
Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah. https://t.co/lLOYqxtrr3
Haa, mesti Naratif Rakyat itu terkesan dengan naratifnya sendiri kan!
Sehingga kini, ciapan balas Anwar itu telah menerima hampir 40,000 ‘likes’ dan diciap semula lebih daripada 25,000 kali.
Terdahulu pada bulan Julai, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi juga pernah menjadi mangsa tohmahan tidak benar mengenai kasut yang dipakainya. Siapa sangka, kasut mewah Onn Hafiz juga merupakan hadiah kurniaan Sultan Johor.
Fitnah & tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Tuanku Sultan.
Ini bukan perkara baru malah Tuanku ada juga memberi kurniaan kpd barisan exco kerajaan yang lepas & pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi agar sentiasa bekerja keras utk rakyat.@HRHJohorIIpic.twitter.com/eJsZunfrrc
Menurut Onn Hafiz, ini bukanlah perkara baharu memandangkan Tuanku ada memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan lalu dan pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras bagi rakyat negeri tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bahaya kalau terlalu obses dengan sesuatu perkara!
Penangan K-Pop ni bukan hanya melanda negara kita, malah mat salleh pun turut sama tergila-gila nak jadi macam bintang Korea.
Percaya atau tidak, seorang lelaki British sanggup menghabiskan wang sebanyak AS$150,000 (kira-kira RM623,000) untuk transformasi dirinya menjadi seperti ahli kumpulan BTS, Park Ji-Min (Jimin).
Oli London yang dahulunya pernah menetap di Korea pada 2013 telah jatuh cinta dengan boyband tersebut menerusi lagu hit mereka, Fake Love.
London yang kini terkenal dalam kalangan peminat K-pop mendedahkan pembedahan plastik yang dijalaninya sejak 2018 menerusi temu bual di Barcroft TV.
Dia yang memiliki 427,000 pengikut di aplikasi TikTok dan 28,600 pelanggan menerusi saluran YouTubenya, baru melancarkan lagu Christmas in Korea.
London mula dikenali selepas tampil menerusi pelbagai program televisyen termasuk di Amerika Syarikat dan mendedahkan sanggup menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Jimin.
“Saya tidak merancang untuk ‘menukar’ bangsa namun tetap menghormati budaya Korea.
Kredit foto: Marcus Hessenberg/Barcroft Images
Setiap kali lelaki ini ingin melakukan perubahan pada wajahnya, dia akan menunjukkan gambar Jimin dan untuk segala pembedahan yang telah dilakukannya itu, semuanya menelan belanja sebanyak £75,000 iaitu bersamaan hampir $100,000.
Itu belum masuk lagi kos yang dia keluarkan untuk membeli pakaian dan kasut supaya yang bersesuaian dengan gaya Jimin. Semuanya mahal-mahal tau!
Prosedur pembedahan plastik yang dilakukannya setakat ini termasuk hidung, pembedahan tulang rusuk dan juga implant dagu silikon bagi usaha untuk memiliki raut wajah yang menyerupai idolanya, Jimin BTS.
Memang kaya betul mamat ni. Hiks!
Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menetapkan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara adalah tidak dibenarkan hingga 6 Jun depan.
Rasanya ramai yang sudah mengetahui sekiranya melalui sekatan jalan raya, korang hanya perlu menunjukkan surat pelepasan bekerja atau kebenaran polis bagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju.
Namun begitu, mungkin ada yang tidak tahu sekiranya korang menggunakan pengangkutan awam, korang juga perlu membawa surat pelepasan atau kebenaran bagi mengelakkan situasi yang tidak diingini berlaku.
Rapid KL sebelum ini telah memuat naik peringatan kepada pengguna awam untuk memastikan penumpang membawa surat pelepasan bekerja atau kebenaran merentas daerah/negeri ketika menaiki tren dan bas.
Sebelum ini mungkin ada yang berniat untuk berjalan-jalan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan sekatan jalan raya dan PDRM, namun kini jika korang menaiki tren dan bas juga, dinasihatkan untuk mempunyai surat pelepasan bertugas atau kebenaran merentas daerah.
Ini bermakna pihak polis boleh melakukan spot check pada bila-bila masa sahaja dan sekiranya korang tidak mempunyai sebarang surat kebenaran, kompaun mungkin akan dikenakan kepada pesalah.
Selalunya, video berbentuk ‘house tour’ atau ‘room tour’ akan dilakukan untuk berkongsi bahagian tertentu di dalam kediaman atau di dalam kamar tidur seseorang atas permintaan followers di platfor atas talian.
Namun lain pula alasan di sebalik video ‘house tour’ yang terpaksa dilakukan oleh Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersempena cuti Tahun Baru Cina ini.
Menerusi perkongsian di platform media sosialnya itu, beliau berkata tindakannya memuat naik video tersebut adalah gara-gara dakwaan daripada beberapa pihak kononnya beliau memiliki sebuah kediaman jenis banglo yang bernilai jutaan Ringgit.
Justeru atas nama ketelusan dan tidak gentar untuk membongkarkan aset tersebut, Ahli Parlimen Muar itu telah menjelaskan menerusi video tersebut bahawa kediaman itu telah disewanya sejak beliau berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan sebagai menterinya lagi dan ia bukan milik sepenuhnya.
Sebaliknya, ia adalah bangunan sewa yang ditransformasikan menjadi ruang bekerjanya dan sebagai tempat perjumpaan serta bermesyuarat dengan ahli parti Muda yang lain. Ini kerana parti yang baru saja didaftarkan secara sah itu masih belum mempunyai pejabat rasmi.
Relaks sahaja beliau berkata, “Jom saya tunjuk rumah sewa saya,” sebelum menunjukkan satu-persatu ruang di dalamnya.
Bahagian ruang tamu telah dijadikan ruang bekerja dengan skrin monitor jelas dilekatkkan di atas meja kopi yang ada di tengah. Ruang tamu kedua juga dijadikan ruan bekerja lengkap dengan beberapa papan putih yang penuh dengan catatan perbincangan dalam kalangan ahli MUDA.
“Hanya satu bilik sahaja yang saya boleh guna (untuk kegunaan peribadi) kerana yang lain semua sudah dijadikan pejabat.
“Sebab itulah waktu saja jadi menteri dahulu, saya tolak tanah, saya tolak rumah banglo di Putrajaya. Saya sewa saja rumah dan pada masa yang sama, saya juga merupakan menteri pertama yang isytihar segala aset dan segala proses kontrak di Kementerian Belia & Sukan – tender terbuka! Tak ada kepada kroni-kroni,” jelasnya sambil berpendapat tiada apa yang harus ditakutkan olehya.
Hari ini saya tunjuk sendiri rumah sewa saya.
Saya telus, tak ada apa-apa nak sorok.
Tapi menteri-menteri UMNO/BN langsung tak disiasat. Hidup bukan main mewah.
Ini kerana beliau tidak mempunyai kenderaan mewah, rumah mewah, jam tangan mewah atau secara sinikalnya, saham berjuta-juta secara haram.
“Berani kerana benar. Nak siasat, siasatlah!”
Jujurnya, macam best pula kan ada pejabat di ruang rumah dan bukannya di bangunan komersil seperti kebiasaan. Relaks sedikit hendak bekerja, hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!