Inilah kata orang, kalau sudah tertulis rezeki akan memperolehnya dari pelbagai cara. Jika kita ikhlas bekerja dan sentiasa amanah, Allah pasti akan memberikan mengikut kehendakNya.
Apa pun, rezeki sudah tertulis buat 10 orang jururawat dari Wad DiRaja Hospital Sultanah Aminah hari ini apabila menerima sebuah kereta perodua Myvi dari Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Di laman fb rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebentar tadi, memaklumkan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 10 kereta PERODUA Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi menzahirkan penghargaan di atas sumbangan serta khidmat mereka kepada Baginda dan juga Keluarga DiRaja Johor.
Ads
Penyelia Jururawat, Matron Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak tahun 2006, melahirkan perasaan syukur di atas kurniaan berkenaan.
"Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan ini.
Ads
"Besar sungguh nilainya kepada kami semua, dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan DYMM Sultan Johor serta Keluarga Diraja Johor," katanya kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini (29 September).
Kenderaan berkenaan disampaikan kepada mereka dalam satu majlis di Kasawari Motors Sdn. Bhd di Larkin, Johor Bahru oleh Pengarah Kasawari Motors, Muhammad Fahmi Bin Datuk Seri Paduka Dr. Hassan.
Turut berkongsi perasaan syukur, Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan walaupun masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak pada tiga hari yang lalu.
"Saya bersyukur kerana dapat hadir kerana ini merupakan satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada DYMM Sultan Johor dan Keluarga Diraja Johor," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya bukan saja anak gadis dan mak-mak terpengaruh dengan lakonan mantap pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 tapi ia juga turut memberi kesan ke atas anak-anak yang masih di sekolah tadika.
Dalam satu video yang tular di media sosial, gelagat seorang kanak-kanak yang memberikan nasihat kepada papanya ketika dalam kereta agar jangan pukul dan cakap baik-baik dengan anak isteri,
nampak cute sangat! Mana tidaknya, mungkin terpengaruh dengan jalan cerita 7 Hari Mencintaiku 2 di mana ada adengan Syakila (lakonan Faye Kusairi ) dan suaminya Jali memukul Kenit yang dilakonkan oleh Puteri Rafasya kerana Kenit sering tidak mengikut apa disuruhnya.
Mungkin terpengaruh dengan adegan yang ditonton setiap hari dengan Mamanya, malah Papanya juga agak selamba bertanya, anak yang dipercayai sekolah tadika ini selamba menasihati papanya.
“Papa jangan jadi macam tu Papa. Jangan kasar macam tu. Papa jangan pukul, papa kena cakap elok-elok dengan anak-anak, dengan bini.
Hahaha, padu bak hang bila anak kecil bagi nasihat pada papanyakan. Inilah penangan drama 7 Hari Mencintaiku 2.
Walau identiti kanak-kanak itu tidak diketahui buat masa ini tapi serius nampak cute sangat.
Mungkin jalan cerita drama ditambah lakonan mantap pelakonnya, memberikan pengaruh besar ke atas dirinya dan peminat-peminat drama jam 7 ni. Fuhh memang hebat sungguh drama niekan, bukan saja budak kecil tapi ramai wanita yang emosi bila Kuzairi kahwin lain. Haha.
Apa pun papa, kena dengar elok-elok tau..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang memperkatakan tentang filem Hantu Kak Limah yang sehingga kini sudah mengutip lebih RM10 juta tidak sampai seminggu ditayangkan. Menampilkan komedi dan nama Kak Limah itu sendiri, lawaknya yang bersahaja mampu menggeletek hati penonton untuk ketawa sekaligus menghilangkan stres seharian.
Mengira untung secara kasarnya, filem ini dikatakan sudah berjaya balik modal. Ramai memberi ulasan apa yang masyarakat mahukan ketika menonton filem Melayu?
Formulanya masih sama, menampilkan hantu (rasanya kalau bertemu secara realiti, #bukan Hantu Kak Limah sudah tentu tak mampu ketawa pun) dan barisan pelakon yang hebat lawak komedinya menjadikan filem ini pilihan ramai penonton.
Ramai membandingkannya dengan Pulang yang sarat dengan emosi tetapi ia hanya mampu mengutip RM1 juta lebih (setakat berita ini ditulis).
Tetapi tentu ramai yang tertanya-tanya atau mungkin tanpa sedar, setakat Ogos ini sudah 30 filem ditayangkan, ternyata 11 darinya filem Melayu yang GAGAL di pawagam.
Memetik kutipan rasmi yang dikeluarkan oleh FINAS, REMAJA senaraikan 10 filem Melayu yang gagal balik modal atau dalam erti mudah, tak untung biarpun menampilkan barisan pelakon hebat tanahair.
Industri filem tempatan memulakan tirai 2018 dengan Busker, sebuah filem romantik remaja yang menampilkan lakonan Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia dan Mas Khan. Malangnya, selesai wajib tayangan, Busker hanya mampu mengutip RM96,925.75 secara keseluruhan biarpun budgetnya jauh lebih dari itu. Ternyata filem ini gagal dari segi kutipan tiketnya.
Jika Busker memulakan tirai 2018 dengan kegagalan, industri filem terutama melibatkan filem Melayu terus gagal biarpun menampilkan arahan pengarah ternama, Aziz M Osman menerusi filem Bukan Cinta Malaikat dengan jumlah kutipan keseluruhan RM127,940.79 yang mula ditayangkan pada 25 Januari 2018.
Kegagalan itu diteruskan lagi pada Februari 2018 yang menampilkan filem Cinta Makrifat yang diilhamkan dari sebuah kisah benar dibintangi Syamsul Yusof, Nora Danish, Dato’ Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Datuk Aznil Nawawi dan Sabrina Ali. Melihat kepada nama-nama besar, tentu kita dapat membayangkan hebatnya filem ini tetapi selesai tayangan filem ini hanya mencatatkan RM138,686.04.
Mungkin badi masih bersisa, filem Badang arahan Profesor Dr A. Razak Mohaideen yang mempertaruhkan Datuk Aliff Shukri sebagai teraju utama ternyata menjadi “badang” yang langsung tidak gagah. Jika promo sebelum ini membayangkan peminat Datuk Aliff akan memenuhkan pawagam ternyata jangkaan ini meleset sama sekali. Filem ini mengutip RM93,496.54.
22 Februari, filem tempatan menyaksikan Surf This Love: Gelora Juara yang menampilkan pelakon Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Josiah Hogan, Mustaqim Bahadon dan Syuhaida Abraz yang dilihat cuba lari dari kebiasaan dengan mengangkat tema sukan luncur air tetapi ternyata tetap gagal dan hanya mampu mengutip RM47,724.30 selesai tayangan.
Jangan tanya, disedari atau tidak tayangannya tetapi filem ini disenaraikan oleh Finas untuk tayangan pada awal Mac. Bidong The Boat People arahan Yusof Kelana yang menampilkan kisah benar pelarian Vietnam di Terenganu suatu ketika dahulu akibat peperangan ternyata gagal dan hanya mampu mengutip RM3,536. Jangan persoal modal, mungkin kos makan krew pun tidak mampu dikutip semula!
Namun Mac itu, ada nafas baru kerana filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof mampu mengutip RM12,216,321.00 di mana Fattah Amin kali pertama berlakon babak aksi.
Acap kali tampil dengan isu, tapi ia ternyata tidak mampu menarik minat orang menonton filem Hantu Wangan arahan Ahmad Idham. Kutipan rasminya hanya RM89,420.70 dan cuma seminggu saja di pawagam. Mac itu badi tetap sama kerana filem arahan Raja Azmi iaitu Enjin No 9 hanya mampu mengutip RM7,566.17 dengan menampilkan Tajul Arif, Kazar Saisi, Datin Fadilah Mansor, Sharifah Shahirah, Ayuni Asyiqin, Syuhaida Abraz (Dottie) dan Bila Najmi (Bila AF 2015).
Pada bulan April dan Mei, jika dilihat tiada filem Melayu memasuki pasaran tetapi sebenarnya filem Dukun yang sudah lama ditarik tayangannya ditayangkan kembali. Filem Melayu masih terkena badi kerana filem Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib yang mengangkat tema anggota Bomba tetapi ternyata filem lakonan Hairul Azreen, Nur Risteena Munim, Aliff Yasraff, Syainie Aida, Ahmad Idham dan Azza Elite ini gagal di pasaran dan hanya mampu mengutip RM14,196.50 selesai tayangan.
Ternyata, biar sudah memasuki setengah tahun, filem yang mengangkat lorat Negeri Sembilan iaitu This Is Pilah arahan Rosdi Mat Dhali hanya mampu mengutip RM45,843.90.
Penghujung Jun, filem Blok 404 (Hidup Sampai Mati) arahan Isma hanya mampu mengutip RM220,275.17.
Ternyata Julai membuka sinar apabila filem Pulang arahan Khabir Bhatia yang menampilkan Remy Ishak mampu mengutip RM1,636,363.25 (sedang ditayangkan lagi setakat artikel ini ditulis). Begitu juga filem Hantu Kak Limah yang sedang mengutip RM10,750,885.41 dan masih ditayangkan lagi.
Ternyata dari 14 filem tempatan, 11 darinya menemui kegagalan. Cuma tiga sahaja “bernyawa” di mana Pulang mencatat RM1,636,363.25 berbanding KL Special Force membuat keuntungan RM12,216,321.00 dan Hantu Kak Limah yang sudah lebih RM10 juta setakat hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ribuan ucapan takziah diterima oleh keluarga mendiang pemandu Moto3 dari Switzerland, Jason Dupasquier selepas maut dalam satu kemalangan tragik di litar Mugello.
Pemandu remaja berusia 19 tahun itu sedang beraksi pada musim keduanya dalam Moto3 Grand Prix (GP), terjatuh selekoh ke-9 dan kemudian dilanggar oleh sekurang-kurangnya sebuah motosikal sebelum terseret di atas litar.
JASON Dupasquier digegaskan ke hospital menaiki helikopter selepas terlibat dalam kemalangan pada sesi kelayakan Grand Prix Itali di Litar Mugello semalam sebelum disahkan meninggal dunia hari ini. – AFP
Berita sedih ini turut dikongsikan oleh penganjur MotoGP dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad berkata pemergian Dupasquier amat dirasai.
“Kami sangat sedih untuk memberitahu kehilangan Jason Dupasquier.
“Bagi pihak seluruh keluarga MotoGP, kami mengucapkan takziah kepada pasukannya, keluarga dan orang tersayang.
“Anda akan dirindui Dupasquier.”
Hospital Careggi di Florence yang merawat Dupasquier mengesahkan pelumba remaja itu mengalami kecederaan kepala dalam kemalangan di Mugello semalam.
Menurut kenyataan tersebut, petugas perubatan tiba di lokasi kemalangan untuk memberi rawatan segera sebelum dia digegaskan ke hospital.
“Walaupun pasukan perubatan litar berusaha keras untuk menyelamatkan pelumba Switzerland itu, pihak hospital kemudian memaklumkan bahawa Dupasquier mengalami kecederaan yang teruk,” menurut kenyataan itu lagi.
Pasukan Dupasquier, Pruestel GP menarik diri daripada perlumbaan hari ini dan tindakan sama diambil pelumba Moto2 Switzerland, Tom Luthi yang sepatutnya beraksi bersama pasukan SAG Racing. – AFP
#RIP
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.