Seharian menghadap laptop, banyak sangat urusan perlu diselesaikan….
Bukan senang nak mencari rezeki sekarang. Majoriti daripada kita terpaksa menghambakan diri kepada teknologi seperti komputer dan telefon untuk menyelesaikan tugasan. Tapi aikkkk mata pulak pedih bila lama-lama tenung skrin laptop…
Korang tahu tak mata kering adalah satu keadaan di mana terdapat kekurangan air mata untuk melembabkan dan menyuburkan mata? Haaa…jangan ingat ini isu sambil lewa okay!
Air mata adalah perlu untuk mengekalkan kesihatan mata dan untuk memberi penglihatan yang jelas. Mereka yang mengalami mata kering adalah disebabkan oleh pengeluaran air mata yang kurang ataupun mempunyai air mata yang tidak berkualiti.
Ayuh REMAJA kongsikan bersama anda beberapa tips untuk atasi masalah mata kering untuk memastikan hari-hari anda lebih produktif dan sihat!
Minyak Ikan Satu Kewajipan
Anda pasti pernah mendengar tentang kebaikan mengambil minyak ikan dalam diet pemakanan seharian, bukan?
Selain dari membantu mengatasi masalah kemurungan, gangguan bipolar, psikosis, kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD) dan sakit kepala migrain, minyak ikan juga sangat bagus untuk mata anda. Wowww…
Mengambil minyak ikan atau lain-lain sumber yang mengandungi asid lemak omega-3 yang berkualiti tinggi setiap hari boleh membantu dalam mengurangkan gejala mata kering.
Humidifier Peneman Sejati
Ads
Humidifier atau pelembab udara amat membantu dalam melembabkan udara persekitaran. Dengan lebih kelembapan di dalam udara, kadar penyejatan airmata akan lebih perlahan, dan seterusnya menjadikan mata lebih selesa.
Elakkan Asap Rokok
Asap rokok menganggu kondisi mata, yang boleh mengakibatkan keradangan kronik lapisan kelopak mata. Keradangan itu boleh menyebabkan kekeringan mata.
Sekiranya anda seorang perokok, ini adalah satu lagi sebab yang sangat penting untuk berhenti. Toksah lah merokok okay, lagi banyak keburukan dari kebaikan huhu…
Pakai Wraparound Shades
Cermin mata hitam dengan bingkai bulat melindungi mata anda dari cahaya matahari dan angin, ia membantu dalam proses memperlahankan penyejatan air mata.
Ads
Untuk perlindungan dalaman, anda boleh mendapatkan nasihat dari ahli optik/ atau pakar mata di hospital untuk mendapatkan kacamata yang sesuai untuk melegakan mata kering anda.
Gunakan air mata tiruan di atas kaunter (OTC) / Eye-drop
Eye drop boleh membawa kelegaan daripada sindrom mata kering yang terjadi disebabkan oleh kekurangan air mata semulajadi.
Ia bertujuan untuk menggantikan atau menambah air mata (cecair) yang secara semula jadi meliputi permukaan bahagian depan mata (kornea).
Tapi min banyak sangat lah jenama dan pilihan eye-drop di farmasi. Nak pilih yang mana?
Diiktiraf sebagai Jenama Penjagaan Mata Nombor 1 Dunia, Rohto adalah pilihan terbaik bagi kalian yang mempunyai masalah mata kering atau pedih!
Ads
Jom kita analisa jenis eye-drop Rohto yang sesuai buat anda.
1) Sejuk & Menyegarkan
Hidupkan semula mata yang letih dengan Rohto Cool untuk dos kelegaan penyejukan segera kepada mata yang kering dan tegang akibat pendedahan yang berpanjangan kepada penggunaan skrin, pembacaan, pemanduan atau persekitaran penyaman udara.
Rohto Cool meredakan ketidakselesaan mata, selain kerengsaan kecil akibat asap, habuk, angin, silau matahari dan air berklorin. Sesuai untuk penggunaan dengan dan tanpa kanta sentuh.
2) Lembut & Melembapkan
Tingkatkan kelembapan mata dengan jenis eye-drop yang sesuai untuk anda!
Rohto Aqua menyegarkan mata yang tegang dan letih akibat pendedahan yang berpanjangan kepada skrin komputer dan penggunaan kanta sentuh yang lama dipakai. Sesuai digunakan dengan atau tanpa kanta sentuh.
3) Bantuan Mata Kering Termaju
Pastikan mata sentiasa lembap dan dilincirkan dengan formula termaju yang membantu memulihkan keseimbangan 3 lapisan filem pemedih mata.
Rohto Dry Aid mengandungi 3 lapisan ini bekerjasama untuk membantu mengekalkan kesihatan mata kita dan mengelakkan jangkitan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Rohto
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menetapkan penjawat awam yang curang atau menjalin hubungan sulit serta memanggil rakan sekerja dengan gelaran ‘sayang’ atau ‘dear’ menjadi kesalahan gangguan seksual dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Menurut surat edaran bertarikh 7 April lalu, ucapan atau gelaran berkenaan oleh mana-mana pegawai awam vang menggangqu mangsa dikategorikan sebagai kesalahan gangguan seksual secara lisan.
Selain itu, tindakan menyentuh, memegang, raba, cium, cubit, usap, peluk, merapati serta seumpamanya pula adalah kesalahan gangguan seksual secara fizikal.
Manakala, menghantar gambar tidak senonoh serta mesej berbaur seks atau ‘sexting‘ menerusi platform seperti aplikasi WhatsApp dan seumpamanya dianggap melakukan gangguan seksual secara visual.
Ketika membuat aduan, mangsa perlu memaklumkan kesan akibat gangguan terbabit secara terperinci seperti menyebabkan fikiran terganggu, perasaan kurang senang, rasa terhina dan sebagainya selain memaklumkan tempat, masa dan tarikh kejadian, selain tempat bertugas ketika kesalahan itu berlaku.
Semua kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Pada masa sama, surat edaran dikeluarkan Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib SPA itu turut menggariskan mereka terbabit dalam hubungan sulit sebagai kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Kesalahan lain termasuklah tidak hadir bertugas, tidak ketik kad perakam waktu, mengemukakan sijil cuti sakit palsu, penyalahgunaan dadah, membuat penyataan awam di media sosial dan kesalahan perolehan.
Hukuman bagi setiap kesalahan pula akan ditentukan Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, sama ada amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Perkara yang paling merisaukan perempuan bila bersukan adalah kalau pakaian yang dikenakan tidak sesuai dengan aktiviti. Boleh potong mood nak bersenam tau.
Namun begitu, apa-apa jua pakaian yang dipilih untuk bersukan perlulah selesa supaya boleh memakainya dalam tempoh masa yang panjang. Selain itu, perlu pastikan pakaian tersebut tidak terlalu ketat dan juga tidak terlalu longgar yang mungkin akan mengganggu pergerakan anda semasa bersukan.
Foto Via Butter.sg
Baju yang terlalu ketat mungkin akan menjerut peredaran darah dan mungkin akan terkoyak semasa melakukan aktiviti regangan terutama dibahagian celah kangkang seluar atau pon di bahagian celah ketiak. Maka pastikan memilih baju yang bersesuaian dan pilih saiz baju yang betul mengikut ukuran badan anda. Tetapi, janganlah pula memakai pakaian yang gelebeh atau terlalu besar kerana dikhuatiri akan merentang arus angin, membahayakan keselamatan dan membataskan pergerakan aktiviti sukan korang.
Tapi korag jangan risau, baru-baru ini jenama sukan Singapura, butter memperkenalkan pakaian aktif merangkumi saiz yang pelbagai untuk memenuhi keperluan Asia di Malaysia.
Nota – Kajian menunjukkan wanita Asia cenderung mempunyai underbust yang lebih kecil dan model berbanding orang Barat, dengan pinggang yang lebih kecil dan pinggul lebih lebar disebabkan faktor genetik. Foto Via Butter
Terkenal dengan fabrik sutera lembut dan licin bergaya, butter. disesuaikan untuk pergerakan berbeza yang menyasarkan satu siri gaya hidup serba boleh. Activewear ini mempunyai saiz inklusif yang direka untuk pelbagai jenis wanita.
Mewah Dan Bergaya
Tidak seperti activewear lain, butter. sangat mewah dan bergaya menampilkan dua fabrik, iaitu BaseCore™, direka untuk aktiviti intensiti tinggi, dan BaseFlex™ yang memenuhi keperluan aktiviti intensiti rendah.
Jenama ini juga membawa barisan bra dan seluar, direka untuk menyokong aktiviti wanita Asia dengan selesa, baik ketika masa lapang dan aktiviti berintensiti tinggi dan rendah sambil kelihatan bergaya pada masa yang sama.
Foto Via Butter.
Mulakan Pengembaraan butter.
Untuk meraikan pelancaran di Malaysia, butter. telah bekerjasama dengan Journey mengeluarkan koleksi edisi terhad yang akan dijual secara eksklusif di Journey Indoor Cycling Studio.
Koleksi ini terdiri daripada produk BaseCore™ seperti V-Bra dan Classic Leggings dalam warna kuning mentega. butter. memenuhi semua saiz dari XXS hingga XXL.
Ingin mencuba butter. ? Setiap pembelian akan disertakan dengan penghantaran percuma melebihi RM200 dan pertukaran percuma untuk saiz pada pesanan pertama korang. Layari laman web mereka di butter.sg.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sikap toksik bukan sahaja ada pada orang lain, malah kadangkala ia mungkin ada pada diri sendiri.
Hidup dalam persekitaran yang penuh degan anasir-anasir negatif bukan hanya menjejaskan kesihatan bahkan merosakkan jiwa. Salah satu anasirnya ialah sikap toksik.
Memetik perkongsian pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah di akaun Instagram Fadzilah Kamsah Academy tentang 5 sikap toksik yang mungkin ada dalam diri kita.
Macam mana nak tahu kita ada sikap toksik atau tidak? Segera semak ciri-ciri yang disenaraikan ini.
TERLALU MERENDAH DIRI “Tok Abah, saya ni tak pandai belajar.” “Saya memang dari dulu bengap sikit.”
Meletakkan kata-kata negatif tentang diri sendiri secara tidak langsung akan membuatkan diri kita terikut dengan kata-kata tersebut. Ia juga boleh membuatkan diri kita sentiasa rasa down.
Secara tak sedar, kita sebenarnya sedang menghina diri sendiri. Menghina diri sendiri bererti kita menghina ciptaan Allah SWT yang sempurna.
‘PLAY-VICTIM’
Suka meletakkan diri sebagai mangsa keadaan dengan cara menuding jari kepada pihak lain.
Yang buruk, yang salah semuanya sebab orang lain. Sendiri salah pun, tetap nak salahkan orang lain juga. Sikap inilah dikatakan sebagai play-victim.
‘COMFORT ZONE’
Berada dalam ‘comfort zone’ adalah perangkap terbesar dalam hidup manusia. Kita semua memang mendambakan keselesaan dan ketenteraman hidup.
Namun jika kita terlalu leka dalam keselesaan itu, lama kelamaan ia boleh menghancurkan jiwa.
‘PERFECTIONIST’
Terlalu melihat sesuatu perkara itu tak selesai dengan sempurna sehingga merasakan ianya tak berbaloi untuk diusahakan. Sikap ini bahaya!
Memang betul, kita semua inginkan kesempurnaan. Tetapi setiap perkara yang dilihat tidak sempurna itu juga adalah satu progres yang perlu dirai dan dipelajari.
TAK JAGA DIRI SENDIRI
Ramai yang mempunyai sikap sebegini. Akibat terlalu nak menjaga hati dan tanggapan orang lain akhirnya diri sendiri yang terabai.
Secara tak sedar, kita mengabaikan kesihatan badan, mental dan jiwa.
Kesimpulannya jika ada salah satu atau lebih dari 5 sikap toksik ini dalam diri anda, niatlah untuk berubah. Usah bertangguh!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Olahan artikel dari Maskulin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...