Buat anda di luar sana yang masih mencari pekerjaan atau inginkan tempat kerja yang baharu. Kini lebih mudah, hanya dihujung jari sahaja anda perlu tekan dan lihat isi kandungannya. Pelbagai laman web dan aplikasi peluang pekerjaan yang tersedia.
Jom kenali antara lama web yang popular untuk mencari peluang pekerjaan dan jawatan idaman anda di Malaysia:
Linkedln adalah rangkaian carian kerja profesional terbesar di dunia dengan keahlian sebanyak 722+ juta keseluruhan di 200 negara. Laman web ini menawarkan pakej kerja yang pasti dan jujur dari majikan, malah ia juga menawarkan khidmat kaunseling dan sokongan buat modal insan yang masih meragui atau resah tentang kerjaya.
Ads
MauKerja
Berkonsepkan ‘mobile app’ yang mudah dan pantas untuk proses carian kerja, aplikasi ini menawarkan ribuan peluang pekerjaan dari sektor swasta mahupun kerajaan di Malaysia. Didapati dalam bentuk muat turun android play store dan juga iOS app store, pencarian MauKerja juga membuka peluang dengan menawarkan buatan resume melalui Resume Generator dalam applikasi Maukerja sendiri. Anda hanya perlu “Drop Resume” dan ia akan dipadankan dengan ribuan kerja suai dan anda hanya perlu menunggu majikan untuk menghubungi anda sahaja.
JobStreet
Salah satu laman web pencarian kerja utama di negara ini iaitu JobStreet yang menawarkan semak imbas pekerjaan mengikut lokasi, pengkhususan, tahap jawatan dan kategori pekerjaan yang luas mengikut pengkhususan. Merupakan sebahagian kumpulan pekerjaan SEEK Group terbesar di Asia Tenggara, Jobstreet dilanggan lebih dari 90,000 pelanggan setiap hari dan carian 11 juta jawatan kerja.
Ads
GrabJobs
Carian mudah alih dengan inovasi tinggi, GrabJobs menawarkan portal carian pekerjaan paling cekap, menghubungkan ribuan pencari kerja serta majikan setiap hari. Bukan sahaja di Malaysia, malah negara seperti Singapura, Indonesia, Australia, New Zealand, Thailand, Vietnam, juga meliputi tawaran kerja.
Freelancer
Ads
Selaras dengan nama aplikasi, anda boleh menentukan pelbagai jenis pekerjaan masa yang anda mahu lakukan. Untuk memudahkan majikan mencari, anda boleh membina sautu halaman yang baik dan menentukan harga perkhidmatan bagi setiap pekerjaan yang anda tawarkan sama ada dalam tempoh satu jam atau setiap projek.
Monster
Laman web Monster Job Search ini pasti memudahkan anda yang mencari kerja kosong di Malaysia. Monster menawarkan ratusan ribu pekerjaan, bina diri dan siaran resume contoh buat anda yang tidak mempunyai asas kemahiran ia. Akses ribuan halaman maklumat kerjaya yang terkini ini juga menawarkan khidmat nasihat kerjaya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, atlet Sabah Bartholomew Marius berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 memasang impian untuk membantu ibunya membina semula rumah warisan yang ditinggalkan bapa di negeri kelahirannya itu.
Beliau berkata, mimpinya itu bakal terlaksana sekiranya menerima insentif daripada kerajaan negeri Bumi di Bawah Bayu itu bersempena kejayaannya meraih pingat emas dalam acara lontar peluru F33 (kecacatan fizikal) selepas meraih emas pada acara sama pada edisi 2022 lalu.
“Ayah sudah tiada, tapi tinggalkan rumah warisan untuk keluarga, rumah lama, jadi saya mahu tolong mak buat semula rumah itu, saya anak sulung daripada tiga orang adik beradik, jadi mesti saya mahu beri kesenangan kepada mak dan adik-adik”
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sarawak menyaksikan Bartholomew meraih pingat emas selepas melakukan lontaran sejauh 5.94m di hadapan pencabar dari Sarawak Marshall Lu Canner dengan catatan 5.25m dan pingat gangsa menjadi milik Hilman Zafri Zulkifli dari Selangor (5.08m).
Sementara itu, acara lompat jauh T11 (kecacatan fizikal) menyaksikan atlet Pulau Pinang Sulaiman Nor Azizan meraih pingat emas dengan lompatan sejauh 4.13m mengatasi atlet Kedah Mohd Fitry Abd Ghani dengan lompatan 4.05m, manakala pingat gangsa menjadi milik Jeffery Ajang dari Sarawak (3.26m).
Sulaiman menyifatkan kejayaannya hari ini merupakan tuah buatnya kerana beliau tidak sempat melakukan persiapan rapi dan hanya menjalani latihan sebanyak dua kali sebelum temasya berlangsung kerana kesibukannya bekerja sebagai tukang urut di Selangor.
Sumber artikel dan foto: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam tular di media sosial apabila pelakon Hollywood, Will Smith menampar Chris Rock di pentas Oscar gara-gara berjenaka tentang kepala botak Jada Pinkett, isteri kepada Smith.
Tahukah korang sebenarnya Jada berkepala botak kerana mengalami alopecia? Apa itu alopecia? Ia adalah kondisi di mana seseorang itu mempunyai masalah kehilangan rambut (atau bulu). Secara normalnya, rambut manusia boleh gugur sebanyak 50-100 helai sehari, tetapi sekiranya rambut gugur melebihi 100 helai sehari ada kemungkinan individu tersebut mengalami alopecia.
Menurut Public Health Malaysia, untuk wanita biasanya masalah ini disebabkan faktor diet pemakanan tidak seimbang, stres, penggunaan pemanas rambut yang kerap atau rambut gugur selepas bersalin. Manakala, untuk lelaki pula masalah ini disebabkan oleh faktor genetik, umur dan ketidakseimbangan hormon. Antara punca-punca lain adalah seperti hormon, jangkitan (kulat/bakteria), masalah imun/ekzema dan malnutrisi (kurang zat).
Adakah alopecia ni masalah yang kekal? Jika tidak kekal, apa rawatan yang ada untuk merawatnya?
Pengurusan stress: susun masa, cukupkan rehat, pengawalan emosi dan gaya hidup.
Hentikan pengambilan steroid anabolik (jika ada menggunakannya)
Pengambilan diet yang lebih seimbang dan teratur. Kurangkan makanan ringan.
Jika puncanya jangkitan kulat di kulit kepala, ubatnya antifungal. Jika bakteria, antibiotik.
Jika berpunca dari masalah autoimmune maka perlukan ubat mengawal respon imuniti.
Sekiranya korang sudah melakukan cara-cara seperti itu tetapi tiada perubahan, maka dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor tentang Minoxidil 5% (serum), Fenesteride (pil) dan lain-lain. Fenesteride biasa diberi pada pesakit lelaki sahaja. Ubat-ubat ini perlu pengambilan berterusan untuk menampakkan hasil.
Andai kata rawatan dengan ubat masih tidak mampu mendapatkan hasil yang diharapkan, maka pilihan terakhir adalah hair transplant (tanam rambut). Doktor akan mengambil rambut di kawasan yang tidak botak dan pindahkan (tanam) di kawasan yang botak. Maknanya guna rambut sendiri sahaja.
Secara kesimpulannya, masalah ini mempunyai pelbagai punca dan bukan sekadar menjejaskan penampilan fizikal. Ia boleh mengganggu emosi dan keyakinan diri individu yang mengalaminya. Jadi, topik ini sebenarnya tidak sesuai untuk dijadikan bahan jenaka, apa lagi di majlis besar yang dilakukan secara langsung.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Biskut oreo bukan hanya sedap dimakan begitu sahaja, malah ia juga digunakan sebagai bahan utama untuk membuat kek atau pun aiskrim.
Tidak dinafikan biskut ini menjadi kegemaran bukan hanya kanak-kanak, tetapi turut menjadi pilihan golongan dewasa juga.
Terdapat pelbagai resipi pemanis mulut berasaskan oreo dan kali ini kami ingin kongsikan dengan korang resipi aiskrim roll oreo yang mudah disediakan dengan hanya menggunakan empat bahan.
1. Masukkan air, kiub ais dan whipped cream ke dalam mangkuk, kemudian kacau sehingga lembut
2. Kemudian, masukkan susu pekat dan gaulkan kesemuanya
3. Pisahkan isi oreo dari biskut dan letakkan krim oreo itu ke dalam adunan. Hancurkan biskut sehingga menjadi serpihan
4. Selepas itu, masukkan separuh daripada serpihan oreo ke dalam adunan dan kemudian tuangkan campuran itu ke dalam bekas keropok Pringles yang telah dibersihkan (atau mana-mana bekas berbentuk silinder) sebelum membekukannya
5. Selepas dibekukan, keluarkan daripada bekas dan celupkan ke dalam serpihan oreo yang tinggal
6. Potong gulungan ais krim itu dan siap untuk dihidang
Persahabatan WOODZ Jennie akhirnya terbongkar selepas 10 tahun, mendedahkan kisah sebenar hubungan mereka sejak zaman sekolah yang menyentuh hati peminat.