Menangis juga merupakan respon biasa seseorang manusia apabila berhadapan dengan situasi beremosi seperti sedih, gembira, marah dan ketakutan.

6 Fakta Menarik Tentang Menangis, Rupanya Boleh Buang Toksik

Jika ramai beranggapan dengan ketawa itu individu dapat melepaskan hormon endorfin dan dikatakan seperti tiada masalah. Beza jadinya dengan orang yang dilihat berada dalam kesedihan kerana selalunya orang bersedih ini adalah orang yang bermasalah dalam hidupnya.

Tapi sebelum korang melabelkan orang menangis itu terlibat dengan masalah, ketahui 6 ini.

6 Fakta Menarik Tentang MENANGIS, Rupanya Boleh Buang Toksik!

  1. Selepas menangis : Bola mata yang kering akan kembali lembab. Mata juga akan berasa lebih lega dan bergerak dengan lebih lancar.

Sebenarnya, air mata juga mengandungi bahan anti kuman yang melindungi dari jangkitan mata. Air mata mengandungi lysozome yang dapat berfungsi sebagai “antibiotik semulajadi”

2. Selepas menangis : Air mata akan mengalir ke rongga hidung. Ruang pernafasan akan menjadi lebih lancar, degupan jantung akan kembali normal. Anda akan merasa lebih lega dan tenang.

3. Selepas menangis : Kesedihan dan kedukaan yang di alami dapat diredakan. Tangisan akan merangsang daya “parasympathetic” yang membantu seseorang individu untuk bertenang.

IKLAN

4. Selepas menangis : Anda akan berasa mudah tidur. Ada yang terlena dengan air mata yang masih bergenang. Jika anda perhatikan, selepas menangis, bayi biasanya akan tertidur.

5. Selepas menangis : Hormon oxytocin dan endorphins akan di rembeskan. Hormon ini membantu untuk melegakan kesakitan fizikal dan emosi. Hormon ini juga berfungsi untuk mewujudkan kegembiraan dan keseronokan.

6. Selepas menangis : Toksin dan bahan kimia yang menyebabkan stress akan di keluarkan menerusi air mata. Pengkaji percaya, menangis dapat mengurangkan toksin di dalam tubuh.

6 Fakta Menarik Tentang MENANGIS, Rupanya Boleh Buang Toksik!
Bila putus cinta wanita selalu bersedih dan beranggapa kenapa diri mereka, bukan orang lain. Betul tak?

Walau bagaimanapun,

Menangis merupakan antara tanda tanda kemurungan. Dapatkan rawatan sekiranya anda;

IKLAN

Menangis tanpa sebab yang jelas
Menangis terlalu kerap
Menangis mengakibatkan kehidupan harian anda terjejas
Menangis yang tidak terkawal

Kesimpulan:

Menangis adalah tindakbalas normal manusia apabila berhadapan dengan situasi yang beremosi. Apabila anda berada dalam keadaan sedih, sakit dan marah.. menangis boleh memberi sedikit kelegaan.

Namun sekiranya ia berlaku terlalu kerap, air mata tidak lagi dapat membantu anda. Dapatkan rujukan doktor untuk rawatan lanjut.

IKLAN

Jadi korang janganlah takut-takut untuk menangis ya. Kehidupan manusia memang begitu. Ada kala teruji namun dari sudut kesihatan ianya amat baik.

SUMBER :- PUBLIC HEALTH MALAYSIA

BACA LAGI10 Petanda Kamu Sebenarnya Mangsa Penderaan Emosi Dalam Hubungan Toksik

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI