Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menetapkan penjawat awam yang curang atau menjalin hubungan sulit serta memanggil rakan sekerja dengan gelaran ‘sayang’ atau ‘dear’ menjadi kesalahan gangguan seksual dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Menurut surat edaran bertarikh 7 April lalu, ucapan atau gelaran berkenaan oleh mana-mana pegawai awam vang menggangqu mangsa dikategorikan sebagai kesalahan gangguan seksual secara lisan.

Selain itu, tindakan menyentuh, memegang, raba, cium, cubit, usap, peluk, merapati serta seumpamanya pula adalah kesalahan gangguan seksual secara fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Cari Peluang Pekerjaan? Ini Antara Laman Web Popular Yang Anda Boleh Terokai

Panggil Rakan Sekerja ‘Sayang, Dear’ Dikategori Gangguan Seksual, Anda Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib

IKLAN

Manakala, menghantar gambar tidak senonoh serta mesej berbaur seks atau ‘sexting‘ menerusi platform seperti aplikasi WhatsApp dan seumpamanya dianggap melakukan gangguan seksual secara visual.

Ketika membuat aduan, mangsa perlu memaklumkan kesan akibat gangguan terbabit secara terperinci seperti menyebabkan fikiran terganggu, perasaan kurang senang, rasa terhina dan sebagainya selain memaklumkan tempat, masa dan tarikh kejadian, selain tempat bertugas ketika kesalahan itu berlaku.

Semua kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

IKLAN

Panggil Rakan Sekerja ‘Sayang, Dear’ Dikategori Gangguan Seksual, Anda Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib

Pada masa sama, surat edaran dikeluarkan Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib SPA itu turut menggariskan mereka terbabit dalam hubungan sulit sebagai kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

IKLAN

Kesalahan lain termasuklah tidak hadir bertugas, tidak ketik kad perakam waktu, mengemukakan sijil cuti sakit palsu, penyalahgunaan dadah, membuat penyataan awam di media sosial dan kesalahan perolehan.

Hukuman bagi setiap kesalahan pula akan ditentukan Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, sama ada amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Harian Metro

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI