Sekarang ni kalau korang perasan, banyak sangat sindiket peminta sedekah di negara kita. Kadang-kadang sampai rasa ragu-ragu nak menderma atau pun tidak kerana bimbang mereka hanya ‘berlakon’ menjadi orang susah.
Tambahan lagi di bazar Ramadan, golongan pengemis juga kelihatan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan cuba meraih simpati daripada para pengunjung di sana.
Susulan hal ini, polis Melaka bersama JKM dan BPT telah berjaya menumpaskan dan menangkap dalang utama sindiket pengemis warga asing ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook Polis Melaka, Difahamkan kegiatan mengemis yang dilakukan oleh warga asing itu mampu meraih wang sedekah sekitar RM400 hingga RM500 setiap hari di bazar Ramadan di Melaka.
Ads
Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira 7.30 petang itu, suspek lelaki tempatan berusia 35 tahun terbabit ditangkap bersama tiga pengemis yang berusia antara 33 hingga 46 tahun yang dibawa olehnya dari Kuantan.
Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah, serbuan berkenaan dibuat selepas pihaknya menerima aduan berkenaan aktiviti mengemis yang semakin rancak di bazar Ramadan, pasar raya dan pusat beli belah dengan sebahagiannya juga tular di media sosial.
Dalang bawa warga asing dari Kuantan ke Melakan untuk mengemis, siap tidur di hotel
Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati ketiga-tiga warga asing itu telah dibawa oleh dalang dari Kuantan ke Melaka hanya untuk mengemis.
Ads
“Dalang utama ini bertanggungjawab membawa tiga warga asing itu ke Melaka dengan menggunakan kenderaanya bagi tujuan mengemis dan menguruskan tempat tinggal mereka di sebuah hotel di Jalan Tun Perak.
“Sindiket ini turut juga memperolehi hasil kutipan harian antara RM400 sehingga RM500 dengan menyasarkan tapak-tapak bazar Ramadan,” katanya lagi.
Berkongsi lanjurt, Zainol berkata hasil soal siasat daripada suspek utama juga mendakwa dia merupakan pengusaha kantin di sebuah sekolah di Kuantan.
Jelasnya lagi, kesemua suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdangang Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, jika sabit kesalah boleh dipenjara hingga 15 tahun dan denda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Situasi pandemik COVID-19 telah mencetus idea kebanyakan individu dalam menghasilkan produk atau gaya yang berkaitan dengan virus ini.
Sebelum ini, ada yang mencipta gaya rambut koronavirus, cekodok korona, malah seorang pegawai polis di India juga turut tampil dengan idea topi keledar koronavirus bagi menakutkan kanak-kanak yang keluar rumah.
Terbaru, sebuah syarikat percetakan kain dari Indonesia, Arlie Percetakan Kain telah pun menghasilkan tote bag dengan berinspirasikan topeng muka.
Bila sebut mengenai Cameron Highlands, kita akan terbayangkan suasana nyaman yang dinikmati. Memetik buah strawberi, menikmati secawan teh di ladang teh, membeli sayuran segar, menikmati jagung dan keledek manis serta lain lain.
Walau ramai merungut cuaca sudah tidak sesejuk mana tetapi ia masih terasa segar untuk dinikmati di tanah tinggi ini. Malah pada cuti hujung minggu, tempat ini sesak dengan kunjungan orang ramai yang memilih untuk bercuti di Tanah Tinggi ini.
Untuk pergi ke Cameron Highlands, pengguna biasanya mempunyai dua jalan pilihan. Satu melalui susur Tapah atau dari Simpang Pulai. Jika tidak suka jalan bengkang-bengkong dan lebih senang menikmati laluan lebuh raya, pilihlah keluar dari Simpang Pulai sahaja.
Bagi mereka yang ingin terus bercuti ke Cameron Highlands (minta dijauhkan dari perkara ini terjadi suatu hari agar lebih berhati-hati ya).
Ini kerana satu perkongsian dari seorang pengguna fb atas nama Mohmad Radzi Hj Ismail yang berkongsi gambar ditangkapnya menggunakan drone memperlihatkan bukit tinggi di Cameron Highlands itu agak gondol khususnya bagi pengguna yang menggunakan susur Simpang Pulai. Ia ibarat bom jangka bagi pengguna laluan ini. Memang seram dan seriau.
Gambar dikongsinya memperlihatkan seolah di bukit berkenaan berlaku hakisan. Agak gondol. Jika melalui laluan dari Simpang Pulai, memang ramai pengguna yang suka berhenti di tebing berkenaan untuk menikmati pemandangan serta mengambil gambar di situ tanpa menyedari bahaya boleh berlakunya pada bila-bila masa akibat hakisan besar di tanah berkenaan.
Lebih menggerikan sekitar 6 tahun lalu bukit berkenaan sudah ditutupi rumput hijau tetapi sudah alami hakisan teruk.
Korang boleh tengok sendiri, di laluan yang sering kita ambil gambar ini sudah mulai gondol. Agak seram juga kalau musim hujan dan berlaku hakisan tanah. Kalau nak lebih selamat, ikut saja laluan Tapah ya. Sumber gambar : Mohmad Radzi Hj Ismail / Garden Fetergasi Beginner
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sadis betul bila dijatuhkan hukuman mati hanya kerana siri ‘Squid Game’. Pelik dan nak tahu kenapa?
Sumber Gambar : Netflix
Korang patut bersyukur dan beruntung, di lahirkan dalam negara yang mementingkan kebebasan dan hak kesamaan. Berbanding negara Korea Utara yang cukup terkenal dengan rejim kuku besinya, dengan menyekat segala bentuk kebebasan kepada rakyatnya.
Inilah nasib seorang lelaki Korea Utara, menurut laporan portal Radio Free Asia (RFA) Korea Utara telah menjatuhkan hukuman mati kepada seorang lelaki yang menyeludup dan menjual salinan siri ‘Squid Game’ selepas pihak berkuasa menangkap tujuh pelajar sekolah menengah menonton rancangan popular global berbahasa Korea itu.
Penyeludup itu dikatakan membawa salinan siri Netflix tersebut ke Korea Utara selepas pulang dari China dan menjual USB yang mengandungi siri ‘Squid Game’ itu. Menurut sumber RFA, hukuman mati yang dikenakan terhadap lelaki tersebut akan dilaksanakan oleh skuad tembak.
Hukuman Berat Kepada Pelajar
Tidak cukup dengan itu, menurut sumber seorang pelajar yang membeli USB tersebut menerima hukuman penjara seumur hidup, manakala enam pelajar lagi yang menonton rancangan itu telah dijatuhi hukuman kerja berat selama lima tahun dan guru serta pentadbir sekolah telah dipecat serta dibuang kerja untuk bekerja di lombong terpencil.
Penahanan tujuh pelajar itu menandakan kali pertama kerajaan menggunakan undang-undang yang baru diluluskan mengenai ‘Penghapusan Pemikiran dan Budaya Penentangan’ (Elimination of Reactionary Thought and Culture) dalam kes yang melibatkan kanak-kanak bawah umur.
Sadis betul, tapi ini bukan kali pertama berlaku di Korea Selatan. Malah, pemerintahan Kim Jong-un ini juga melarang banyak perkara, sebarang aktiviti, penjualan alat elektronik, fesyen hatta milikan harta benda sekalipun harus mendapat kebenaran kerajaan Korea Utara terlebih dahulu.
Ya, itu lah nasib yang rakyat Korea Utara…huhu
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak keduanya, Sophea Natasha, 13, yang berjaya meraih Anugerah Murid Harapan 2026.
Lebih...