Sedapnya Zizi Kirana Mengalunkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran. Warganet Suka Dengan Suaranya.

Share

Nama Zizi Kirana memang tidak asing lagi dalam industri seni tempatan. Wanita berusia 35 tahun ini merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh dan sejak dari itu dia bergiat aktif dalam industri seni tempatan dan dia antara personaliti seni yang dikenali kerana suaranya yang merdu.

Sebagai bukti, lagu popular dendangannya EH baru sahaja diumumkan berjaya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu.

Baru-baru ini warganet terpukau dengan video yang menampilkan keindahan suara Zizi tatkala mengalunkan ayat suci Al-Quran bersama qariah, Farhatul Fairuzah yang dimuat naik oleh gadis berkenaan di laman Instagramnya. Mereka berdua dipercayai terlibat dalam satu rakaman program televisyen sempena bulan Ramadan nanti.

Dalam satu hantaran di laman TikTok, Zizi mengatakan yang rakaman program TV tersebut merupakan kali pertama dia tampil dikaca televisyen untuk megalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Tahun lalu, Zizi dan UNIC ada mengeluarkan lagu berbentuk kerohanian yang diberi tajuk Purnama. Sehingga kini lagu tersebut sudah dimainkan sebanyak lebih 1.3 juta di laman YouTube.

Sumber: Instagram Farhatul Fairuzah & TikTok Zizi Kirana

IKLAN