Penahanan TikToker yang dikenali sebagai Rayyan Wong semalam oleh polis bagi membantu siasatan berhubung kandungan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor dan Perdana Menteri telah membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya remaja tersebut.
Penahanan TikToker itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain selepas menerima laporan yang dibuat pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai kandungan di TikTok yang katanya, “Bersifat jelit dan dipercayai dengan niat untuk menyakitkan hati, memperlekeh dan menghina Institusi Diraja bagi membangkitkan kebencian serta provokasi terhadap Institusi Diraja yang berpotensi menganggu-gugat keselamatan awam dan keharmonian negara”.
Polis turut merampas sebentuk telefon pintar jenis Galaxy Z Flip 5.
Persoalannya, siapakah gerangan Rayyan Wong yang baru berusia 21 tahun sehingga membuatkan dia menjadi sasaran penahanan?
Jom lihat lima fakta menarik mengenainya.
01
Rayyan Wong atau nama sebenarnya Wong Yong Heng merupakan seorang remaja berusia 21 tahun yang berasal dari Johor. Pelajar jurusan Sarjana Muda Perakaunan dan Pengurusan Kewangan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) itu berstatuskan mualaf setelah dia mengucapkan dua kalimah syahadah pada 21 Julai 2021.
Ads
02
Menurut Rayyan, minatnya untuk mendalami agama Islam bermula ketika berada di Tingkatan 4. Rayyan sengaja menyertai kelas pendidikan Islam untuk mendengar penyampaian ustaz atau ustazah sebaik sahaja kelas Pendidikan Moral selesai. Alhamdulillah, dari situ dia tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Islam dan akhirnya menerima hidayah untuk kembali ke agama fitrah iaitu Islam.
03
Pada waktu itu, pengaruh yang dimiliki oleh usahawan Muslim berbangsa Cina, Ebit Liew ketika mengislamkan masyarakat sekampung di Semporna, Sabah telah menginspirasikan Rayyan yang juga merupakan jejaka berbangsa Cina.
Ads
04
Bagaimanapun, hijrah Rayyan itu tidak berlayar tanpa dugaan. Kongsi Rayyan semasa mengikuti sesi kunjungan Politeknik Muadzam Shah, Pahang ke bangunan Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam pada tahun 2022, dia pernah menjadi mangsa keganasan domestik apabila ahli keluarga mengetahui dia bersolat secara senyap-senyap di dalam bilik.
“Saya dianggap pengkianat kepada tradisi dan agama keluarga. Akibat trauma, saya terpaksa meminta bantuan empat kali daripada pihak kaunseling universiti,” katanya dalam sesi anjuran Yayasan Warisam Ummah Ikhlas (WUIF) itu.
05
Rayyan enggan menoleh kebelakang dan terus mendalami agama dengan bergerak aktif sebagai sukarelawan agama. Keluarganya kini juga semakin bersikap terbuka dan menerima keputusan Rayyan untuk kembali ke agama Islam.
Ads
Selain cuba meluangkan masa ke merata masjid untuk waktu solat wajib, solat Jumaat, kuliah Maghrib serta mengikut kelas agama, pelajar ini juga aktif sebagai seorang TikToker yang berkongsi pandangannya mengenai kandungan berita tular tempatan.
Mungkin di situlah Rayyan terpalit dengan kontroversi yang mengheretnya kepada penahanan polis.
Rayyan mengakui kekhilafannya yang menyatakan pandangan mengenai sebuah restoran di Johor Bahru yang dikunjungi oeh Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor dan Perdana Menteri baru-baru ini. Rayyan kemudian bertindak memadamkan video tersebut setelah ia mencecah 2 juta tontonan. Rayyan turut melakukan permohonan maaf serta mengundur diri daripada platform media sosial buat beberapa minggu sebgaai tempoh refleksi diri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Paruppu Vadai merupakan sejenis kudapan ringan yang berasal dari India selatan.
Kuih vadai ini bukan sahaja dinikmati oleh kaum India malah turut popular di kalangan berbilang kaum di Malaysia. Rasa lemak kacang dhal dengan aroma rempah ratus dan daun kari memang mampu membuka selera seisi sesiapa sahaja.
Malah, kudapan sihat namun penuh berkhasiat ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Sempena cuti umum Deepavali, jom kita try kudapan tradisi masyarakat India ini.
Bahan-Bahan:
4 cawan kacang dhal – rendam semalaman atau minimum 4 jam
4 biji bawang besar – dicincang halus
2 biji cili merah (dicincang halus
2 biji cili hijau – dicincang halus
3 tangkai cili kering – dicincang halus
1 sudu besar jintan manis – ditumbuk kasar
2 tangkai daun sup dan daun bawang – dicincang halus
1 tangkai daun kari – dicincang halus
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk perasa’
Cara Membuat:
1. Kisar 3 setengah cawan kacang dhal dengan telur dan 1 senduk kecil air.
2. Kemudian,campurkan baki setengah cawan kacang dhal didalam kacang dhal yang telah dikisar tadi.
3. Setelah itu, masukkan bahan-bahan seperti bawang merah, cili merah,cili hijau,cili kering, daun sup dan daun kari, kacau sebati.
4.Masukkan pula jintan manis, tepung gandum, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Panaskan kuali dengan api perlahan dan kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas pemain kebangsaan Perancis yang pernah mewakili negaranya di Piala Dunia 1998, David Trezeguet turut mengharapkan agar Lionel Messi mengetuai pasukan Argentina menjuarai Piala Dunia 2022.
Dalam perlawanan akhir yang baru sahaja tamat sebentar tadi dengan kemenangan berpihak kepada Argentina 3-3 (jaringan penalti 4-2) menentang Perancis, jelas sentimen penyokong di seluruh dunia mengharapkan kemenangan berpihak kepada Argentina amat dirasai; termasuklah bagi Trezeguet sendiri.
David Trezeguet di Piala Dunia 1998.
Akuinya, beliau ingin melihat Lionel Messi menjulang trofi Piala Dunia 2022 di penghujung kerjaya profesionalnya sebagai pemain bola sepak kebangsaan Argentina.
“Saya orang Perancis, tetapi saya ingin Messi mengangkat trofi Piala Dunia kerana dia layak mendapatkannya sepanjang kerjayanya. Kita akan melihatnya, tapi pada hari ini (apa yang kita boleh lihat pada Messi dan pasukan Argentina) adalah sikap seorang pemimpin dan semangat pasukan yang mempunyai karakter,” katanya kepada Fox Sport.
Trezeguet yang berdarah Argentina dan membesar di Buenos aIRES tetapi merupakan warganegara Perancis mengakui hatinya ‘terbelah’ untuk menyatakan sokongan kepada salah satu pasukan, malam ini.
Trezeguet bersama Messi.
“Sukar untuk saya secara peribadi, secara emosi. Ia sesuatu yang saya tidak mahu (menyokong mana-mana pasukan) namun (perlawanan akhir ini) akan menjadi parti dan final terhebat. Ia adalah sesuatu yang kita semua harapkan kerana karakter, sejarah.. kedua-duanya adalah pasukan terbaik di Piala Dunia,” ulasnya lagi.
Tambah Trezeguet, Lionel Messi umpama insan yang membuatkan penyokong bola sepak bermimpi bahawa tiada apa yang mustahil di padang.
Sokongan Trezeguet terhadap Messi ini juga hadir daripada realiti kerjayanya menghampiri penghujung sedangkan pemain Perancis yang semakin meningkat naik, Kylian Mbappe mempunyai masa depan yang terbentang luas disebabkan usia mudanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat sukan bola sepak, pasti ramai yang mengenali allahyarham Datuk Mohammad Mokhtar Dahari yang pernah mencipta nama suatu ketika dahulu di permainan bola sepak terutama sekali untuk F.A Selangor.
Pada 29 Jun yang lalu, menerusi sebuah ciapan di Twitter FIFA (Fédération Internationale de Football Association), mereka telah menyenaraikan jaringan gol terbanyak yang pernah diskorkan oleh semua pemain bola sepak dari seluruh negara.
Foto: FIFA Twitter
Terdapat seramai 12 orang pemain bola sepak yang tersenarai dan diiktiraf sebagai pemain yang paling banyak menjaringkan gol. Kesemua pemain yang tersenarai ini datang daripada pelbagai negara.
Seperti yang kita dapat lihat, Ali Daei mengungguli tempat pertama dengan jaringan gol sebanyak 109, dan begitu juga Cristiano, dan di tempat ketiga, sudah semestinya diungguli oleh pemain legendary negara Malaysia, iaitu Mokhtar Dahari!
Foto: Astro Awani
Datuk Mokhtar Dahari pernah digelar sebagai ‘Supermokh’ suatu ketika dahulu, dan ketika zaman kegemilangannya, beliau merupakan pemain buat kelab Selangor dari tahun 1972 hingga 1987. Beliau juga pernah mewakili negara dari 1972 hingga 1985.
Mokhtar juga pernah menyertai 142 pertandingan antarabangsa dan membuat jaringan sebanyak 89 gol. Hasil daripada pencapaiannya ini, Malaysia berada di kedudukan yang ke-61 di dunia pada ketika itu.
Foto: Axcello.Net
Walaubagaimanapun, Datuk Mokhtar Dahari telah disahkan meninggal dunia pada Julai 1991, namun begitu, setelah 19 tahun pemergiannya, punca kematiannya tidak pernah diberitahu sehinggalah rancangan National Geographic menyiarkan dokumentari tentangnya dan menceritakan yang punca kematiannya adalah disebabkan MND (motor neurone disease)
MND merupakan sejenis penyakit yang merosakkan saraf dan otak manusia dan membuatkan seseorang itu lemah pada jangka masa yang panjang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!