Kontroversi melanda syarikat pakaian sukan dan lifestyle terkenal, Nike apabila Naib Presiden syarikat tersebut dilaporkan telah meletakkan jawatan.
Untuk pengetahuan, Ann Hebert telah bersama-sama dengan Nike selama lebih 25 tahun. Selain menyandang jawatan Naib Presiden, beliau juga merupakan pengurus besar Nike bagi kawasan Amerika Utara.
Jadi mengapa pula individu sepenting Ann ingin meletak jawatan secara tiba-tiba?
Semuanya gara-gara anak lelakinya yang berusia 19 tahun, Joe Hebert yang mengendalikan sebuah perniagaan jenis reselling bernama West Coast Streetwear.
Ads
Aktivitinya sebagai reseller bagi mengaut keuntungan itu telahpun dibongkarkan oleh laporan Bloomberg Businessweek.
Ramai sneakerheads dan fesyenista yang menunjukkan rasa tidak puas hati dengan berita ini memandangkan Joe dengan mudahnya mendapat keuntungan berganda-ganda hasil perniagaannya itu. Tiada salahnya dengan industri reselling ini sebenarnya.
Malah ramai saja sneakerheads yang melakukannya secara atas talian.
Yang menjadi masalahnya adalah bagaimana mudahnya Joe membeli stok sneakers jenama Nike yang banyak menggunakan kad kredit American Express ibunya.
Joe sendiri mengaku dia telah membelanjakan kira-kira RM400,000. Malah, syarikat Joe itu juga dikatakan selalu berjaya mendapatkan sneakers pada harga diskaun daripada stor seperti Foot Locker untuk menjualnya semula.
Ads
Aktiviti Joe ini dilihat sebagai satu taktik kotor dan tidak adil dalam industri reselling ini.
Penulis sendiri tidak berpuas hati melihat anak orang dalam Nike dapat membeli sneakers terutamanya daripada koleksi edisi terhad dengan mudah sedangkan ramai lagi peminat sneakers sejati di luar sana kempunan untuk membelinya.
Biapun Joe menidakkan sebarang pembabitan ibunya, Ann dalam kegiatan ini, Nike pantas mengeluarkan kenyataan dan berkata syarikat tersebut tidak sesekali membenarkan pekerja untuk bersubahat dalam apa-apa jenis aktiviti reselling.
“Tindakan membeli kasut pada harga pasaran dan menjual pada harga yang lebih tinggi adalah sesuatu yang tidak adil kepada pengumpul lain.”
Nike juga berkata bahawa kekesongan posisi yang ditinggalkan oleh Ann itu akan diisi tidak lama lagi.
Aina Abdul dan rumah fesyen Behati, apa agaknya satu titik persamaan antara dua nama kreatif ini?
Ia tidak lain tidak bukan adalah keberaniaan mereka untuk menepis idea fesyen kolot dan mencuba sesuatu yang baru apabila ada platform, masa dan acara bersesuaian.
Tular di media sosial tempatan sepanjang dua hari ini apabila warganet sibuk memperkatakan mengenai busana serba hitam Aina Abdul di karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH-34) yang diinspirasikan daripada bunga Mawar.
Terus terang, tidak semua pemerhati dapat ‘menghadam’ dan menerima idea ciptaan Behati itu. Lantas, REMAJA ingin mendapatkan sendiri respon daripada pereka fesyennya, Kel Wen mengenai idea sebenar di sebalik busana tersebut, bagaimana proses penghasilannya dan juga reaksi Kel Wen apabila warganet terus-menerus mengkritik idea fesyen baharu yang cuba untuk disampaikan Behati selama ini.
Penghasilan Busana Mawar Hitam
“Proses menghasilkan idea busana ini sebenarnya bermula sejak dua bulan lalu. Ia menjadi lebih mudah memandangkan Aina sudah serba tahu apa yang diinginkannya. Dia ingin ‘all out’ untuk acara Anugerah Bintang Popular BH pada tahun ini.
“Apa yang saya suka mengenai kolaboratif bersama pasukan Aina adalah mereka terbuka untuk menerima idea ‘daring’ yang belum pernah dicuba oleh selebriti Malaysia. And we understood the assignment. Saya dan penata gaya, Abu Shaef Hamza (Abu) gembira apabila Aina membuka jalan dan memberi ruang bagi memperagakan fesyen in a new light di Malaysia.
“Biarpun Aina sudah tahu dirinya inginkan busana avant garde ilham bunga mawar, namun kami tetap mengembangkan lagi idea asal tersebut. Kira-kira 20 helaian lakaran idea telah kami sediakan untuk Aina. Akhirnya, rekaan mawar di bahagian kepala yang dipilihnya kerana ia berkait rapat dengan maksud di sebalik pelancaran single akan datangnya.
“Secara peribadi, saya rasakan kami boleh saja menyiapkan busana ini lebih awal. Cuma kekangan waktu dek persiapan koleksi Ready To Wear untuk pertunjukan fesyen Kuala Lumpur Fashion Week baru-baru ini membuatkannya sedikit tergendala. Apapun, dalam tempoh dua hari saja, persiapan busana Aina ini berjalan dengan lancar,” ujar Kel Wen ketika dihubungi REMAJA.
Menariknya, busana Aina ini sebenarnya adalah salah satu rekaan asal yang disediakan Behati khas untuk klip video single Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Kuasa Cintamu; di mana idea asal busana merah yang disarungkan Siti adalah berbentuk bunga Mawar.
Namun, Kel Wen dan Abu mendapati rekaan tersebut tidak bersesuaian dengan imej dan apa yang ingin disampaikan oleh Siti. Idea tersebut ‘diperam’ saja hinggalah mereka memperolehi projek bersama Aina Abdul ini. Segalanya okay, cuma Aina meminta agar rona merah asal ditukar ke hitam kedam.
“Aina berkongsi makna di sebalik bunga mawar itu dan simboliknya kepada single seterusnya. Bagi kami di Behati pula, busana mawar ini umpama ‘pintu’ kepada cabang ‘Behati Kutior’ yang baru saja kami lancarkan sempena KLFW 2021. Ia merupakan cabang baharu untuk pelanggan yang inginkan rekaan eksklusif untuk diri mereka.
“Busana ini juga pada masa yang sama adalah satu bentuk penghargaan Behati buat pakar rekaan couture, Cristobal Balenciaga.
“Dahulunya, beliau pernah muncul dengan rekaan seakan ini dan sejak itu, tiada rumah fesyen yang pernah melakukannya. Biarpun pernah dicuba oleh jenama seperti Valentino, namun tidak secara total hingga menampakkan bentuk bunga mawar. Demi mencabar skil kami, kami pun cuba melakukan draping berupa kelopak bunga untuk Aina.
“Bahagian kelopak di atas dihasilkan daripada fabrik sutera Taffeta dari India sepanjang 10 meter demi mendapatkan ‘volume’. Jadi anda boleh bayangkan betapa sukarnya untuk menstrukturkan mawar tersebut menggunakan ‘net & boning’ ringan pada bahagian dalam sebelum ia berjaya juga direalisasikan,” ulas pereka ini lagi.
Tidak Semua Boleh Terima, Tapi..
Sebut saja nama Kel Wen, pencinta fesyen tanah air terus dapat membayangkan betapa beraninya rekaan yang pernah dihasilkannya di bawah label Behati. Siapa boleh lupakan koleksi baju Melayu ‘oversized’ yang pernah mencipta fenomena dua tahun lalu?
Sesungguhnya, Kel Wen dan pasukan Behati tidak gentar untuk meruntuhkan tembok skeptisme mengenai fesyen dan ingin mendasari lagi sejauh mana penerimaan fesyendi Malaysia.
“Ada yang memahami fesyen dan ada yang tidak. Fesyen bagi saya adalah satu bentuk budaya dan ia juga adalah satu bentuk pembelajaran. Fesyen mempamerkan karakter seseorang di mana pakaian adalah bayangan diri seseorang.
“Majoriti masyarakat mengikut sistem dengan pemilihan pakaian mereka. Paling-paling pun, mereka akan memilih baju T dan seluar denim kerana ia adalah pemakaian ‘normal’ buat mereka. Malangnya, mereka jugalah golongan yang selalu menghentam individu yang ingin mencuba sesuatu yang baharu dari aspek fesyen.
“Hingga sekarang pun (busana Aina di ABPBH-34), masih ada yang tidak boleh menerima pembaharuan. Namun, sekiranya pereka fesyen seperti kami meneruskan usaha untuk memperkenalkan idea baharu di mata masyarakat, tidak mustahil perlahan-lahan mereka akan memahami nilai kreativiti dalam berpakaian.”
“Industri seni Malaysia ini kecil saja. Malah ia selalu dipinggirkan. Jadi dengan usaha kecil daripada pereka fesyen, ia adalah cara kami untuk menginspirasikan masyarakat di luar sana untuk tidak takut mendakap identiti mereka melalui cara berfesyen,” jelasnya.
Berkongsi mengenai perancangan Kel Wen dan Behati yang akan datang, dia mengakui mereka masih akan meneruskan projek kolaboratif bersama Aina Abdul untuk acara persembahannya kelak. Apa yang pasti, Behati akan sentiasa tampil dengan idea berbeza dan ‘mencabar’ minda sang pemerhati seperti yang berjaya mereka lakukan di karpet merah ABPBH-34.
Namun itulah hasil daripada kajian yang dilakukan oleh Cardiff University terhadap 1,000 orang remaja berusia 14 dan 15 tahun.
Pengkaji berpandukan kepada respon dan tingkah laku remaja kepada 30 arahan yang datang dari seorang wanita dalam nada suara berbeza.
Antara arahan tersebut adalah seperti, “Dah tiba masa untuk ke sekolah”, “kamu akan baca buku ini pada malam ini” dan “kamu boleh siapkan tugasan homework ini.”
Remaja tersebut kemudian ditanya bagaimanakah respon dan perasaan mereka jika 30 soalan tadi ditanya oleh ibu sendiri. And guess what, majoriti merasa mereka akan ‘mengikut cakap’ jika arahan diberikan dalam nada lemah-lembut dan supportive.
Menurut salah seorang wakil dari Cardiff University iaitu Dr Netta Weinstein, “Ibu bapa mudah untuk meninggi suara dan memarahi anak ketika stres, penat atau dibebani oleh tempat kerja.
“Remaja pula mudah berusaha melakukan sesuatu jika ibu bapa bercakap dalam nada supportive, dan bukannya nada tertekan. Ia jelas menunjukkan yang communication is everything.”
Hhm, penulis rasakan respon kita terhadap ibu bapa juga bergantung kepada banyak faktor selain hanya nada suara. Ia juga bergantung pada permintaan ibu bapa itu sendiri dan emosi kedua-dua belah pihak.
Apa pendapat korang?
Kalau semua ibu bapa di Malaysia bercakap dengan lemah-lembut, ‘jalan’ ke semua kerja? Maksud kami, tengok sajalah babak antara Nina Juren, Mira Filzah dan Yuna Rahim dalam drama ‘Sweet Dreams’ di bawah. Hehe..
Dunia fesyen hari ini dikejutkan dengan pemergian seorang ikon dalam bidang peragaan. Stella yang baru sahaja menyambut hari jadi ke-50 lima hari lalu telah diumumkan meninggal dunia oleh ahli keluarganya dan polis menyifatkan kematiannya sebagai kematian mengejut yang tiada motif buruk disebaliknya.
Dalam satu kenyataan oleh keluarganya, “Dengan sangat bersedih hati kami mengumumkan kematian Stella Tennant pada 22 Disember 2020.” Meminta khalayak rami menghormati privasi mereka, aturan untuk majlis peringatan akan diumumkan kelak.
Naomi Campbell Memperingati Stella Dalam Satu Hantaran Di Instagram.
Peragawati ini menjadi seorang bintang fesyen apabila gambarnya diambil untuk halaman British Vogue pada tahun 1993 ketika berusia 22 tahun. Sejak dari kemuncualnnya itu, dia bekerja dengan ramai pereka fesyen dan jenama terkenal seperti Alexander McQueen, Calvin Klein, Jean Paul Gaultier dan Burberry.
Ibu kepada empat cahaya mat aini terkenal dek penampilan androgynous dan juga berketurunan keluarga aristocrat. Dia merupakan cucu kepada Andrew Devonshire yang mrupakan Duke of Devonshir ke-11. Sebelum menceburi dunia peragaan, di belajar di Sekolah Seni Winchester dan sempat meneruskan kerjaya dalam pembuatan patung dan arca.
Pada tahun 1998, dia mengumumkan untuk bersara dari dunia peragaan apabila mengandungkan anda pertama namun kemudian selepas melahirkan anaknya yang ketiga pada 2002, dia meneruskan kembali minatnya dalam kerjaya ini kerana sudah menjadi sebahagian dari dirinya.