Macam susah nak percaya.
Namun itulah hasil daripada kajian yang dilakukan oleh Cardiff University terhadap 1,000 orang remaja berusia 14 dan 15 tahun.
Pengkaji berpandukan kepada respon dan tingkah laku remaja kepada 30 arahan yang datang dari seorang wanita dalam nada suara berbeza.
Antara arahan tersebut adalah seperti, “Dah tiba masa untuk ke sekolah”, “kamu akan baca buku ini pada malam ini” dan “kamu boleh siapkan tugasan homework ini.”
Remaja tersebut kemudian ditanya bagaimanakah respon dan perasaan mereka jika 30 soalan tadi ditanya oleh ibu sendiri. And guess what, majoriti merasa mereka akan ‘mengikut cakap’ jika arahan diberikan dalam nada lemah-lembut dan supportive.
Menurut salah seorang wakil dari Cardiff University iaitu Dr Netta Weinstein, “Ibu bapa mudah untuk meninggi suara dan memarahi anak ketika stres, penat atau dibebani oleh tempat kerja.
“Remaja pula mudah berusaha melakukan sesuatu jika ibu bapa bercakap dalam nada supportive, dan bukannya nada tertekan. Ia jelas menunjukkan yang communication is everything.”
Sumber: The Sun UK
*
Hhm, penulis rasakan respon kita terhadap ibu bapa juga bergantung kepada banyak faktor selain hanya nada suara. Ia juga bergantung pada permintaan ibu bapa itu sendiri dan emosi kedua-dua belah pihak.
Apa pendapat korang?
Kalau semua ibu bapa di Malaysia bercakap dengan lemah-lembut, ‘jalan’ ke semua kerja? Maksud kami, tengok sajalah babak antara Nina Juren, Mira Filzah dan Yuna Rahim dalam drama ‘Sweet Dreams’ di bawah. Hehe..
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
7 Inspirasi Trend Warna Rambut 2023, Rose Gold Hingga Warna Violet
Jika sepanjang 2022, warna rambut kemerahan menjadi trend, memasuki 2023 ini nampaknya warna ‘tembaga’ akan menjadi inspirasi untuk warna rambut tahun ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Trend Rambut Holographic Ala ‘Unicorn’, Ada Berani Nak Try?
Inspirasi warna rambut ini diambil daripada beberapa selebriti seperti Kendall Jenner, Gigi Hadid, Tessa Thompson, Florence Pugh, hingga Sydney Sweeney. Selain itu, coklat keemasan juga akan memberikan inspirasi warna rambut untuk tahun 2023.
Shvonne Perkins, pakar warna di Madison Reed, dan Jamie Mazzei, pengarah kreatif untuk NuBest Salon and Spa, memberikan beberapa ramalan tentang trend warna rambut tahun ini yang boleh menjadi pilihan.
1. Pastel Rose Gold
Pastel rose gold akan menjadi trend warna rambut pada tahun 2023. Ini adalah campuran tembaga dengan berambut perang dan emas. Trend warna rambut ini kembali kepada kami dengan inspirasi dari tahun 90-an dan awal 2000-an.
“Saya masih ingat kali pertama melihat ini pada gelombang fesyen Harajuku Jepun lewat 90-an. Ia kelihatan lebih sejuk daripada neon, lebih meriah,” kata Perkins.
2. Ombre Halus
Satu lagi inspirasi warna rambut yang dilihat pada tahun 2023 ialah ombre halus. Teknik adunan ini menampilkan warna yang lebih pejal di atas dengan rona lain yang kelihatan licin secara semula jadi dari tengah hingga hujung.
“Ia mengikut trend kerana ia melengkapkan gaya potongan rambut yang kami lihat sedikit lebih tajam, bertekstur dan berlapis. Warna ini memberikan rupa semula jadi yang menyerlahkan tekstur rambut anda,” kata Perkins.
3. Violet
Menurut Perkins, 2023 akan dikuasai oleh rambut coklat yang lebih gelap dan sejuk. Warna ungu keperangan dengan warna terung dan cola juga menjadi pilihan.
“Warna rambut ini merupakan perubahan yang hebat untuk rambut perang untuk menambah dimensi dan kedalaman tanpa perlu menambah kepingan berwarna lebih terang,” katanya.
4. Radiant Red
Merah berseri akan menjadi warna rambut trending pada tahun 2023. Inspirasi warna rambut tahun ini sememangnya lebih merah keemasan dan warna strawberi yang kaya dengan sorotan berambut perang untuk mengekalkan ton yang cerah.
5. Barbiecore Pink
Barbiecore merah jambu merupakan trend besar sepanjang tahun 2022. Mazzei kemudiannya meramalkan bahawa rambut merah jambu cerah juga akan mempunyai momen yang besar pada tahun 2023.
“Terdapat banyak warna merah jambu yang berbeza untuk dipilih, sama ada anda mahukan warna yang terang atau warna yang lebih pastel,” jelas Mazzei.
6. Illuminated Brunette
Inspirasi warna rambut kali ini datang daripada Hailey Bieber, yang menampilkan warna asas coklat dengan sorotan penuh supaya ia kelihatan dinamik dari semua sudut.
“Ini membolehkan rambut berada dalam keadaan yang lebih baik kerana ia memerlukan kurang penyelenggaraan. Inilah yang pelanggan mahukan hari ini,” kata Mazzei.
7. Espresso Brown
Menurut Sunnie Brook, penggaya rambut selebriti dan pakar kecantikan, coklat akan mendominasi pada tahun 2023. Sudah tentu ia boleh menjadi inspirasi untuk warna rambut yang bergaya dan kontemporari.
“Ini adalah warna rambut berkilat yang memantulkan cahaya,” kata Sunnie.
Jadi, inspirasi warna rambut untuk 2023 yang manakah sepadan dengan personaliti korang? Manalah tahu, diri terasa lebih bebas dengan gaya sebegini.Kalau pun korang bertudung, jangan malu untuk mencubanya. Biarlah anda bergaya di rumah, tak salah untuk tampil berani.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Perang Warna! 8 Fesyen Paling ‘Win’ Di Golden Globes 2021
Akhirnya, musim anugerah kembali semula untuk tahun 2021 apabila anugerah Golden Globes dilangsungkan pada 1 Mac.
ARTIKEL BERKAITAN : Sedihnya Bila Mendiang ‘Black Panther’ Terima Pelakon Terbaik Golden Globe – REMAJA
Selain daripada momen-momen menarik yang berlaku secara virtual pada tahun ini, para selebriti tidak mengecewakan dalam bab berfesyen apabila banyak busana berwarna menarik yang ditampilkan
.
Cynthia Erivo
Tak semua orang confident untuk menyarungkan busana hijau Valentino Haute Couture terang dengan potongan solid ini seperti Cynthia.
Pelakon dan penyanyi Harriet itu memilih rekaan yang baru saja dipertunjukkan di pentas peragaan Valentino di Paris baru-baru ini.
Apa yang menarik tentangnya adalah inspirasi dunia sukan pada jenis fabrik skuba dan piping yang mengingatkan penulis kepada bentuk garisan gelanggang sukan. Segalanya begitu sharp dan refreshing.
Sarah Hyland
What a new look!
Sarah yang baru-baru mewarnakan rambutnya merah keperangan tidak gentar untuk menyarungkan busana merah terang untuk dipadankan dengan rambutnya itu. Rekaan Monique Lhuillier ini menampilkan sisi Sarah yang lebih matang dengan potongan off-the-shoulder.
Lana Condor
Kami seakan dapat melihat refleksi karakternya, Lara Jean daripada filem To All The Boys dalam satu lagi persalinan Monique Lhuillier pada hari ini.
Kami gemarkan betapa fresh paten yang disulam pada busana ini. Dan ia kelihatan cukup sepadan dengan ilustrasi bulan dan bintang pada kukunya!
Anya Taylor-Joy
Beth Harmon did not come to play.
Pelakon The Queen’s Gambit ini kelihatan cukup chic dalam persalinan Dior Haute Couture dan perhiasan aksesori berlian Tiffany bernilai USD 1 juta. Whoa!
Anya seakan melakukan tribute kepada karakternya, Beth dengan memilih potongan gaun klasik dari era 1960-an, siap dengan dengan kimono dan tali pinggang berwarna hijau zamrud.
One of our faves, for sure!
Awkwafina
Gelaran ratu warna tentunya diberikan kepada pelakon Amerika-Korea ini apabila dia tampil dalam busana sekuin berjalur daripada Gucci sebagai penyampai anugerah.
Gaya tersebut juga memberikan penulis vibe glamor 70-an. Lebih-lebih lagi apabila ia dipadankan dengan aksesori Harry Winston.
Celeste
Yass! Kami gemari selebriti yang tidak gentar untuk mengambil risiko dalam pemilihan busana mereka dan jenama apa lagi yang bijak bermain dengan risiko selain Gucci.
Penyanyi, Celeste Waite memilih gaun berfabrik baldu dan sekali lagi, sekuin ditampilkan seperti dalam persalinan Awkwafina. Dia membuat keputusan yang tepat dengan memilih aksesori sarung tangan satin hijau.
Elle Fanning
Sekali lagi, biru ais/hijau pudina menjadi pilihan Elle Fanning. Ia mungkin menjadi ‘warna selamat’ buat pelakon ini. Namun jika warna tersebut memang ‘kena’ dengan dirinya, why not dia memilihnya, bukan?
Kali ini, Elle memilih rekaan satin Gucci yang sedikit berlainan daripada potongan gaun yang pernah digayakannya sebelum ini. Macam Elsa daripada filem Frozen pun ada juga! Hehe..
Dan Levy
Sebagai satu-satunya lelaki dalam senarai ini, Dan Levy tidak mengecewakan kami. Guys, inilah caranya untuk korang memakai warna terang seperti chartreuse.
Suit Valentino rekaan Pier Paolo ini merupakan sentuhan terbaik untuk lelaki apabila ia menggabungkan mateial berbeza. Malah, potongannya juga lebih kasual untuk dipadankan dengan sneakers berkilau.
‘Hilang’ Mahkota Gara-Gara Bermulut Jahat? Insiden Rakaman Jadi Pengajaran Buat Ratu Cantik Ini
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa…
Tindakan Fernanda Pavisic memuat naik sebuah rakaman video di InstaStory sambil memberi komen kurang enak terhadap peserta-peserta Miss Universe 2022 telah memberikan kesan buruk kepada dirinya apabila kemenangannya telah ditarik balik dan dia hilang hak untuk mewakili Bolivia ke pertandingan Miss Universe 2022 yang bakal diadakan di Amerika Syarikat pada Januari tahun hadapan.
Dalam video tersebut dapat dilihat Fernanda bersama temannya sedang menatal halaman Organisasi Miss Universe yang menampilkan headshot wakil dari seluruh dunia. Pastinya setiap peserta menghantar ganbar terbaik mereka agar menarik perhatian.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Ada Calon Yang Baik,” – Elaine Daly Berkongsi Kisah Tentang Hatta Dolmat, Lesley Cheam Dan Kerjaya
Namun tindakan Fernanda yang kurang menyenangkan itu seolah-oleh menjatuhkan wakil negara lain yang juga bertentangan dengan konsep women empowerment yang dilaungkan oleh organisasi tersebut. Antara komen yang diberikan adalah dia menyatakan yang perserta dari Ecuador, Aruba dan Curaco hanyalah sekadar datang untuk mememeriahkan pertandingan.
Dia juga menggelar perwakilan dari Venezuela dan Peru sebagai individu yang menyerupai golongan transgender. Perkara itu menjadi satu penghinaan kerana pemilik Organisasi Miss Universe yang baharu, Anne Jakrajutatip merupakan seorang wanita transgender.
Selain itu dia turut memberi gelaran kepada wakil dari Argentina sebagai Miss Potoni, kata-kata yang seolah-olah menghina wanita dari kota Potoni yang terletak di Bolivia Selatan. Lebih menyedihkan, dia turut menggelar wakil Paraguay, Brazil dan El Salvador sebagai perempuan tua.
Sejurus video tersebut menjadi tular, Promociones Gloria yang merupakan organisasi pemegang lesen Miss Universe Bolivia telah mengumumkan tentang penarikan semula mahkota yang dimiliki oleh Fernanda Pavisic. Kini mereka telah mengumumkan pemenang tempat kedua Miss Universe Bolivia 2022, Maria Camila Sanabria Pereyra bakal menggantikan Fernanda dan bergelar Miss Universe Bolivia yang baharu. Sebelum ini dia pernah mewakili Bolivia di pertandingan Miss Grand International 2022.
Tidak dapat menerima penarikan semula gelarannya, Fernanda telah memberi kenyataan bahawa video yang dimuat naik di InstaStorynya merupakan satu eksperimen sosial. Namun alasan yang diberikan itu langsung tidak masuk akal dan membuatkan warganet mengecam tindakan dan alasannya itu.
Begitulah kehidupan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Semoga insiden ini menjadi pengajaran bukan sahaja kepada Fernanda malahan kepada semua ratu cantik yang lain agar tidak melakukan perkara yang boleh mengundang persepsi negative apatah lagi komen yang dibuat menjatuhkan maruah wanita lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: YouTube Rina Hendricks, Philstar