Siapa sangka, aksi spontan adik Noman ketika menghadiri acara perlumbaan Formula 1 (F1) sebelum ini bukan sahaja berjaya mencuit hati warga maya, malah turut menarik perhatian jenama air mineral terkenal, Spritzer!

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Noman itu sebelum ini menjadi bualan ramai selepas gelagatnya melakukan aksi ‘T-pose’ yang sinonim dengan pelumba F1, George Russell, tular di media sosial.

Aksi comel dan bersahaja itu pantas mencuri perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila Noman tampil lengkap mengenakan sut perlumbaan sambil memegang sebotol air mineral Spritzer.

Lebih manis, siapa sangka momen tersebut turut membawa rezeki buat Noman apabila Spritzer tampil memberikan hadiah istimewa sebagai tanda sokongan terhadap minatnya dalam dunia sukan permotoran.

Ibu Luah Rasa Syukur, Hargai Pemberian Spritzer

Rezeki Adik Noman! Aksi ‘T-Pose’ Di F1 Tarik Perhatian Spritzer, Terima Hadiah Istimewa

Perkembangan menggembirakan itu dikongsikan sendiri oleh ibu Noman yang dikenali sebagai @elie_rahim menerusi platform Threads baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, dia meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan Spritzer yang sudi memberikan hadiah kepada anaknya.

“Masya-Allah, Alhamdulillah. Setinggi-tinggi penghargaan atas hadiah yang cukup bermakna buat Noman!

Ads

“Kami benar-benar menghargai kebaikan, dorongan dan sokongan yang diberikan sepanjang perjalanan Noman.

“Kemurahan hati anda amat bermakna buat kami. Terima kasih, Spritzer, kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan istimewa ini!” tulisnya.

Pemberian daripada jenama air mineral terkenal itu pastinya menjadi satu kenangan bermakna buat Noman dan keluarganya, apatah lagi apabila minat kanak-kanak tersebut terhadap dunia perlumbaan turut mendapat perhatian.

Warga Maya Tumpang Gembira, Doakan Kejayaan Noman

Rezeki Adik Noman! Aksi ‘T-Pose’ Di F1 Tarik Perhatian Spritzer, Terima Hadiah Istimewa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut tumpang gembira melihat rezeki yang diterima Noman, selain menitipkan kata-kata semangat dan doa buat pelumba cilik itu.

Ads

Tidak kurang juga yang mendoakan agar Noman terus berjaya dalam bidang sukan permotoran yang diminatinya, sekali gus berharap dapat melihat kanak-kanak berbakat itu mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa suatu hari nanti.

Bukan Sekadar Peminat F1, Noman Juga Aktif Dalam Go-Kart

Terdahulu, Noman yang baru berusia enam tahun mencuri perhatian selepas aksinya meniru gaya ikonik pelumba Mercedes, George Russell, ketika menghadiri acara perlumbaan F1 menjadi tular di media sosial.

Menariknya, Noman bukan sekadar peminat sukan permotoran, sebaliknya sudah mula menunjukkan minat dalam bidang tersebut menerusi penglibatannya dalam sukan go-kart sejak usia muda.

Perkara itu pernah dijelaskan sendiri oleh ibunya menerusi ruangan komen di Threads selepas ramai yang tertarik melihat Noman mengenakan sut perlumbaan.

“Anak saya. And memang dia main go kart, itu suit gokart dia,” jelasnya.

Ads

Penglibatan dalam sukan go-kart pada usia muda menunjukkan bahawa minat Noman terhadap dunia perlumbaan bukan sekadar melihat aksi pelumba profesional di litar, malah turut melibatkan pengalaman sendiri dalam sukan berkenaan.

Rezeki Adik Noman! Aksi ‘T-Pose’ Di F1 Tarik Perhatian Spritzer, Terima Hadiah Istimewa

Semoga sokongan dan kata-kata semangat yang diterima menjadi pembakar semangat buat Noman untuk terus mengembangkan bakat serta mengejar impiannya dalam sukan permotoran.

Mana tahu, suatu hari nanti Noman pula bakal mengharumkan nama Malaysia sebagai pelumba profesional di pentas antarabangsa!

Sumber : Threads elie_rahim

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads