Kepada pelajar lain yang pernah atau sedang mengambil bidang perakaunan di kolej dan universiti, pastinya korang pernah terdengar mengenai kertas Financial Reporting (F7) dalam peperiksaan Persatuan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Kertas ACCA F7 ini adalah kemahiran laporan kewangan yang lebih advance selepas ‘double entry book keeping’ yang dipelajari pada peringkat ACCA F3.
Ia juga adalah subjek pautan kepada laporan ‘P2 advanced Corporate Reporting’.
Dengar je dah tahu, ACCA F7 ini bukanlah kertas yang mudah.
Namun itu tak dijadikan sebagai halangan oleh Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21. yang mendapat tempat pertama dalam World Prize Winner bagi kertas tersebut.
Kejayaan itu bermakna Wan Nur Mafudah ialah anak berbangsa Melayu pertama yang mendapat tempat teratas di dunia dengan memperolehi markah 95 peratus!
Ads
Wan Nur Mafudah (tiga dari kiri) bergambar bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (tengah) dan penerima anugerah ACCA dari United Kingdom semalam.
Sebelum ini, ada juga beberapa pelajar berbangsa Melayu yang pernah berjaya unuk ACCA F7 ini dengan memperolehi tempat kedua, ketiga dan keenam, sejak tahun 2016 hingga tahun lepas.
Kongsi Wan Nur Mafudah, dia sememangnya meminati bidang perakauan sejak sekolah terutama ketika memasuki kelas perakaunan, ekonomi dan matematik.
Ads
“Lepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di MRSM Besut dengan keputusan 8A 1B, saya menyambung pelajaran dalam asas bidang perakauan di Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur selama setahun setengah.
“Di situ, saya memperoleh biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan sambung belajar di Kolej Intec,” katanya yang berasal dari Kampung Tok Raja itu kepada wartawan BERNAMA.
Seperti biasa, semua orang ingin tahu apa rahsia di sebalik kejayaan tersebut.
Wan Nur Mafudah katanya menggunakan teknik mengajar semula subjek yang sudah difahaminya kepada rakan lain. Mungkin dengan cara ini, mudah untuk seseorang mengulang kembali nota, kan?
Selain itu, dia turut menasihatkan agar remaja di sekolah menengah yang ingin mengambil bidang perakaunan agar memberi penekanan kepada subjek Perakaunan, Perdagangan, Ekonomi dan Bahasa Inggeris kerana 4 subjek itu adalah asas yang penting.
“Subjek lain seperti Teknologi Maklumat (IT) dan Matematik juga perlu dikuasai,” katanya lagi.
Semalam, melalui akaun Twitter, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mengucapkan tahniah kepada Wan Nur Mafudah atas kejayaan tersebut.
“Tahniah berjaya cipta sejarah dan harumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Tahniah juga buat seluruh ahli keluarga beliau.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa menyangka, vokalis band rock ternama Tanah Air, Wings, iaitu Dato Awie mempunyai anak perempuan yang cantik dan manis.
Anak vokalis terkenal!
Perkongsian seorang gadis menggunakan nama akaun TikTok @.aleeyantasha telah menarik perhatian ramai apabila kehadiran seseorang yang sangat dikenali ramai dalam video bersempena hari bapa.
Dengan caption : Happy Father’s Day, my hero. I love you!
Difahamkan, Puteri Aleeya Antasha merupakan Awie bersama bekas isteri pertamanya dan juga penyanyi yang popular dengan lagu berjudul ‘Cinta Antara Benua’, Arni Nazira.
Sebelum ini perkongsian ekslusif Arni Nazira bersama Majalah Nona, Puteri Aleeya Antasha, 22, dan Puteri Aleefa Antasha, 20, masing-masing kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah kolej yang sama sekitar Kuala Lumpur dalam bidang event management.
Disebabkan minat serta hubungan dua beradik ini sangat rapat, kedua-duanya memilih bidang pengajian yang sama.
Netizen Terkejut
Perkongsian tersebut membuatkan warganet agak terkejut kerana penyanyi rock terbabit sudah pun mempunyai anak gadis yang cukup cantik. Malah, kebanyakkan netizen lelaki telah berseloroh dengan mencuba nasib menjadi ‘calon menantu’ kepada rocker tersebut.
Ada juga yang sempat bergurau mengatakan mahu mengurat gadis cantik itu namun membatalkan hasratnya kerana ‘gerun’ selepas mengetahui bapanya adalah Awie Wings.
Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha merupakan zuriat hasil perkahwinan Awie dan Arni, namun mereka bercerai pada tahun 2006.
Kalau korang berani ke nak jadi menantu Dato Awie ni…hehe
Sumber : TikTok aleeyantasha, Majalah Nona
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas ahli kumpulan popular One Direction, Liam Payne, 31 ditemui maut di perkarangan sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina selepas dipercayai terjatuh dari aras tiga bangunan tersebut.
Menurut laporan media akhbar tempatan Argentina La Nacion dan Clarin, pihak polis telah menerima panggilan kecemasan dari kawasan hotel yang terletak di kawasan kejiranan Palermo itu mengenai insiden melibatkan seorang lelaki agresif; berkemungkinan berada dalam pengaruh dadah dan alkohol.
Pegawai kecemasan yang hadir ke lokasi kejadian dalam kenderaan ambulans kemudian mengesahkan kematian penyanyi Inggeris tersebut selepas menemuinya di kawasan patio hotel.
Liam meninggalkan seorang cahaya mata lelaki, Bear yang kini berusia 7 tahun hasil perkongsian bersama penyanyi dan juri program realiti nyanyian, Cheryl Cole.
Liam meniti populariti pada usia remaja bersama kumpulan One Direction di samping Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan dan Louis Tomlimson setelah mereka menamatkan saingan dalam program realiti, X-Factor UK pada tahun 2010 di kedudukan ketiga.
Biarpun One Direction menjadi fenomena sedunia, ahli kumpulannya memutuskan untuk berpecah secara rasmi pada tahun 2016 apabila masing-masing ingin membawa haluan sebagai artis solo.
Sumber: Reuters
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antara stereotaip biasa yang kita dengar bila bercakap tentang anak tengah ini ialah mereka dikatakan agak terpinggir, rebel dan selalu buat hal sendiri terutamanya semasa membesar. Tapi adakah stigma ini benar?
Bagi Remaja ia bukanlah 100% tepat kerana setiap orang mempunyai personaliti sendiri yang banyak dipengaruhi oleh banyak faktor seperti cara dibesarkan, keadaan persekitarn, kawan-kawan dan juga kekuatan dalam diri.
Kali ini, Remaja nak kongsikan 10 perkara yang dikatakan hanya anak tengah sahaja boleh faham. Jom kita tengok apa bendanya yang tak difahami oleh orang lain.
1. Kadangkala orang lupa yang kamu wujud
Ibu atau ayah mungkin mempunyai persefahaman yang lebih baik dengan anak sulung kerana dia merupakan yang pertama. Dan mereka juga mungkin memberikan perhatian yang lebih sedikit kepada si bongsu. Mungkin disebabkan ini kamu berasa agak terpinggir.
2. Selalu kena recycle pakaian/barang dari abang atau kakak
Abang atau kaka selalu saja merasa barang baru, maklumlah sebab mereka lahir dahulu. Apabila mereka dah besar segala pakaian dan barang mereka ‘diwarisi’ oleh kamu selaku anak tengah.
3. Kamu tak akan lupa kelahiran adik selepas kamu
Ya, sebab selepas adik lahir, kamu bukan lagi anak bongsu!
4. Tak merasa mempunyai bilik sendiri
Sebelum kamu lahir, abang atau kakak kamu miliki bilik mereka sendiri. Selepas itu, kamu muncul dan berkongsi dengan mereka. Abang atau kakak meningkat dewasa, mereka pindah bilik sendiri. And then there you are, kena kongsi bilik dengan adik!
5. Walaupun buat benda pelik orang tak perasan sangat
Don’t be sad. Mereka bukan tak perasan cuma mungkin terlepas pandang.
6. Selalu tersepit bila adik-beradik bertengkar
Kadangkala kamu sebagai anak tengah ini lebih matang dari si sulung! Terpaksa menjadi pendamai antara yang lebih tua dan muda. Mungkin disebabkan ini kamu menjadi seorang yang lebih tahan lasak.
7. Cuba untuk lebih menonjol
Disebabkan kamu bukan yang paling tua atau paling muda, kamu harus mempunyai kelebihan tersendiri untuk mencuri perhatian semua orang. Kerana apa? Sebab kamu juga merasakan sering dibanding-bandingkan dengan si sulung.
8. Belajar berdikari pada usia muda
Campaklah sahaja ke mana saja, kamu pasti mampu untuk berdikari. Sejak kecil kamu sudah belajar buat semua benda sendiri. Bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk adik-beradik yang lain.
9. Boleh ‘terlepas’ begitu saja
Sebagai anak tengah, ibu bapa kamu mungkin sudah agak kurang bertegas dengan kamu berbanding dengan abang atau kakak. Setakat kamu buat silap sikit, mereka pejamkan saja mata. Atau mungkin itulah yang orang kata Middle Child Swag!
10. Sangat sayangkan adik-beradik
Meningkat dewasa, kamu akan menjadi seorang yang sangat pentingkan hubungan keluarga terutamanya di antara adik-beradik. Kamu sering menjadi pencetus untuk apa jua aktiviti untuk dilakukan bersama-sama.
Bagaimana? Adakah 10 perkara diatas mempunyai kebenaran atau tidak? Kalau ada persamaan pun mungkin hanya kebetulan sahaja. Just for fun okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...