Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik buat pendidikan anak-anak. Namun, tidak semua mampu untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Pelajar di Malaysia bertuah kerana diberi kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam menanggung segala kos pembelajaran.
Walau bagaimanapun, bagi keluarga yang berkemampuan, menghantar anak-anak ke kolej termahal dunia mungkin tiada halangan buat mereka. Buat anda yang inginkan informasi tentang kolej termahal dunia, berikut REMAJA senaraikan 10 kolej termahal yang boleh anda pertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran.
10. Bard College
Walaupun berada di tempat kesepuluh, kos tuisyen bagi kolej ini tidak jauh beza dengan kolej yang mendapat tempat pertama dalam senarai ini. Setahun pengajian di Bard College, New York ini boleh menelan belanja kira-kira $57,500 (RM254,725).
9. University of Chicago
Universiti ini mencatat sejarah sebagai sebuah institusi yang hebat dalam pengajian tinggi. Ditubuhkan pada tahun 1889, pelajar-pelajar dari seluruh dunia turut mendaftar di kolej ini. Kos pengajian di antara $57,500 dan $58,000 (RM254,725 dan RM256,940) setiap tahun.
8. Drexel University
Ads
Universiti yang berpangkalan di Philadelphia ini digambarkan sebagai “universiti penyelidikan swasta” yang mengenakan kos pembelajaran kira-kira $58,000 (RM256,940) setahun.
7. Dartmouth College
Nama Darmouth mungkin agak familiar bagi segelintir daripada anda. Kolej ini terletak di New Hampshire dan menelan kos yuran tahunan sebanyak $58,000 (RM256,940).
6. Claremont McKenna College
Ads
Satu lagi institusi yang berpangkalan di California juga menawarkan kos pengajian yang lebih kurang sama dengan keempat-empat kolej sebelum ini, $58,000 (RM256,940) setahun.
5. Wesleyan University
Tidak jauh dari bandar New York, Wesleyan University digambarkan sebagai “kolej seni liberal swasta” yang ditubuhkan pada tahun 1831 dan menetapkan kira-kira $58,000(RM256,940) setahun untuk anda melanjutkan pelajaran di sini.
4. Columbia University
Ads
Untuk melanjutkan pelajaran di universiti ini, anda akan dikenakan kos pengajian kira-kira $59,000 (RM261,370) setahun.
Dibuka pada September 1957, kolej ini merupakan pilihan terkemuka bagi pelajar di serata dunia untuk melanjutkan pelajaran. Kolej yang menawarkan pengajian sains ini menerima beberapa penganugerahan terbaik dalam bidang pendidikan. Secara purata, yuran tahunan yang dikenakan adalah $59,000 (RM261,370) setahun.
2. New York University
Bandar New York dilihat sebagai satu destinasi bagi mereka yang sanggup membayar dengan jumlah wang yang banyak hanya semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah. Universiti ini terletak di Greenwich Village dan pelajar perlu membayar kira-kira $60,000 (RM 265,800) setahun untuk melanjutkan pelajaran disana.
1. Sarah Lawrence College
Nama kolej ini mungkin tidak se gah Harvard, Yale atau Oxford, tetapi berdasarkan kos pengajian mereka, harganya boleh tahan juga. Universiti yang terletak di Yonkes, New York ini menawarkan pengajian dengan kadar yuran tahunan kira-kira $61,000 (RM270,230) setahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap bulan, pastinya peminat K-Drama tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di kaca televisyen. Lebih-lebih lagi dalam situasi hari ini, dimana seluruh rakyat Malaysia perlu mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Nah guys, korang masih boleh chill dengan drama-drama Korea yang khabarnya bakal ditayangkan sepanjang April ini.
1. When My Love Blooms
Mengisahkan tentang sepasang kekasih, Han Jae-Hyun dan Yoo Ji-Soo yang kembali bertemu. Namun, pertemuan itu membuatkan mereka berubah. Sebelum ini Jae-Hyun merupakan pelajar yang menjadi aktivis, namun kini dia menjadi menantu kepada kolompok JS yang gila kuasa.
Sedangkan, Ji-Soo dahulunya seorang wanita yang dilahirkan daripada keluarga yang baik tetapi akhirnya menjadi ibu tunggal kerana satu kemalangan yang meragut nyawa keluarganya.
2. Good Casting
Drama ini menceritakan tentang seorang ejen NIS yang telah dihukum kerana gagal menjalankan sebuah misi. Lalu, dia pun bekerja dalam dunia siber dan suatu hari Chan-Mi ditugaskan kembali untuk menyamar dan menyelidik kes pencurian kekayaan intelektual di salah sebuah perusahaan terbesar Korea.
3. Soul Repairer
Dibintangi oleh Jung So-Min dan Shin Ha-Kyun, drama ini mengisahkan tentang psychiatrist bernama Lee Shi-Joon yang menemui pelbagai klien dengan berbagai masalah. Dia selalu terfikir dimanakan kebahagiaan yang sepatutnya dirasai oleh manusia. Pada suatu hari, dia menemui seorang aktres muzikal yang namanya sedang meningkat naik, Han Woo-Joo.
4. Team Bulldog: Off-duty Investigation
Seorang detektif yang bernama Jin Kang-Ho yang tidak terlalu menyerlah di kalangan teman sekerja. Dia kemudiannya memiliki rasa ingin tahu yang menebal untuk menangani satu kes ini. Misinya adalah untuk menangkap seorang penjahat. Dalam masa yang sama, seorang detektif yang lian juga mempunyai misi yang sama untuk menangkap penjahat tersebut dan akhirnya mereka bekerjasama untuk membongkar kebenaran.
5. Born Again
Drama ini menceritakan dua orang lelaki dan seorang wanita yang mengalami kehidupan ‘dilahirkan semula’. Uniknya, mereka memiliki nasih yang berbeza-beza dan cuba untuk mengungkap sebuah rahsia.
6. How To Buy A Friend
Bertemakan kehidupan sekolah, kisah seorang pelajar yang bernama Park Chan Hong yang berbakat dalam bidang penulisan tetapi tidak mempunyai impian yang jelas kerana sering mendapat tekanan daripada keluarganya. Selain itu, drama ini juga menceritakan tentang kisah-kisah pelajar lain, yang mana Heo Dong Hyuk lebih memilih bekerja daripada belajar dan Uhm Se Yoo seorang pelajar yang popular di sekolah.
7. Exemplary Detective
Dibintangi Son Hyung Joo, Jang Seung Jo dan Lee Elliya, drama ini mengisahkan tentang Kang Do Chang, seorang detektif senior yang handal menyiasat kes. Pengalaman banyak mengajar beliau dan menjadikannya seorang yang berilmu.
Selain itu, ada juga cerita tentang seorang detektif elit bernama Oh Ju Hyeok yang boleh menjerat penjahat dengan pelbagai bukti.
8. The King: Eternal Monarch
Menceritakan tentang seorang Raja pada masa lalu yang bekerjasama dengan detektif masa hadapan. Kisah yang ditulis oleh Kim Eun Sook ini bergenre fantasi menampilkan tentang dua dunia paralel terhubung oleh sebuah pintu masuk.
Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selebriti Korea antara yang mendapat perhatian seluruh dunia, tidak kiralah mereka yang bergelar penyanyi atau pelakon. Tidak dinafikan, industri muzik kpop diterima ramai, sehinggakan individu yang bukan berasal dari Korea juga boleh menghafal lagu-lagu artis kegemaran mereka.
Maka, tidak hairanlah sekiranya selebriti mereka mampu membuat persembahan tour di seluruh dunia, seperti kumpulan BTS, Blackpink dan ramai lagi.
Apa yang lebih menarik, selain lirik dan nyanyian, tarian mereka juga mengundang perhatian ramai. Rata-ratanya berbakat dalam tarian yang menjadikan persembahan mereka lebih ‘meletop’!
Namun begitu, bukan hanya penyanyi Korea sahaja yang pandai menari, ada diantara pelakon mereka juga mempunyai bakat terpendam dalam bidang tarian ini.
Jom kita lihat antara pelakon Korea yang pandai menari.
Biasalah, Malaysia kan terkenal dengan musim perayaannya yang pelbagai.
Kita ada Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Natal, Musim Gawai….eh banyaklah kalau nak senaraikan semua!
Dan setiap kali rakyat Malaysia menyambut musim perayaan je, pasti ada promosi yang menarik menanti!
Sempena perayaan Tahun Baru Cina nanti, AirAsia akan mengadakan diskaun tiket penerbangan dan bagi penerbangan domestik, harga bermula dari RM18 dan penerbangan antarabangsa bermula dari RM48 sahaja.
Kalau nak diikutkan, promosi ini telah bermula dua hari lalu, iaitu pada 13 Januari dan akan berakhir sehingga 19 Januari 2020. Tempoh penerbangan bagi promosi ini adalah dari September hingga Mac 2021.
Jom kita tengok, bulan September hingga Mac tu ada cuti panjang tak..
Kalau tak silap, ada Hari Keputraan YDP Agong, 3 hari, Hari Malaysia, boleh pegi sampai 5 hari.
Macam biasa, tempahan boleh dilakukan di laman web AirAsia. So apa ditunggu lagi, cepat la beli tiket penerbangan tengah promosi ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!