Dah stres 5 hari seminggu, kadangkala korang nak je pergi bercuti sekejap. Lari daripada bandar penuh bingit, ala-ala Rangga gitu. Namun untuk percutian jenis weekend getaway ini, bajetnya tentulah tak besar. Jauh sekali memerlukan korang untuk menempah tiket penerbangan.

Jom lakukan sesuatu yang berbeza dan alami penginapan di hotel yang tampil lain daripada yang lain ini. Bukan hanya bercuti, korang boleh penuhkan feed Instagram korang dengan gambar yang cantik! Mulakan carian hotel anda di sini.

Tubotel, Pulau Langkawi

Bosan Bercuti Di Pulau? Ini 5 Hotel Hipster buat Instagrammers
Tubotel, Pulau Langkawi

Tubotel (Tube + Hotel) terletak di Pantai Cenang dan diperbuat daripada paip pembentung simen. Mencedok ilham daripada Dasparkhotel di Austria, ia menawarkan dua jenis pemandangan iaitu menghadap laut atau kawasan taman. Lokasinya yang strategik di tengah-tengah Pulau Langkawi menjadikan Tubotel sering dipilih pelancong yang inginkan feel seperti di Amerika Selatan. Hola!

IKLAN

Masbro Village, Melaka

Bosan Bercuti Di Pulau? Ini 5 Hotel Hipster buat Instagrammers
Masbro Village, Melaka

Jika kamu ingin mencari penginapan dengan suasana yang ceria dan berbeza, Masbro Village adalah pilihan yang tepat. Ia terletak di Paya Rumput, kira-kira tujuh kilometer daripada pusat bandar raya Melaka. Seni bina rumah tiga segi yang unik dan landskap menghijau membuatkan ia cukup popular di kalangan generasi muda untuk bercuti dengan rakan sebaya ala dorm.

IKLAN

The Rucksack Caratel

Bosan Bercuti Di Pulau? Ini 5 Hotel Hipster buat Instagrammers
The Rucksack Karatel, Melaka

Tampil dengan kombinasi moden dan tradisional, The Rucksack Caratel Jalan Banda Kaba, Melaka ini terletak betul-betul di tengah bandar raya Melaka. Pelbagai bilik yang ditawarkan mengikut kategori dan harga berbeza mengikut keluasan, kemudahan dan pemandangan. Korang pilih saja sama ada hendakkan pemandangan jalan, kolam renang atau taman. Mereka juga selalu menawarkan promosi seperti ‘We Want Groupies’ di mana pelanggan boleh mendapatkan harga bilik lebih rendah dengan menetap bersama 9 rakan yang lain.

IKLAN

Container Hotel, Kuala Lumpur

Bosan Bercuti Di Pulau? Ini 5 Hotel Hipster buat Instagrammers
Container Hotel, Kuala Lumpur

Hotel ini diperbuat daripada kontena dan direka semula dalam bentuk yang lebih moden, berwarna-warni dan ceria. Ia hadir dalam tiga jenis bilik iaitu Outgoing (berkonsepkan asrama), Adventure (bilik dalam tube) dan Conservative (bilik biasa). Harga juga berlainan mengikut jenis bilik yang dipilih.

Time Capsule Retreat, Pahang

Hadir dengan suasana hutan sunyi dan sejuk sesuai buat kamu yang inginkan ketenangan. Hotel ini juga diperbuat daripada paip pembentung dan mempunyai lapan kapsul untuk didiami secara total. Di dalamnya pula  tersedia katil bersaiz Queen, lampu, soket dan penyaman udara.

Bosan Bercuti Di Pulau? Ini 5 Hotel Hipster buat Instagrammers
Time Capsule Retreat, Pahang
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI