Hampir setahun bertunang, pelakon dan pempengaruh yang juga merupakan bekas finalis Dewi Remaja 2019, Saidah Kamarudin mengejutkan ramai pihak apabila tampil mendedahkan kisah di sebalik keretakan hubungannya bersama bekas tunang, Muntazar Ghufran.
Menerusi laporan portal media tempatan, pasangan yang pernah meraih perhatian sewaktu majlis pertunangan mereka itu kini membawa haluan masing-masing selepas hubungan mereka terhenti pada Mac lalu.
Kredit foto: Instagram Saidah Kamarudin
Apa yang lebih mengejutkan, menurut Saidah atau nama sebenar Nur Saidah Syahirah Kamarudin (29), beliau mendakwa bekas tunangnya itu menggodam akaun media sosial miliknya dan meninggalkan komen berbaur fitnah seolah-olah menggambarkan dirinya masih terkesan dengan perpisahan mereka.
“Dia komen dalam live kawan saya, dia cakap saya ambil pil, stres tak boleh move on”
“Tapi semua itu dia yang tulis, bukan saya,” luah Saidah yang kesal dengan tindakan tersebut.
Ads
Saidah dan Muntazar yang pernah mengikat tali pertunangan pada tahun lalu.
Pada masa yang sama, Saidah turut menyatakan bahawa hubungan mereka sebelum ini terputus disebabkan masalah kewangan, dan bukan hal remeh seperti yang cuba digambarkan oleh Muntazar.
Jelasnya, menjelang hari pernikahan, beliau yang lebih banyak menanggung sebahagian besar kos persiapan, sehingga membuatkan dirinya terdetik untuk meminta penyata bank Muntazar. Namun ternyata hanya terdapat RM500 dalam simpanan bakal suaminya pada ketika itu.
Ads
“Kita putus memang sebab awak tak ada duit. Macam mana nak jaga anak orang? Kenapa nak menipu?” kata Saidah.
Kredit foto: Instagram Saidah Kamarudin
Sementara itu, Saidah mengakui menyesal pernah mengenali Muntazar kerana selain isu kewangan, bekas tunangnya itu juga dikatakan mula bersikap pelik dan mencampuri urusannya walaupun hubungan sudah lama terputus.
Ads
Antara salah satu insiden yang membuatkan Saidah trauma adalah ketika dia menerima rawatan di pusat perubatan akibat masalah sinus. Menurutnya, Muntazar didakwa menceroboh ke ruang rawatan hingga membuatkan beliau terpaksa menjerit mendapatkan bantuan jururawat.
Walaupun berdepan gangguan yang berterusan, pelakon wanita itu tetap memilih untuk tidak memanjangkan isu demi menjaga nama baik bekas tunangnya. Bagaimanapun, beliau telah membuat laporan polis dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Untuk rekod, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu, namun hubungan mereka hanya bertahan sehingga awal tahun ini. Saidah yang dikenali menerusi drama popular 7 Hari Mencintaiku 3 kini mahu terus melangkah ke depan dan tidak lagi mahu terpalit dengan kisah lama yang dianggap sudah selesai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Impian memiliki segulung ijazah pastinya ada dalam hati semua orang.
Walaupun bergelar selebriti, pelakon dan penyanyi, selebriti juga membuktikan mereka mampu membahagikan masa antara masa peribadi, karier dan pendidikan.
Cukup membanggakan apabila 28 penggiat seni yang juga penuntut semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima Anugerah Dekan.
Anugerah itu disampaikan dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini. Antara selebriti tanah air yang tersenarai adalah Fattah Amin, Tomok, Amir Masdi, Aril Pilus, Pekin dan Haziq AF.
Pekin ketika ditemui meluahkan perasaan syukur dan gembira dengan pencapaian yang diraih setelah berhempas-pulas membahagikan masa antara pelajaran dan tuntutan kerjaya sebagai pelakon, pengarah serta penerbit.
“Semuanya bergantung kepada diri sendiri, sama ada mahu teruskan belajar atau tidak. Usia dan kekangan kewangan bukan penghalang untuk seseorang itu berjaya dalam bidang akademik.
“Selepas enam tahun bergelut membahagikan masa antara pelajaran dan kerja industri, akhirnya saya berjaya menerima Anugerah Dekan. Insya-Allah saya akan bergelar graduan UUM pada majlis konvokesyen yang diadakan tahun depan,” katanya.
Sementara itu, Amir pula menyifatkan penat lelahnya sepanjang pengajian terbalas dengan penganugerahan tersebut.
“Meskipun masih berbaki satu semester sebelum tamat pengajian, saya gembira dengan pencapaian ini. Saya berusaha untuk habiskan pelajaran agar dapat menghadiri konvokesyen bersama rakan-rakan lain pada tahun depan.
“Saya berterima kasih kepada keluarga yang banyak membantu dalam menguruskan jadual kerja dan belajar saya,” katanya.
Malah, dilaman instagram pelakon dan finalis Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin turut berkongsi momen indah tersebut.
Kesemua selebriti tersebut adalah antara lebih 40 pelajar bidang berkenaan yang mengikuti program pengajian jarak jauh (PJJ) yang dilaksanakan selama sembilan semester bermula 2015 hingga 2020.
Ternyata, pendidikan penting buat semua untuk lebih matang berfikir dan menentukan hala tuju karier. Kalau mereka boleh buat, korang pun boleh!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila bercakap mengenai seni halus dalam dunia Islam, pasti ramai yang akan menunding jari ke arah seni khat.
Sememangnya, khat merupakan asas kepada bidang seni di dalam Islam. Selain daripada mempamerkan surah dari kitab Al-Quran, ada juga pelukis yang mengambil potongan ayat suci Al-Quran dan menterjemahkan skil menulis khat mereka pada kanvas, dinding dan objek lain.
Seni kaligrafi pada asasnya terbahagi kepada banyak cabang medium. Bagi yang menghargai nilai estetika mata pen khat, mereka masih kekal dengan alatan original seperti itu.
Namun, apabila zaman berubah kepada dunia berteknologi, semakin ramai yang meminati seni kaligrafi beralih arah kepada khat digital. Ataupun sekurang-kurangnya mencuba untuk mendalami khat digital.
Khat Kufi Jadi Pilihan Remaja Universiti
Tak hairanlah ramai remaja sekarang yang semakin berkobar-kobar untuk mencuba khat kufi. Dalam temuramah ringkas bersama seorang pelukis kaligrafi senior, iaitu Zamri Amid, dia berkata khat kufi sememangnya diminati oleh generasi muda kerana sifatnya yang abstrak dan menarik perhatian.
“Walaupun saya gemar dengan khat original yakni menggunakan pen, saya turut berminat untuk mengeksplorasi khat kufi dari semasa ke semasa.
“Walaupun nampak mudah, iyalah bersegi dan berpusing-pusing saja, khat kufi memerlukan ketelitian yang mencabar. Ini kerana ia masih melibatkan ayat suci Al-Quran. Pelukis memerlukan ketelitian demi mengelakkan kekeliruan di kalangan orang yang membacanya.
“Saya sarankan agar remaja yang ingin menceburi khat kufi untuk bermula dengan susunan ayat Jawi yang lebih mudah difahami terlebih dahulu. Mulakan dengan tulisan huruf, satu per satu. Kemudian, belajar cara sambungan huruf jawi. Apabila sudah mahir, barulah berganjak kepada ayat suci Al-Quran,” katanya.
Oleh itu, walaupun khat kufi nampak senang untuk dicuba, ia tidaklah boleh dibuat dengan main-main. Ini kerana ia masih melibatkan petikan suci Allah SWT dan jika tersalah tulis, tercemarlah kesucian maksudnya.
Untuk meraikan Al-Quran dan ayat sucinya, REMAJA nak ajak korang semua untuk semarakkan kempen World #QuranHour yang bakal berlangsung pada 31 Ogos 2017 bersamaan 9 Zulhijjah 1438 bermula kam 11.30 pagi di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak dan kempen Merdeka #QuranHour pada jam 8.30 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Jumpa di sana ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai seorang manusia, kita semua pasti akan melalui proses menua dan tidak ada yang terkecuali termasuk para selebriti dan beberapa individu popular yang anda minati.
Meskipun, ada di antara mereka yang kekal tampak awet muda, pelakon terkenal Korea Selatan, Gong Yoo baru -baru ini meluahkan perasaan bagaimana beliau menerima seadanya kerutan yang mula muncul di wajahnya.
Kredit: Gong Yoo
Berbeza dengan kebanyakan orang yang risau pada tanda-tanda penuaan, Gong Yoo atau nama sebenarnya Gong Ji-cheol (46) menganggap kerutan di wajah sebagai lumrah semulajadi dan juga tanda dari kehidupan yang mempesona.
Hal tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon yang pernah mewarnai Goblin, Train To Busan dan Coffee Prince dalam sebuah temubual bersama The Korea Times bagi mempromosikan drama bersiri terbarunya berjudul Trunk yang bakal ditayangkan di Netflix.
Kredit: Gong Yoo
“Saya suka kerutan di wajah saya sebab itu boleh menjadi sebahagian dari mise-en-scene (elemen visual) saya sebagai seorang pelakon. Jadi, saya tidak menolak proses penuaan,” jelasnya.
Walaupun begitu, beliau juga mengaku pada awalnya terkejut dengan beberapa perubahan seperti kemunculan eyelid (kelopak mata ganda) secara tiba-tiba seiring bertambahnya usia.
Kredit: Gong Yoo
“Awalnya saya rasa aneh sebab ada perubahan yang terjadi disebabkan penuaan. Saya suka mata saya yang memang tiada eyelid sebelum ini.Jadi, rasa agak sedikit janggal tapi saya okay saja,” ujarnya.
Sementara itu, Gong Yoo juga turut meraih perhatian para penonton drama bersiri popular Korea Selatan baru-baru ini apabila muncul sebagai watak kameo dalam Squid Game 2 yang turut diterajui oleh Lee Jung-jae, Lee Byung-hun, Im Si-wan, Kang Ha-neul, Wi Ha-joon, T.O.P, Park Gyu-young, Lee Jin-wook, Park Sung-hoon, dan Yang Dong-geun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.