“Perkongsian saya ini bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak , nak nak lagi memburukkan agensi klinik kerajaan , saya tak dendam , saya MARAH saya TERKILAN… sesungguhnya kesemua ini adalah salah dan silap saya sendiri…”
Itulah luahan seorang ibu yang menzahirkan rasa terkilan apabila anaknya yang berumur dua tahun meninggal dunia selepas didakwa tidak mendapat rawatan sewajarnya akibat kecuaian seorang doktor di sebuah klinik kesihatan.
Berdasarkan hantaran daripada Facebook Erma Iswani, dirnya begitu kesal apabila anaknya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya sehingga menghembuskan nafas terakhir hanya dalam tempoh satu hari.
Katanya, tidak wajarnya apabila anaknya Muhammad Umair Muhammad Ridhwan, yang telah sehari mengalami cirit-birit sebanyak 21 kali hanya diberikan tiga bungkus air garam ketika dia ke klinik kesihatan berkenaan pada 12 Julai lalu.
Ads
“Saya turut bertanya adakah anak saya kena keracunan makanan dan beliau (doktor) berkata “ya” “mungkin”, pada ketika itu saya rasa agak risau kerana mata sudah mula kelihatan tenggelam dan saya sedikit kecewa kerana saya mengharapkan ‘refer’ ke hospital atau pun darah diambil tetapi tiada.
“Sebaik keluar daripada klinik apabila di dalam kereta saya melihat kaki anak kemerahan berbintik dan mata pun cengkung ke dalam dan saya rasa tidak berpuas hati, tanpa berlengah saya terus pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan dari doktor lain,” katanya.
Ads
Dalam masa sama, dia juga memberitahu selepas diperiksa dan ujian darah diambil doktor klinik swasta berkenaan telah memberi surat rujuk ke hospital memandangkan bacaan darah putih terlalu tinggi dan anaknya sudah tidak aktif.
Jelasnya apabila dibawa ke Hospital Bentong anaknya yang sudah ‘lembik’ dan tidak sedarkan diri telah ditidurkan sebelum di hantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.34 pagi, semalam.
“Kesilapan terbesar saya adalah saya pergi ke tempat yang salah setelah memikirkan klinik kesihatan yang paling hampir serta berharap darah diambil serta mendapatkan surat rujukan cepat, jika ‘admit’ diperlukan dan ini saya sangat kesalkan sehingga sekarang.
Ads
“Saya ini bodoh sebab itu saya perlukan orang yang pandai macam doktor untuk bantu rawat anak saya, saya hilang senyuman anak saya hanya dalam masa satu hari je,” kongsinya lagi.
Sementara itu Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dalam kes ini dan akan mengambil tindakan lanjut.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Agaknya bila la pandemik ini akan berakhir di dunia?
Sektor fesyen dan peruncitan antara yang teruk terkesan dengan tempoh kuarantin di seluruh dunia disebabkan Covid-19. Rasanya baru je kita dengar berita pengecilan dan penutupan stor fesyen label terkenal seperti Esprit,Zara, H&M dan beberapa label terkenal yang lain.
Terbaru, Marks & Spencer bakal mengurangkan 7,000 pekerjaan di United Kingdom (UK) dalam masa tiga bulan lagi, sebagai sebahagian strategi “memperkemaskan lagi perniagaan” untuk mendepani cabaran pandemik COVID-19.
Menurut kenyataan syarikat pada Selasa lapor agensi berita Sputnik. Kami hari ini memulakan program konsultasi yang, mereka jangkakan akan menghasilkan pengurangan (sekitar) 7,000 pekerjaan dalam tempoh tiga bulan akan datang.
Hal ini selepas Rangkaian peruncit utama itu mendakwa jumlah pendapatannya merosot 38.5 peratus dalam 13 minggu terakhir, sementara penjualan menurun 47.9 peratus sejak kedai dibenarkan dibuka semula pada Jun, selepas sekatan pergerakan dilonggarkan.
Menurut Marks & Spencer, sebahagian besar pengurangan pekerjaan akan dilaksanakan melalui pemberhentian secara sukarela dan persaraan awal pekerja di bahagian sokongan, pengurusan wilayah dan kedai di seluruh UK.
Laporan terbaru Pejabat Statistik Kebangsaan mendedahkan pekerjaan di UK menurun sebanyak 220,000 antara April dan Jun, akibat krisis ekonomi disebabkan COVID-19.
Sky News menjangkakan pengumuman Marks & Spencer itu akan menjadikan jumlah pengurangan pekerjaan dalam kalangan peruncit utama di UK melebihi 30,000 kerana sektor berkenaan mengalami kesan yang mendalam.
Emm….semua orang terjejas dengan Covid-19 ni kan. Tapi penulis sedih la dengan nasib staff Marks & Spencer ni.huhuhu
Sumber : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat bola sepak tanah air, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengumumkan penjualan ‘Tiket Kombo RM100’ bagi membolehkan penyokong setia Harimau Malaya menyaksikan kesemua enam perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 bagi Kumpulan E di Stadium Nasional Bukit Jalil Jun ini.
Dengan harga tiket tersebut, korang akan dapat menonton perlawanan Bahrain lwn Bangladesh dan Turkmenistan lwn Malaysia pada Rabu, 8 Jun 2022, Bangladesh lwn Turkmenistan dan Malaysia lwn Bahrain pada Sabtu, 11 Jun 2022 serta Bahrain lwn Turkmenistan dan Malaysia lwn Bangladesh pada Selasa, 14 Jun 2022, kesemuanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil iaitu satu perlawanan sebelah petang dan satu lagi perlawanan (membabitkan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon) sebelah malam.
Menurut Naib Presiden FAM, penjualan tiket kombo itu dibuat bagi memudahkan para penyokong setia Harimau Malaya yang ingin hadir pada ketiga-tiga hari perlawanan tersebut tanpa perlu membuat pembelian tiket secara berasingan, malah dapat menikmati diskaun harga sebanyak hampir 20 peratus.
Walau bagaimanapun, tawaran ‘Tiket Kombo RM100’ ini hanya akan dibuka penjualannya untuk tempoh masa selama dua minggu sahaja bermula Isnin depan, 16 Mei 2022 hingga Ahad, 29 Mei 2022 secara dalam talian di www.tickethotline.com.my
Selepas tempoh itu, penjualan tiket tetap akan diteruskan sehingga hari perlawanan tetapi ia akan dijual secara berasingan iaitu pada harga RM40 bagi setiap perlawanan. Malah, FAM turut menawarkan tiket untuk kategori tempat duduk Grandstand yang berharga RM60 bagi satu perlawanan.
Ha apa lagi guys, jangan lepaskan peluang ini dan tunjukkan sokongan padu korang kepada pasukan Harimau Malaya bagi kelayakan Piala Asia 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Esok, bermulalah peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang merupakan kemuncak debaran bagi pelajar tingkatan lima di seluruh negara.Untuk peperiksaan SPM 2020 norma baru ini, menyaksikan seramai 401,105 pelajar seluruh negara akan melangkah ke ‘medan perang pen dan kertas’.
Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lupa mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 menerusi laman facebook rasminya sebentar tadi.
Turut mendoakan semua calon peperiksaan diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan menjawab soalan serta memperoleh kejayaan dan cemerlang dalam kehidupan.
“Kepada semua calon, jagalah kesihatan dan jawablah soalan dengan tenang. Kepada guru dan ibu bapa, semoga didikan dan doa anda semua mengiringi kejayaan pelajar-pelajar kita. Insya-Allah,” katanya.
Sumber Gambar : NST
Untuk info, pembudayaan norma baru turut dijalankan esok bagi menjamin keselamatan calon sepanjang peperiksaan itu. Pelajar dan calon SPM 2020, perlu membawa ‘bekalan tambahan’ iaitu pelitup muka dan cecair pembasmi kuman untuk mencegah penularan COVID-19. Selain itu, 3,310 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dilaksanakan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM), termasuklah proses disinfeksi dewan peperiksaan.
Kepada semua calon SPM bagi tahun 2020, kami di team REMAJA ingin mengucapkan selamat maju jaya. All the best and good luck guys!
Program MamaKerja Selangor menerima tambahan peruntukan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi membantu 10,000 ibu bekerja menampung kos penjagaan anak.