Serahkan saja kepada pakar ayam goreng, KFC untuk memperkenalkan sesuatu yang baru!
Ramai yang gemar makan kaki ayam, tak kurang juga ada berasa geli sebab kononnya kaki ayam itu kotor dan memikirkan apa fungsi kaki ayam sebelum dimasak.
Rangkaian restoran makanan terkenal KFC katanya bakal mengeluarkan menu baru iaitu kaki ayam. Tapi bukan di Malaysia, dilaporkan KFC di China akan menghidangkan kaki ayam di dalam menu mereka kepada para pelanggannya disebabkan negara mereka sedang mengalami masalah inflasi, lapor Mothership.sg.
Pelanggan KFC di China tidak lama lagi mungkin akan makan kaki ayam sebagai sebahagian daripada hidangan set dua ketul ayam mereka. Namun, perubahan dalam menu ini bukanlah disebabkan oleh pertimbangan budaya melainkan berlakunya inflasi harga.
Menurut Perniagaan CNN, lonjakan harga minyak dan makanan dengan ketaranya telah meningkatkan kos perniagaan.
Foto Via Pexels
‘Penggunaan Penuh’ Ayam Kecuali Bulu
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif Yum China, sebuah syarikat yang memiliki rangkaian bersama KFC, Pizza Hut dan Taco Bell di China berkata, kenaikan harga komoditi itu diserap oleh ‘penggunaan penuh’ ayam itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Joey Wat pula menambah dengan memberitahu, kenyataan ini bermakna KFC akan menggunakan ‘setiap bahagian’ ayam kecuali bulunya.
Rangkaian restoran telah melalui masa yang sukar dengan penutupan yang kerap di China untuk mengekalkan strategi ‘sifar Covid’ di mana perkara tersebut telah menjejaskan perniagaan.
Ads
Jualan di lokasi Yum China yang telah dibuka sekurang-kurangnya pada tempoh masa setahun telah turun 16 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun yang sebelumnya.
Bagaimanapun, permintaan untuk penghantaran telah meningkat kira-kira 8 peratus. Oleh itu, eksekutif Joey Wat mendedahkan syarikat itu telah mengambil tindakan untuk mengurangkan kos, termasuk menarik balik pengiklanan dan pemasaran serta meminta tuan tanah untuk beri pelepasan sewa.
Dia juga berjanji untuk mengelak daripada memberhentikan kakitangan pada tahun ini dengan Yum China menggaji kira-kira 450,000 orang.
Bersama-sama dengan satu lagi ikrar untuk tidak menaikkan harga yang dikenakan untuk makanan, syarikat itu sedang mencari cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan kos termasuklah menggunakan setiap bahagian ayam.
Ads
Ia adalah sesuatu yang belum pernah lagi dilakukan oleh KFC, namun untuk pengetahuan korang, Healthline pernah melaporkan 70 peratus kandungan protein kaki ayam mengandungi kolagen selain protein struktur yang memberikan bentuk, kekuatan serta ketahanan terhadap kulit, tendon, otot, tulang dan ligamen.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak semalam di grup whatsApp ibu bapa tular satu keratan perenggan mengatakan sekolah bakal dibuka semula pada 15 Julai 2020.
Dalam keratan bertulis nombor 21 itu, tertera Dengan ini KPM menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid tingkatan 6 Semester 1, Kelas Peralihan, Tingkatan 1 hingga 4 serta murid tahun 5 dan 6 adalah pada hari Rabu 15 Julai 2020. Ia akan melibatkan seramai 2539, 297 murid.
Manakala murid tahun 1 hingga 4 akan mula ke sekolah pada hari Rabu, 22 Julai 2020 yang melibatkan seramai 1580, 768 murid.
Walau Menteri Kanan Pendidikan belum membuat pengumuman namun jam 4 ini akan membuat kenyataan dalam sidang media namun kenyataan perenggan ini sudah beredar ke grup-grup ibu bapa sejak semalam sekali gus menimbulkan persoalan, siapakah yang menularkan kenyataan ini hingga ramai ibu bapa membuat pertanyaan di grup sekolah masing-masing. Adakah kenyataan ini juga tepat?
Dalam pada itu, Astro Awani melaporkan Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin dijadualkan membuat pengumuman tentang tarikh pembukaan sesi persekolahan dalam satu sidang media khas pukul 4 petang ini.
Sidang media mengumumkan pembukaan sesi persekolahan semua peringkat itu itu akan disiarkan secara langsung di saluran Astro AWANI, RTM, Bernama TV dan TV3. Sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan 5 dan 6 telah mula dibuka pada 24 Jun yang lalu bagi mereka yang terlibat dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Sesi persekolahan yang dibuka semula pada 24 Jun lalu melibatkan 500,444 pelajar di 2,500 buah sekolah seluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu topik yang telah berubah menjadi trending sejak hujung minggu lalu adalah tentang kedatangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke Singapura pada hari ini.
Jika segala perancangan berjalan dengan lancar, Trump dan Jong Un akan bertemu esok pada 12 Jun untuk membincangkan pelbagai isu yang berbangkit antara dua buah negara kontroversial ini, antaranya mengenai kecama terhadap pembabitan Korea Utara dalam teknologi nuklear walaupun mendapat tentangan global.
Okay fine, kami fahami hasrat kedua-dua buah negara tersebut. Namun mengapa Singapura yang dipilih sebagai negara perantara sedangkan perbincangan boleh dilakukan di Washington mahupun di Pyongyang?
Donald Trump tiba di Singapura.
Dalam satu kenyataan rasmi, White House menjelaskan mengapa Singapura dipilih walaupun terdapat beberapa lagi lokasi yang dicadangkan sebelum ini seperti Switzerland, Mongolia dan kawasan gencatan senjata antara Korea Utara dan Selatan.
“Singapura dipilih kerana mereka berbesar hati untuk menganjurkan pertemuan ini. Sebagai sebuah negara yang mempunyai hubungan diplomatik bersama Amerika Syarikat dan Korea Utara, ia menjadikan Singapura sebagai perantara terbaik. Tidak banyak negara lain yang mempunyai hubungan dua hala dengan kedua-dua negara ini pada masa yang sama,”kata White House lagi.
Kim Jong Un pula tiba di Singapura.
Bagaimanapun, Menteri Luar Negara Singapura iaitu Vivian Balakrisnan pula berkata, Singapura tidak menawarkan diri tetapi ditanya secara baik jika boleh menjadi negara perantara atau tidak.
“Wakil Washington datang kepada kami dahulu, kemudian barulah Korea Utara.
“Saya rasakan rakyat Singapura boleh berbangga bahawa negara kita bersifat neutral, boleh dipercayai dan mempunyai sumber keselamatan yang kukuh,” kata beliau.
Trump dan Jong Un dijadualkan untuk bertemu di Pulau Sentosa, esok.
Agak-agak, mampu ke kedua-dua buah negara ini mencapai kata sepakat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes terbaru yang dilaporkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada hari ini adalah membabitkan seorang kanak-kanak warganegara Malasia berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarganya di Lagos, Nigeria.
Kanak-kanak itu tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 lalu dari Lagos, Nigeria menerusi penerbangan transit di Doha, Qatar.
Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atasnya sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif. Namun, kanak-kanak itu dan ahli keluarganya menjalani semula ujian RT-PCR COVID-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mendapati keputusannya positif COVID-19.
Terdahulu, kes pertama COVID-19 membabitkan varian Omicron yang dikesan di Malaysia adalah melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan menerusi penerbangan transit dari Singapura pada 19 November 2021.
Lelaki itu merupakan seorang pelajar universiti swasta di Ipoh, Perak dan telah menjalani ujian RT-PCR COVID019 setibanya di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), KLIA.
Sama-samalah kita menjaga SOP dan tatacara diri sewaktu berada di khalayak ramai demi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jangkitan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...