Terbaru, pempengaruh dan juga guru yang tidak asing lagi di media sosial, Sir Fathi baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad lalu.
Sir Fathi atau nama sebenarnya Fathi Hussein juga telah membuktikan bahawa sumbangannya dalam dunia pendidikan digital diiktiraf secara meluas terutama dalam menyampaikan ilmu dengan pendekatan yang lebih inovatif dan interaktif.
Dalam pada itu, dengan kemenangan tersebut, beliau turut berharap agar anak-anak didik tidak memandang rendah terhadap usaha mereka dalam menimba ilmu.
Ads
“Tuntutlah ilmu demi masa depan yang gemilang,” katanya.
Dalam kesibukan mengajar di sebuah pusat tuisyen terkenal, Sir Fathi juga difahamkan aktif memberi motivasi kepada para pelajar di luar sana.
“Saya pernah terdengar yang ada sesetengah pelajar memaklumkan bahawa pendidikan itu tidak penting pada zaman sekarang”
Ads
“Bagi saya, salah pandangan itu. Sampai kita tua pun, ilmu tetap penting dan berguna,” ujarnya dengan penuh harapan.
Sementara itu, Sir Fathi yang berasal dari Cheras, Selangor juga menambah bahawa perkongsian video mengenai teknik menguasai Matematik yang dilakukan selama ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pelajar.
Ads
Sekadar info, Sir Fathi pernah dikenali sebagai ‘SIRpuloh’ yang pernah tular gara-gara mempunyai kemahiran berbeza dan teknik mengajar bagi menyelesaikan subjek matematik. Beliau juga dikatakan berjaya membantu ramai pelajar memahami subjek Matematik Tambahan menerusi pendekatan unik dan interaktif ketika sesi pengajaran dalam talian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahukah korang, hari ini merupakan hari yang cukup istimewa untuk rakan-rakan jurufoto kita.
Pada 29 Jun setiap tahun, jurufoto seluruh negara akan meraikan National Camera Daydan ia adalah hari di mana mereka mengingatkan diri sejauh mana perjalanan mereka dalam bidang fotografi ini. #Proud
Baru-baru ini, REMAJA berkesempatan berbual dengan Canon EOS Ambassador iaitu saudara Safuan Salahudin.
Dengan pengalaman luas beliau dalam pelbagai subjek foto seperti potret, sukan, alam semulajadi dan pengembaraan (travel), penulis teruja dapat mendengar kisah-kisah dari zaman beliau masih bertugas sebagai seorang jurutera hinggalah ke cabaran sebagai seorang jurufoto pada musim pandemik ini.
*
Sejak kecil, Safuan Salahudin telah mengamati minat ibu bapanya yang cuba merakam sebanyak mungkin foto melibatkan ahli keluarga demi kenangan.
“Saya pernah terjumpa gambar lama ayah semasa beliau bertugas sebagai askar di dalam hutan. Zaman (gambar) hitam putih dulu pun, mereka tidak lepaskan peluang mengambil gambar.”
Dari situ, Safuan mula minat untuk mendalami fotografi dan menerima kamera pertamanya setelah memperolehi keputusan cemerlang ujian UPSR di sekolah rendah.
Safuan terus galak merakamkan momen di samping keluarga dan juga semasa di sekolah. Tamat saja zaman persekolahan, beliau bagaimanapun menginjak diri ke bidang kejuruteraan.
Begitupun pada masa yang sama, minat terhadap seni fotografi masih tidak pudar. Beliau mula mengeksplorasi kamera jenis DSLR sekitar tahun 2010 setelah sekian lama menggunakan kamera jenis filem. Ketika bergelar pelajar kejuruteraan, Safuan mula bertugas sebagai jurufoto separuh masa.
Menariknya, kamera kesayangan Safuan itu jugalah yang digunakan untuk merakam sumber-sumber kerjanya dalam bidang kejuruteraan.
“Saya gunakan foto sebagai bukti semasa saya menyiapkan laporan dalam bidang penyelenggaran dan operasi. Melalui foto, lebih mudah untuk semua fahami update terbaru kerja kami; misalnya jika wujud sebarang kerosakan,” kata Safuan.
Tahun 2014 merupakan tahun perubahan dalam hidupnya setelah beliau memutuskan untuk berhenti daripada menjadi seorang jurutera dan fokus sepenuhnya sebagai seorang jurufoto.
Apa sebenarnya yang membuatkan Safuan sanggup dan yakin melepaskan kariernya itu?
Safuan membeli kamera DSLR pertamanya sewaktu zaman popular kamera jenis DSLR sekitar 2010; sewaktu itu beliau mengikut trip ke Gunung Kinabalu. Sebelum itu, beliau akan memakai kamera jenis filem.
“Saya berhenti (kerja sebagai jurutera) pun sebab minat terhadap fotografi tidak boleh saya nafikan. Ya, sebagai jurutera saya boleh pergi jauh. Tapi bila minat hilang, kita akan jadi tidak ‘syok’ bekerja.
“Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum hari terakhir saya di pejabat, saya terpaksa menelan nasib kehilangan beg kamera setelah pintu kereta saya dikopek. Tentulah pada waktu itu, saya rasa down memandangkan tinggal seminggu saja lagi.
“Member yang ada dalam komuniti fotografi Alor Setar pada waktu itu tampil membantu dengan meminjamkan set kamera baharu.
“Malangnya, enam bulan kemudian, sekali lagi kereta saya dipecah masuk dan akibatnya, dua unit kamera hilang begitu saja.”
“Tanpa kamera sendiri, tanpa pekerjaan dan hilang kamera orang pula.. tentulah saya kembali merasa down.
“Tapi apabila saya dikelilingi kawan yang baik, mereka terus memberi semangat dan tidak serik meminjamkan saya model kamera baharu.
“Alhamdulillah, saya teruskan dengan photography jobs dan bekerja hingga mampu membeli semula model kamera selepas setahun iaitu model Canon EOS 6D dan lensa Canon EF 85mm f1.2 L IS Mark I,” katanya; sambil menambah dirinya tidak pernah berhenti belajar tentang fotografi dan mula memberanikan diri menyertai pertandingan fotografi.
Pada tahun 2016, Safuan telah menyertai pertandingan Canon Photo Marathon Malaysia dan hasil rezeki kemenangan pada waktu itu, Safuan mampu menggantikan semula tiga buah kamera yang hilang sebelum ini. Dari situ, beliau dipilih untuk sebuah lagi pertandingan bernama Photo Face Off di saluran History Channel pada tahun 2017.
Safuan menajamkan skil dan kebolehannya sebagai seorang jurufoto setelah satu-persatu pertandingan fotografi yang disertainya berjaya dimenangi.
Cabaran Musim Pandemik
Setahun setengah terpaksa mengurungkan diri di rumah setelah wabak Covid-19 melanda Malaysia pada Mac 2020 telah mendatangkan cabaran tersendiri buat Safuan. Tugasnya sebagai seorang jurufoto teruk terjejas memandangkan kini, beliau hanya boleh beraksi di dalam pekarangan studio saja.
Tambahan pula, Safuan kini meminati subjek alam sekitar terutamanya spesis burung. Lalu, beliau terpaksa memendamkan dulu segala perancangannya untuk menjelajah kawasan baru – seperti di Jepun yang pernah dilakukannya sebelum ini untuk menangkap foto burung disebabkan oleh lockdown kali ini.
“Semasa awal PKP 1.0 (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu, ada juga job yang memerlukan saya ke Kuala Lumpur. 70% punca pendapatan saya datang daripada klien di ibu negara. Pasa waktu itu, saya masih mampu ke negeri lain seperti KL, Johor dan Kelantan kerana memiliki surat perlepasan.
“Tapi sejak syarat-syarat PKP semakin diperketatkan pada tahun 2021, saya terpaksa berpuas hati dengan job di dalam studio saja. Dapat jugalah kami lakukan shooting seperti potret Hari Raya dalam norma baharu.
“Apakan daya, memasuki PKP 3.0, peluang mencari duit di studio juga terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Sebagai seorang jurufoto, saya perlu fikirkan cara baharu dengan menggunakan media sosial dan platform atas talian.”
“Contohnya, saya anjurkan kelas online di Google Meet kepada mereka yang ingin pelajari fotografi. Secara tidak langsung, saya bukan saja mengajar tapi turut sama belajar daripada pengalaman orang lain.
“Saya juga terlibat dalam sharing session bersama Canon Malaysia dan terus mengisi masa terluang ini. Saya tetap bersyukur kerana waktu di rumah adalah masa terbaik untuk saya menambah ilmu teori fotografi.”
Safuan tidak menidakkan sedikit rasa kesal kerana tidak dapat merakamkan alam sekitar sewaktu musim PKP. Sekaranglah waktu paling tepat untuk merakam subjek alam sekitar kerana ia dalam ‘keadaan sihat’ tanpa gangguan manusia.
“Ini adalah masa terbaik untuk remaja di luar sana menyertai workshop dan online class yang dianjurkan. Ambil saja kelas basic dahulu kerana di situlah kita boleh menguasai semua perkara penting dalam fotografi. Saya sendiri ada merancang bersama institusi pengajian tempatan untuk menganjurkan kelas basic kepada tenaga pengajar dan pelajar.
“Kalau kita lawati Instagram Canon Malaysia pun, korang boleh lihat jenis-jenis sharing session yang mereka anjurkan.
“Personally, saya agak teruja dengan salah satu sesi yang akan mereka anjurkan iaitu berkenaan Sports Photo pada bulan Julai. Ini kerana buat masa ini, saya merupakan salah seorang jurufoto rasmi Malaysia Football League (MFL). Jadi Canon ingin saya kongsikan pengalaman bersama jurufoto yang berminat,” katanya yang sudah tiga tahun terlibat dalam dunia sports photography.
Apapun, REMAJA pasti Safuan sedang merancang sesuatu yang lebih besar dan bermakna lagi untuk dilakukannya sebaik saja keadaan pandemik di Malaysia dan serata dunia lebih stabil.
Happy National Camera Day buat Safuan Salahudin dan semua jurufoto di luar sana!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pulau Langkawi merupakan lokasi peranginan terkenal masyarakat Malaysia mahu pun pelancong luar negara sewaktu wujudnya virus COVID-19. Sebut sahaja Langkawi pasti ramai teringatkan kereta kabel iaitu salah satu tarikan yang ada di pulau lagenda itu.
Bagi mereka yang tidak tahu, pengunjung bukan sahaja boleh menikmati keindahan Gunung Machinchang dengan menaiki kereta kabel, malah menerusi program ‘One Night @ 708m Machincang Mountain’ mereka boleh berkhemah di South Platform, satu daripada dua platform yang terletak di puncak gunung.
Foto: Mazuin Noordin
Seperti yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mazuin Noordin, wanita ini telah memberikan sedikit informasi berkenaan dengan aktiviti berkhemah di Sky Cab Langkawi.
Tapi kalau nak berkhemah di sini perlu pergi secara kumpulan dengan jumlah 20 orang ke atas dan yang paling menarik, korang boleh layan view malam di sky bridge serta melihat matahari terbenam dan terbit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebut kedai RM2.12, pasti kita akan menyebut ECO. Harga barang yang dianggap murah bagi rakyat Malaysia dan sesuai dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Setiap satu barangan di kedai ini hanya berharga RM2.12 membuatkan pengunjung menggelarnya sebagai “kedai berhantu”.
Sumber Gambar : Facebook / PropertySubangJaya
Masakan tidak, jika dari rumah, niat hanya untuk membeli satu atau dua barang saja tetapi sebaik melangkah masuk, paling tidak satu bakul akan penuh sekaligus ramai yang kata “sakanya” cukup sukar dihalang, hahaha.
Terbaharu, Eco Shop telah berkongsi sebuah iklan dipanggil ‘Kedai Saka’ di Facebook dan YouTube miliknya pada 22 Februari yang lalu. Menerusi iklan tersebut, kita dapat lihat bagaimana pelanggan yang masuk ke kedai Eco Shop tidak menemui pintu keluar dan membeli barangan yang bukan dalam ‘list’ pembelian mereka.
Diilhamkan oleh kisah benar
Aksi yang akan berulang setiap hari, setelah masuk, tidak dapat jumpa pintu keluar, kedai nampak biasa sahaja, tetapi tidak. Berjaga-jaga dengan isteri anda, selepas cuba, tidak dapat dihentikan.
Rata-rata netizen yang menonton iklan ini rasa terhibur dan memang boleh relate dengan situasi mereka. Setuju bahawa kedai ni memang ada ‘Saka’. Malah sempat berkongsi pengalaman masing-masing menjejakkan kaki ke dalam kedai ‘berhantu’ itu.
Sumber Gambar : Youtube Kedai Eco
So apa pendapat korang lepas tonton iklan kedai Eco Shop ni? Tapi memang betul pun, penulis pun selalu macam tu. Kedai je RM2.12 tapi bila bayar nak berpuluh juga. Hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amir Daniel Abdul Majeed mencipta sejarah apabila menghadiahkan emas pertama judo Malaysia di Sukan Komanwel 2026 selepas menewaskan wakil Afrika Selatan dalam final bawah 81kg.