Setiap tahun, situasi turunnya salji di bumi Arab menjadi bualan dalam masyarakat Malaysia dan dianggap satu fenomena luar biasa.
Terbaharu, sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk diseliputi salji sejak beberapa hari lalu. Ia setelah gunung setinggi lebih 2,500 meter di wilayah barat laut negara itu dilanda cuaca sejuk melampau dan hujan.
Namun, persoalannya adakah normal jika salji turun di negara Arab Saudi?
Selalunya kita akan menganggap rantau negara Arab sebagai rantau berpadang pasir dan sudah tentu mengalami cuaca panas. Jadi apabila au dilanda musim salji, ramai pula yang pelik dan beranggapan ia sebagai pentanda hari Kiamat sudah semakin hampir.
Ekoran persoalan dan spekulasi ini, seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Masnira Ramli telah berkongsi sedikit info tentang kejadian musim salji memandangkan dia menetap di tanah Arab.
Menurut Masnira, Arab Saudi ialah negara terbesar di antara negara seanteronya seperti UAE, Jordan, Syria, Palestin dan banyak lagi. Oleh itu, Arab Saudi mempunyai bervariasi bentuk muka bumi. Dari sudut geografi, ia adalah seperti berikut:
Bentuk muka bumi inibiasa kita lihat semasa berkunjung ke Makkah, Madinah dan Jeddah. Terdapat gurun, padang pasir dan apabila tiba musim panas, keadaan memang boleh bertukar betul-betul panas sehingga suhu mencecah 50 darjah Celsius.
Inilah kawasan yang biasanya dituruni salji pada setiap tahun. Ia terletak di bahagian utara Arab Saudi yang dikenali sebagai wilayah Tabuk; iaitu berdekatan negara Jordan. Di sana, kawasan yang dituruni salji ini dinamakan Jabal Al Lawz. Memang pada setiap tahun, pastinya salji akan turun di sini pada musim sejuk. Memandangkan ia adalah kawasan tanah tinggi, suhu minimum pada musim sejuk boleh mencecah sehingga -10 darjah Celsius!
Arab Saudi juga dianugerahkan dengan kawasan yang subur dan kaya dengan hasil pertanian yang dipanggil sebagai oasis. Suhunya lebih kurang saja seperti di Malaysia dan panoramanya lebih menghijau, mempunyai sungai serta air terjun.
Arab Saudi turut mempunyai kawasan persisiran pantai cantik. Biasanya, kalau ke sana kita akan melawat Jeddah. Namun tahukah korang, ada satu lokasi yang dikenali sebagai Umluj dan diberikan jolokan ‘Maldives Arab Saudi’ kerana terdapatnya pulau-pulau yang mempersonakan!
Berbalik kepada fenomena turunnya salji di Arab Saudi iaitu dari Makkah hingga ke Tabuk, lokasi tersebut merangkumi kawasan sejauh 1,000 kilometer atau lebih kurang 12 jam memandu. Oleh itu, jelaslah bahawa fenomena ini bukan sesuatu yang luar biasa di Arab Saudi.
Harapnya penjelasan ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada korang semua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 baru-baru ini berjaya menuai pingat pertama apabila atlet olahraga, Eddy negara Bernard menyumbang gangsa menerusi acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di de de France, hari ini.
Atlet asal Sabah ini, berlari di lorong ketiga bermula dengan baik di awal perlumbaan namun kehilangan sedikit momentum di tengah saingan sebelum berjaya melintasi garisan penamat dengan catatan 11.58 saat (s).
Lebih manis, kejayaan atlet berusia 23 tahun itu pada penampilan sulung di pentas Sukan Paralimpik turut memecahkan rekod Asia milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.
Eddy juga mengatasi catatan masa peribadi terbaiknya 11.77s ketika membawa pulang pingat perak pada kejohanan berprestij dunia di Kobe itu.
Dalam pada itu, pingat emas disambar wakil Afrika Selatan, Mpumello Mhlongo dengan catatan 11.12s manakala pingat perak menjadi milik atlet Cuba,Yamel Luis Vives Suares dengan masa 11.20s,
Sekadar info, sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos lepas sehingga 8 September ini.
Sumber berita dan gambar: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Sayangilah diri sendiri, cintailah diri sendiri dan hormatilah ia sebagaimana kamu menyanjungi orang yang hebat di luar sana. Ingat, di saat kita tiada sesiapa lagi orang di atas dunia, kita masih ada diri kita sendiri’
Itulah ungkapan yang dicoretkan pakar motivasi tersohor tanah air, Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah mengenai cintai dan hormati diri sendiri.
Dalam Islam juga sememangnya menuntut umatnya agar mencintai dan menjaga kehormatan diri sebagai wujud rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan Ilahi buat kita.
Selain itu, beliau turut mencoretkan tujuh pesanan ‘mahal’ bagi setiap insan untuk sentiasa beringat dalam menjaga diri.
1. Setiap orang yang bersama kita, akan ada satu hari yang akan menjadi hari terakhir mereka bersama kita. Kita cuma tak tahu bila, maka sayang kena berpada-pada. Benci juga kena bersederhana.
Perlu ingat, mereka adalah pinjaman dari Allah SWT. Maka, kita jangan terlalu sedih apabila mereka pergi. Berniatlah semoga dipertemukan di alam syurga kelak.
2. Bersamalah dengan mereka yang selalu buat kamu tersenyum. Walaupun pada saat mereka tiada di depan mata.
Bukan setakat kehadiran mereka membahagiakan, tetapi memori yang mereka tinggal juga membahagiakan buat kehidupanmu.
3. Ingatlah di saat, kamu bergaduh dengan pasangan, mak ayah atau sesiapa sahaja yang menyayangi kamu, pertengkaran itu kerana mereka sayang.
Bila mereka dah senyap, itu tandanya, “we are done.”
4. Masalah kamu, bukan masalah kamu sebenarnya. Tetapi “tindakbalas” kamu terhadap masalah, itulah masalah sebenar.
5. Benda baik dan bermakna, selalu ambil masa. Tetap sabar dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.
6. Hargailah sesiapa sahaja yang ingat akan hal-hal kecil tentang diri kamu. Kecil bagi kamu, besar bagi dia. Maka, santuni dan jaga mereka baik-baik.
7. Ketentuan Allah, boleh jadi hal yang tidak kita duga dan boleh terima begitu sahaja. Kita marah dan kadangkala boleh kecewa. Kamu rasa pahit sangat atas apa yang berlaku.
Ingat, bukan pentingkan diri, tetapi jika tidak pelihara diri sendiri, mana mungkin kita boleh pelihara orang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kemunculan tiga orang anakanda Yang di-Pertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, Kuantan telah menarik perhatian ramai warganet pada hari ini.
Tatkala cuaca menunjukkan hujan renyai turun di sebelah pagi, tiga anakanda Baginda itu sedia meredah dengan memayungkan diri sendiri dan tidak menjadikan cuaca sebagai alasan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Terdahulu sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang,Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak terkecuali menunaikan tanggungjawab sebagai seorang warganegara apabila baginda bercemar duli membuang undi di Pekan, Pahang.
Bagaimanapun pada bulan Mac 2022, pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat di mana ia mengecualikan raja, pasangan dan waris mereka daripada didaftarkan secara automatik ke dalam senarai pengundi.
Pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Ia adalah untuk memastikan raja-raja kekal berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Perkara 119A Perlembagaan Persekutuan pula menetapkan hanya Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui warta, mengecualikan mana-mana raja dan waris mereka daripada direkodkan dalam senarai pengundi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!